Wednesday, September 28, 2011

Tablet PC

Saya bukanlah seorang yang begitu mengikuti perkembangan teknologi dalam gadjet-gadjet canggih.Namun entah mengapa hati ini begitu berkeinginan untuk memiliki sebuah Komputer Tablet.

Tablet PC adalah berbentuk buku,memiliki skrin sentuh dengan pelbagai aplikasi terkini.So saya kini mula merancang dan mengira untuk memilikinya.saya sekarang tengah buat survey Jenama apakah yang paling baik dan mempunyai "value for money" serta mampu milik.



Samsung Galaxy Tab 10.1
RM1899.00 16GB
My feveret


Blackberry Playbook
RM1599.00
16GB



HTC Flyer
RM2099.00



ACER Iconia
RM1698.00
16GB


DELL Streak Five
RM1698.99
16GB



Harap dapatla....

Monday, September 19, 2011

Tujuh Nafas Lagi



Tujuh Nafas Lagi

Lirik dan Lagu : M. Nasir

Inikah dia yang kuimpikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini kuharapkan
Bukan Fatamorgana lagi

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

Sepertimu ,aku juga pernah
Persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah
Ku angkat cinta

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggap mainan
Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus

Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….


Ku tujukan lagu ini untuk dirimu,isteriku

Inikah dia yang kuimpikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini kuharapkan
Bukan Fatamorgana lagi


Ketahuilah oleh mu isteriku,
Cinta ku bukanlah terbatas oleh tirai alam dunia yang penuh fatarmogana
Cintaku harapkan menembusi hijab Firdausi.

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi


Ketahuilah oleh mu isteriku,
Usirlah kecurigaan dalam hatimu,agar tiada sengketa antara kita
Telah ku relakan dirimu sebagai bidadari hidupku
Hatiku redha
Bersama kita layari bahtera kehidupan ini bersama.
Biar tinggal tujuh nafas sekalipun.

Sepertimu ,aku juga pernah
Persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah
Ku angkat cinta


Ketahuilah oleh mu isteriku,
Terkadang aku meragui hatiku,kerna aku hanyalah manusia
Namun jauh dalam sanubariku,tiada tergoyah cintaku
Biarlah resah meresahkan,biarlah mimpi ngeri jadi igauan
Biarlah dalam kerendahan dan kelemahanku
Ku persembahkan cintaku.

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggap mainan
Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus


Ketahuilah oleh mu isteriku,
Janganlah kau sendakan rinduku,jangan
Janganlah kau mainkan sayangku,jangan
Nafasku tak putus,hanya sekali lafaz,
Kau miliku.

Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….


Ketahuilah oleh mu isteriku,
Cintaku bukanlah kepuraan
Kasihku bukan sekadar sayang
Sukar untuk karangkan untuk dirimu
Biarlah ia jadi
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….



Saya sangat sukakan lagu ini,lagu yang mendalami hakikat cinta yang sebenar cinta & rindu yang sedalamnya rindu.

Semestinya lagu ini lebih menjuruskan kearah cinta yang paling hakiki,cinta padaNYA.
Wallah wa’alam

Wednesday, September 14, 2011

Malaysia tak pernah dijajah?



Antara subjek yang paling saya minat ketika bersekolah dulu adalah subjek Sejarah.Saya pun tak tahu kenapa,sebab kebanyakkan rakan-rakan saya beranggapan sejarah ini matapelajaran yang amat membosankan.Yelah,kisah dan cerita orang zaman ratusan,ribuan tahun yang lepas.So ramailah yang terlentuk atas meja ketika Cikgu mengajar.

Berbalik kepada tajuk diatas:Malaysia Tak Pernah Dijajah?Jadi saya cuba untuk kongsikan bersama satu pandangan daripada seorang rakan mengenai perkara ini.Samada benar atau tidak,kita sama-sama gunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT pada kita untuk nilaikannya.Insha Allah.

Malaysia Tak Pernah Dijajah?
*Malaysia dan Tanah Melayu adalah 2 subjek berbeza namun mempunya kaitan yang sangat erat.

Dari sudut teknikalnya Malaysia tidak pernah wujud pada ketika itu kerana Malaya sebelum merdeka hanya dikenali sebagai Semenanjung (Tanah) Melayu bilamana wilayahnya merangkumi hingga ke Selatan Thai pada hari dan diketuai oleh Sultan bagi setiap negeri..

British tidak masuk ke Tanah Melayu dengan menggunakan muncung senjata sepertimana Portugis dan Belanda..

Belanda dan portugis hanya menguasai Melaka, tidak pernah menguasai keseluruhan tanah melayu.. kerajaan melayu di Pahang, Johor, Selangor, Perak dan termasuk Acheh telah melancarkan serangan hebat terhadap dua kuasa tersebut manakala kerajaan2 Melayu di Utara dan selatan Thai (seperti Pattani dll) pula sibuk berperang dengan orang2 Thai..

British tidak pernah campur tangan dalam urusan agama Islam, tetapi sebaliknya menggunakan taktik halus dengan menempatkan penasihatnya di setiap negeri yang diketuai oleh Sultan untuk menguasai pentadbiran negeri iaitu bermula di negeri Perak (1874) dan berakhir di Johor (1914)..

British sedar sekiranya mereka menggangu gugat kepentingan agama islam, umat melayu aku kembali bersatu menentangnya sepertimana yang berlaku terhadap Portugis dan Belanda.. British tidak masuk ke sini dengan menggunakan senjata sepertimana Portugis dan Belanda.. British masuk ke Tanah Melayu melalui cara berselindung di balik diplomasi.

