Showing posts with label Festival Membaca 2010:Bicara Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Festival Membaca 2010:Bicara Ilmu. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Tarian Tiang di Perpustakaan






Wednesday, February 6, 2013
Perpustakaan buka kelas tarian tiang sebagai usaha menarik pengunjung

Sebuah perpustakaan di bandar Midhlotian, Scotland menemui idea kreatif agar dapat menarik minat orang ramai untuk datang iaitu mereka membuka kelas tarian tiang percuma bagi para pengunjung perpustakaan.

Ide tersebut terbukti berhasil menarik minat orang ramai untuk datang ke perpustakaan. Pihak perpustakaan mengatakan ramai yang datang ke perpustakaan untuk menyertai kelas yang mengajarkan tarian tiang itu.

“Kelas tersebut berlangsung sangat menyenangkan dan juga berhasil menarik orang ramai untuk berkunjung ke perpustakaan kami. Pengunjuing datang bukan hanya untuk belajar menari namun juga untuk meminjam buku,” ujar seorang pegawai bandar, Bob Constable, seperti dilapor STV, Selasa (5/2/2013).

Walaupun lebih dikenali sebagai jenis tarian erotik, tarian tiang juga mulai dikembangkan sebagai salah satu bentuk senaman. Mempelajari tarian tersebut pun sudah tidak terlalu dianggap sebagai hal yang tabu.

Pada tahun 2010, Universiti Cambridge membuka kelas tarian tiang untuk para mahasiswinya. Bahkan di kanada ada studio yang membuka kelas tarian tiang untuk kanak-kanak.

Selain membuka kelas tarian erotik, perpustakaan di Midhlotian juga mencuba idea-idea kreatif lainnya untuk menarik pengunjung. Salah satunya mengadakan perlawanan ping pong dengan menggunakan buku sebagai raketnya.- okezone.com

QT: Mungkin pustakawan UTeM berminat untuk mencuba...:)

Wednesday, June 27, 2012

Nikmat Paling besar



Saya teringat kata - kata Syeikh Nuruddin Al Banjari ketika menghadiri Kuliah Dhuha beliau di Baitul Quro,Paya Sum,Sg Udang Melaka

"Pada zaman ini,kita (Umat Islam) tidak menghadapai masalah kekurangan ulamak.Ramai orang sudah pandai berbicara mengenai agama.Artis,tokoh politik,ahli sukan,peguam semua boleh berbicara tentang agama.Namun demikian,hanya sedikit dariapada mereka yang kita dapat jadikan Idola dan contoh tauladan."

Di Malaysia,kita bersyukur  ada ustaz,ulamak dan tokoh - tokoh agama yang bukan calang - calang kefahaman ilmu agama mereka.Dengan kehadiran mereka,masyarakat kini semakin tertarik untuk mendekati agama islam dan kembali kepada fitrah ajaran islam itu sendiri.

Kuliah Subuh bertajuk "Nikmat Paling Besar "yang disampaikan oleh Syaikh Shalih Awad Al-Mugahmisy (Imam Masjid Quba) sangat memberi kesan dihati saya.Inilah salah satu Kuliah agama yang secara keseluruhan tidak langsung mempunyai maki hamun kepada pihak lain.Gaya penyampaiannya yang penuh kelembutan dimana sangat bertepatan dengan adab majlis ilmu.Topiknya saja sudah cukup mengambarkan keindahan Islam dan menyejukkan jiwa pendengarnya.Penghayatan yang disampaikan cukup menusuk kedalam jiwa.Tanpa sedar air mata menitis.

Terkadang saya merasa agak hairan juga.Apabila sesetengah majlis agama yang dimulai dengan Bismillah dan selawat keatas Rasulullah SAW,namun akhirnya penuh dengan maki hamun terhadap umat islam.Tentu saja setiap ustaz dan ulamak mempunyai pendekatan dan cara tersendiri dalam menyampikan dakwah kepada umat islam.Namun cara diatas ini adalah yang paling memberi kesan kepada diri saya.

Terima kasih kepada insan yang memuat naik video kuliah ini dan menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.Dapat juga saya memahami ilmu yang disampaikan oleh Syaikh Shalih Awad Al-Mugahmisy.Semoga Allah merahmati kamu.

