Monday, April 30, 2012

Selamat Hari Buruh 2012



Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Buruh tanpa mengira apa jua pangkat & profession kita sebagai pekerja.Bekerja itu sendiri adalah satu Ibadah kepada Allah SWT.

Kepada yang bertugas pada Hari Buruh ini,selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.Kalau semua cuti,jawabnya lingkup bisnes dan lumpuh ekonomi negara.Insya Allah,Bekerja dengan penuh keihklasan pasti akn mendapat ganjaran.

Tema Hari Buruh Tahun 2012 ialah "Pekerja Berinovasi Penggerak Tranformasi".

Pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan dalam membentuk budaya kerja yang kreatif dan inovatif ke arah negara berpendapatan tinggi. Bukan suatu usaha yang mudah untuk merialisasikan matlamat negara yang semakin mencabar. Ini kerana, persaingan dalam bidang eknomi global yang ada turun naiknya ibarat ombak di lautan bergelora. Tak boleh nak rasa kita berada di zon yang selesa.

Tuesday, April 10, 2012

Daulat Tuanku!Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14



Patik dan sekalian rakyat yang bernaung dibawah pemerintahan Raja-raja Melayu serta pentadbiran Kerajaan merafak sembah,menjujung kasih sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni AlMarhum Sultan Badlishah dan Tuanku Hajah Haminah sebagai Raja Permaisuri Agong.

Semoga Negaraku Malaysia terus beroleh rahmatNYA,Maju Jaya,Sejahtera Aman Sentosa ,Cemerlang,Gemilang dan Terbilang dibawah naungan Tuanku.

DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

Tuesday, April 3, 2012

Kursus Pengukuhan Jati Diri Insan Dinamik

Program  :  Kursus Pengukuhan Jati Diri Insan Dinamik <Perpustakaan>
Tarikh     :  30 Mac Hingga 1 April 2012 (Jumaat - Ahad)
Lokasi     : Agrotek Garden Resort,Hulu Langat,Selangor Darul Ehsan

Kursus kali ini hanyalah melibatkan staf lelaki sahaja,Seramai 23 orang staf  lelaki daripada perpustakaan telah mengikuti kursus diatas.Kursus ini dikendalikan oleh Irsyad One Resources.Sebuah syarikat latihan dan perunding  daripada Terenganu.

Kami bertolak dengan menaiki bas jam 3.30 petang dan tiba sekitar jam 6.15 petang.Program kali ini lebih berunsurkan rohaniah dan amat berbeza daripada kursus-kursus yang pernah saya hadiri selama berkhidmat di UTeM.

Fasilitator utama kami ialah Ustaz Mohd Yusof Bin Abd Razak.Sepanjang kursus berlangsung,kami didedahkan dengan pelbagai perkara yang membawa kami berfikir sendiri tentang permasalahan yang ada disekeliling kita.

Konsep Mata Hati

Kami diajak untuk sama-sama melihat sesuatu perkara yang terjadi itu bukan hanya dengan mata kasar,namun memandang dengan lebih mendalam lagi sebab dan asbab sesuatu perkara itu terjadi.Hikmah yang ada dalam setiap ketentuan takdirNYA.

Contoh: Jika anda melihat bola hanyalah sebiji bola yang biasa dimainkan di padang.Namun apabila anda terjatuh kedalam air dan tidak pandai berenang,bola boleh berubah menjadi pelampung yang boleh menyelamatkan  anda dalam pandangan mata anda ketika itu.

Konsep Yakin

Ramai manusia/umat islam pada hari ini yang percaya akan Allah SWT.Namun kepercayaan hanyalah tinggal kepercayaan jika ianya tidak mencitrakan keyakinan yang jitu.

Belenggu Sistem

Setiap hari kita terikat dengan sistem yang sedia ada,sedangkan ini akan membelenggu minda dan jiwa kita.Seharusnya kita cuba membawa pemikiran kepada sesuatu yang dikatan  "Luar Kotak." Jika sesuatu sistem itu terlagu rigid dan komplek untuk diikuti dalam mencapai matlamat kebaikan.Mengapa tidak cuba untuk mengubah sistem.

Mengenal Diri dan Mengenal Tuhan.

Ustaz Mohd Yusof membawa kami menerokai dan kembali mengingati akan hakikat kejadian kita di dunia ini.Diterangkan kepada kami akan peringkat-peringkat yang telah kita lalui sebelum berada di alam dunia ini iaitu alam yang paling rendah peringkatnya.

Halangan Jiwa

Dalaman:

  1. Syaitan
  2. Nafsu
Luaran
  1. Dunia
  2. Makhluk








Berselawat dan Berqasidah

Kami juga diajar dan diajak untuk menyemarakan lagi rasa kasih dan kecintaan pada junjungan agung Rasulullah SAW dengan cara berqasidah.Antaranya ialah Maulid Al Malik.Setiap kali sebelum,selepas solat pasti alunan selawat di lagukan bagi memuji Rasulullah SAW.

Saya sempat bertanyakan Ustaz berkenaan Takdir iaitu beza Kudrat dan Iradat.Ustaz menjelaskan yang Kudrat itu ialah kekuatanNYA manakala Iradat pula ialah kemahuanNYA.Tiadalah terjadi sesuatu itu melainkan dengan Kudrat dan Iradat serta ilmu Allah SWT yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersirat daripada apa yang terjadi itu.

Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan (Iradat dan Kudrat) Allah s.w.t.


Kami juga diajar dengan teknik bertafakur iaitu bagaimana mendatangkan rasa  "merasai" akan kecintaan kepada Allah  SWT dan Rasulullulah SAW.Kami telah dibawa ke air terjun yang berdekatan bagi mempraktikan amalan tafakur (meditasi) sebagaimana yang diajar oleh Ustaz Yusof.

Selain itu,sepanjang program ini berlangsung,turut diselitkan dengan beberapa permainan yang amat menghiburkan namun tetap mempunya pengisian.

Saya amat berpuas hati dengan kursus yang diadakan pada kali ini.Semoga kursus sebgini dapat diadakan dengan lebih kerap lagi.

"Akhirat kita kejar,Dunia kita capai,namun jangan bawa dalam hati"








































Irsyad One Resources boleh dihubungi melalui laman berikut: http://www.irsyadtc.net/utama.html
































PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...