Kebanyakan pejuang yang menentang British sepertimana Tok Janggut, Datok Bahaman, Maharajalela, Abdul Rahman Limbong dll adalah kerana tidak berpuas hati dengan cukai yang dikenakan serta ada juga kerana telah kehilangan kuasa.. bukan kerana agama sepertimana ketika pejuang2 melayu terdahulu yang menentang Portugis dan Belanda di Melaka.. Kalau kerana agama, British pasti tidak akan lama di Tanah Melayu..

Dari segi teknikal, Tanah Melayu (Malaya) tidak pernah dijajah melainkan hanya semasa pendudukan Jepun dan semasa penubuhan Malayan Union..

Semasa pendudukan Jepun, bersorak sorai pejuang yang kononnya mahu melihat British pergi, setelah setengah mampus berada dibawah pemerintahan Jepun, komunis pula keluar dari hutan membuat onar membunuh orang2 Melayu yang kononnya disyaki menjadi tali barut Jepun

Malaysia hanya wujud setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaya ..
 

Hingga tahun 1989 angota2 keselamatan yang dianggotai oleh pelbagai kaum menentang KOMUNIS.. aleh2 hari ini orang2 bangang cam korang plak yang mahu menobatkan tokoh2 komunis yang telah membunuh ribuan warga Malaysia sebagai tokoh yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan..

Bullshit..

Toksah sebut la pejuang2 yang pro dengan agenda Melayu raya yang pro dengan ideologi komunis hanya semata-mata kononya untuk menjatuhkan pemerintahan British.. takde maknanya.. aku sendiri berasa amat bersyukur kerana tanah Melayu tidak pernah bercantum dengan Indon lalu mengangkat si Sukarno yang cenderung untuk bersimpati dengan ideologi komunis di AT sebagai ketuanya..

Kalau Komunis berkuasa di Malaysia pada hari ini.. jangan harap kau akan melihat parti seperti PAS itu wujud di muka bumi Malaysia ini.. Raja2 melayu akan pupus sepertimana yang telah berlaku terhadap raja2 melayu di Sumatera.

Mungkin Mat Indera yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan melalui platform komunis setelah Malaya Merdeka dan Malaysia terbentuk tu SYAHID jugak la kot..

Cikgu sejarah saya ketika saya tingkatan 5 ialah Cikgu Yassin.Terima Kasih cikgu atas segala ilmu yang dicurahkan,saya mohon dihalalkan dunia akhirat.Kalau saya jumpa cikgu lagi,insha Allah saya akan cium tangan cikgu depan orang ramai.


Monday, September 12, 2011

Tragedi Bukit Kepong

Filem Bukit Kepong amat memberi kesan,diharapkan agar ianya dapat memberi pengajaran yang tersirat dalam kita menghargai pengorbanan dan perjuangan para pejuang kemerdekaan tanahair yang terdahulu.

Bukan hanya sibuk mencari dan keliru erti merdeka,mempertikaikan proses kemerdekaan,anggota polis pakai seluar pendek tak tutup aurat.Jangan kerana keegoaan politik menutup matahati kita dalam menjadi dewasa untuk menilai sesuatu perkara dengan lebih matang.

Semoga kita sama-sama menadah tangan memanjatkan kesyukuran pada Allah SWT atas keamanan yang diperolehi serta berdoa agar roh mereka(para pejuang) yang berkalang tanah bermandi darah berendam airmata ditempatkan bersama insan-insan yang beriman.

"Tiada siapa boleh mendakwa mereka suci selagi belum dihisab pada Hari Pembalasan"




Sinopsis

Cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara....


Sejarah.
Peristiwa Bukit Kepong

Peristiwa Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Permulaan

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan .Keadaan balai polis yang terpencil 

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ.

Serangan Komunis

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan baai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.


14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Bantuan dari perkampungan berdekatan

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

Selanjutnya
Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapu mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.



Mereka yang terselamat

Anggota Polis 

Konstabel Othman Yusoff (meninggal); 
Konstabel Marin Abu Bakar Daud (meninggal); 
Konstabel Tambahan Ahmad Khalid (meninggal); 
Sarjan Haji Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)

Ahli keluarga anggota 

Mariam Ibrahim - balu Konstabal Muhamad Jaafar 
Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar 
Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar 
Zaleha - anak perempuan Konstable Muhamad Jaafar 
Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud 
Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud 
Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman 
Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali 
Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad






Saturday, September 3, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432

Sepasang baju melayu&kurung biru



Saya dan Isteri ingin mengambil kesempatan nafas yang diberikan oleh Allah SWT untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432.Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran pada Allah SWT atas kurniaaNYA kita telah selamat menjalani ibadah puasa yang diwajibkan keatas kita.Bersyukur yang tak terhingga juga kerana dapat menyambut Aidilfitri dengan kemampuan diri sendiri yang mana atas ehsan Allah SWT.

Tahun ini kami berada di Kuala Rompin,Pahang pada pagi 1Syawal,pada hari ke 3 Syawal kami bertolak ke Felda Ketengah Jaya,Terengganu.Kami akn bergerak pulang ke Melaka pada 6 Syawal.

Saya juga berdoa agar kita sama-sama selamat tiba kepangkuan keluarga dan pulang semula dalam keadaan selamat dan sejahtera.Insha Allah.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...