"Seseorang hamba itu mestilah bersyukur kepada Allah SWT kerana menjadikannya seorang Muslim.Kita semua dengan rahmat Allah SWT dilahirkan Muslim.Yakni Allah telah memberikan kita Islam tanpa kita memintanya.Maka,semoga Allah SWT memberikan kita Syurga takkala kita memintanya."




Wednesday, September 22, 2010

Festival Membaca 2010:Bicara Ilmu


Program    :Bicara Ilmu:Pekerja Berinovasi Pemacu Tranformasi Negara:Realiti
                     dan Cabaran

Tarikh        : 21 September 2010 (Selasa)
Tempat     : Ruang Legar Perpustakaan UTeM
Masa         : 2.00petang  hingga 5.00 petang

Program Bicara Ilmu adalah merupakan program pembukaan bagi Festival Membaca 2010 anjuran Perpustakaan UTeM.Bicara Ilmu diadakan dalam bentuk “Talk Show” merupakan  program yang julung kalinya menjemput tokoh daripada luar UTeM sebagai ahli panel dalam Sejarah Festival Membaca perpustakaan UTeM.


Matlamat utama program Bicara Ilmu ini adalah untuk menyuntik kesedaran peranan yang perlu dimainkan oleh pekerja dalam usaha menyokong ke arah transformasi pembangunan Negara.

Objektif program pula adalah:
  1. Membudayakan kreativiti dan inovasi dalam usaha merealisasikan transformasi negara ke arah    ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
  2. Mendorong peserta berupaya berfikir untuk menghurai secara terperinci(pemikiran analitikal) dalam memlaksanakan sesuatu tugasan.
  3. Perkongsian idea dan pengalaman panel dan langkah-langkah melahirkan pekerja yang berinovasi




Maklumat Panel dan Pemudahcara

PANEL 1
Y.M.Dato' Prof. Dr. Raja Abdullah bin Raja Yaacob
Beliau kini merupakan Profesor di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

PANEL 2
Y.Bhg. Prof. Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin
Dekan Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) UTeM

PEMUDAHCARA
Encik. Amir Bin Aris
Pesyarah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Usahawan

Majlis Bermula

Majlis dimulakan pada jam 2.35 petang ,Pengacara majlis,Encik Salleh Mohd Noor memulakan majlis dengan menjemput Encik Nik Syukran Muiz Rashid, staf perpustakaan untuk bacaan doa.


Perbincangan membicarakan pengertian inovasi dan transformasi itu sendiri  serta bagaimana memahami proses tranformasi berlaku dalam kontek ilmu dan perkembangan di sektor pekerjaan,Institusi Pengajian dan masyarakat secara amnya.

Pandangan Ahli Panel 1
Dato' Prof. Dr. Raja Abdullah menekankan konsep pencapaian ilmu dan sikap pekerja dalam memanafaatkan masa terluang dengan membaca.Melalui pembacaan,kesinambungan pencarian ilmu adalah berterusan.Beliau turut menyatakan bahawa kempen membaca yang diadakan bukanlah sesuatu yang baru di negara kita,malah ianya telah bermula sejak 40 tahun yang lalu,perbandingan sikap suka membaca di negara luar turut dijadikan intipati dalam penerangan beliau.

Kitaran Ilmu iaitu Data,Information,Knowledge,Wisdom dan Enlighten yang menjadi teras dalam proses keilmuan membawa hadirin menyedari bahawa ilmu tidak hanya terhenti dengan sesuatu tahap atau peringkat yang ditafsirkan oleh manusia.Peranan teknologi dalam memudahkan pencarian maklumat juga dinilai dalam skop yang lebih luas,dimana teknologi yang sepatutnya dapat memudahkan telah disalah gunakan oleh sesetengah kelompok individu ilmuan dengan taktik”Copy and Paste” ketika menyiapkan tugasan sesuatu bidang ilmu tanpa memahami intipati sebenar ilmu tersebut.Senario yang amat membimbangkan ini dinyatakan semakin menular dan berleluasa terutamanya dikalangan ahli akademik dan para pelajar universiti.
Fenomena perubahan dalam dunia kepustakawan turut dibicarakan untuk difikirkan, Y.M.Dato' menegaskan bahawa sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan perlu satu anjakan.Kerjasama diantara pesyarah dan pihak perpustakaan perlu dijalinkan agar kedua pihak dapat mengembleng tenaga bagi memantapkan lagi proses dan pembelajaran.Globalisasi yang kini melanda dunia tidak dapat tidak menuntut kita untuk bergerak pantas jika tidak mahu ketinggalan


Pandangan Ahli Panel 2

Prof. Dr. Shahrin membicarakan kefahaman tentang makna dan sejarah keilmuan di dunia melayu dan nusantara.Beliau mengajukan beberapa persoalan kepada hadirin dengan tujuan membawa hadirin bersama untuk merenung dan berfikir sejauh manakah penghayatan ilmu dalam kehidupan kita.
Hubungkait diantara ilmu,alam dan islam diperincikan dengan cara pemikiran yang kritis.Melalui sejarah masyarakat akan dapat mengenalpasti asal-usul sesuatu bidang ilmu dan dari mana ilmu itu diperolehi,siapakah pelopor ilmu tersebut.Pengertian dalam kontek bahasa juga memainkan peranan penting.Sebagai contoh,peribahasa ”Bagaikan melepas batuk di tangga”.Sebagaimana yang difahami dan biasa didengari oleh kita,namun ternyata realiti nya amat bertentangan.Kupasan yang menarik berkenaan sejarah tokoh penulisan di nusantara terutamanya di alam melayu membuatkan hadirin terpaku seketika apabila beberapa soalan yang selama ini dianggap fakta mula dipersoalakan.Aspek ketamadunan ilmu dalam beberapa empayar silam yang lalu sepeti Bangsa Monggol,Yunani dan China dan sudah pastinya Melaka turut diulas.

 Prof. Dr. Shahrin mengangkat konsep Menuntut ilmu hingga ke liang lahad sebagai satu wadah bagi mereka yang cintakan ilmu pengetahuan.Adab dalam menuntut ilmu juga dikembangkan sebagaimana para ilmuan islam terdahulu seperti imam As Syafie.Manusia sebagai "end user" dalam pembentukan sesuatu cabang ilmu walau sehebatmana sekalipun teknologi yang wujud pada masa kini adalah atu petikan yang amat menarik untuk difikirkan.Semangat ingin tahu dan sikap suka bertanya merupakan kunci kepada pencarian ilmu.
Penutup

Pada majlis ini,saya berpeluang mendeklamasi puisi "Malam ini,malam kita" sebuah Puisi Ilmu Metafizik yang bagi saya cukup mendalam ertinya.Majlis yang dihadiri seramai hampir 100 orang ini tamat pada jam 5.10 petang. Turut hadir ialah Ketua Pustakawan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Membaca 2010 dan Timbalan Ketua Pustakawan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana aktiviti berkenaan

Terima Kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung didalam menjayakan program Bicara Ilmu ini.Diharapkan untuk masa-masa yang akan datang,kita masih berkesempatan untuk maju selangkah lagi dalam menjayakan program-program yang bakal memartabatkan Agama,Bangsa Dan Negara.

Suka saya untuk kongsikan Puisi yang telah saya deklamasikan.



Malam Ini,Malam Kita

Malam ini...

jika kau berkata bintang-bintang itu pegun
aku akan berkata bintang-bintang itu bergerak

semakin menjauhi kita


Malam ini....

jika kau berkata graviti bumi menarik kita
aku akan berkata kita juga menarik bumi

dengan jumlah graviti yang sama


Malam ini....

jika bibirmu mulusmu berbisik
bumi berputar mengelilingi mentari
aku akan berbisik di telingamu

mentari juga berputar mengelilingi mentari yang lain


Malam ini....

jika kau berpegang pada hukum fizik newtonmu
aku akan berkata

"malam ini sayang...aku berpegang pada hukum fizik kuantum"
tetapi malam esok aku tidak pasti

pada hukum mana aku akan berpegang
kerana dunia ini masih
tidak aku fahami
terang dan gelap
putih hitam mataku
kepada siapa aku merujuk

hanya cinta kita
sayang.....

yang kekal
pada malam-malam

berikutnya...



FOTO BICARA ILMU 2010
Program sedang berlangsung

Ke Jamuan VIP

Mr Cameraman Siddiq
Bergambar bersama Pak Ray

Family Bisnes


Buku Program Syndrom
Food and Beverage
Selepas Jamuan


Saya dan Pak Ray
Pengacara Majlis Mr Salleh

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...