Monday, September 24, 2012

Trip ke Zoo Melaka



Semalam 23 Sptember 2012 (Ahad) bawa famili jejalan ke zoo Melaka.Walaupun sudah banyak kali masuk,tapi kali ini sebab nak bawa Haaris.Dulu masuk time berdua,sekarang dah bertiga:).Tiket parking RM2.00 dan tiket  masuk zoo RM10.00.Zoo Melaka memang tak pernah sunyi daripada kunjungan pelancong samada dalam ataupun luar negeri.

Pengunjung boleh pilih samada nak naik tren yang disediakan atau berjalan kaki.Kami pilih berjalan,boleh peluhkan badan dan dapat tengok binatang dengan lebih jelas.Lepas puas berpeluh lencun tawaf satu zoo,kami singgah menjamu selera di kiosk A&W Zoo Melaka.Maaf cakap..sangat mengecewakan makanan yang ada.Tak padan dengan harga.



















Wednesday, September 5, 2012

OCLC Asia Pacific Regional Council Conference 2012





OCLC Asia Pacific Regional Council Conference 2012
National Library of Malaysia
3-4 September 2012

Saya , En Arman dan En Azman (TKP) berpeluang menghadiri persidangan OCLC ke 12 di Perpustakaan Negara (PNM). Persidangan ini merupakan kerjasama diantara OCLC dan PNM  berlangsung selama 2 hari.Ini adalah kali pertama bagi saya menghadiri persidangan bertaraf antarabangsa  seperti ini.

Delegasi antarabangsa yang hadir antaranya ialah daripada Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Philippines, Singapore, Taiwan, United Kingdom, USA dan Thailand.Jumlah penyertaan pada persidangan ke 12 ini keseluruhannya berjumlah 291 peserta sebagaimana yang dimaklumkan oleh penganjur di akhir persidangan.

Persidangan dan pembentangan daripada setiap delegasi diadakan dalam bahasa Inggeris.Disini saya dapat nyatakan bahawa penguasaan dan pemahaman Bahasa Inggeris amatlah penting apabila kita berada di sesuatu majlis atau program bertaraf antarabangsa.Namun demikian, ianya bukanlah syarat utama.

Persidangan kali ini saya lihat lebih berfokuskan kepada aspek Digitazation dan online database resources yang banyak disentuh tentang perkembangannya terutama dalam era capaian dan maklumat dihujung jari ini.Setiap delegasi membentangkan kejayaan dan usaha mereka dalam projek digitazi serta pangkalan data yang diwujudkan.

Saya amat tertarik dengan pembentangan  delegasi daripada Singapura yang disampaikan oleh  Encik Chew Leng Beh,Senior Director of National Library Board Singapore bertajuk: "Service Innovations: Keeping Library Relevant." Saya  berpeluang untuk mengemukakan soalan kepada beliau (dinasihatkan agar cepat2) pada sesi Open Forum sebelum penutup dan jawaban yang diberikan oleh En Chew adalah sangat konkrit dan profesional.Dan pada saya dia adalah pembentang terbaik selain Cik Mazmin Mat Akhir, Ketua Pustakawan UNIMAP.

Pustakawan serta mereka yang berada dalam bidang maklumat seharus lebih didedahkan serta mendedahkan diri kepada program seumpama ini terutama apabila ianya berlansung di negara sendiri serta PERCUMA.

"Jauh berjalan luas pemandangan bertambah pengetahuan" adalah kata-kata yang sangat sesuai digambarkan.Apabila kita berada bersama yang lain,kita dapat membuat satu perbandingan dan penanda aras diantara dimana kita dan diperingkat mana kita berada.



Terdapat juga perkembangan terbaru yang dimaklumkan berkenaan pengkatalogan RDA: AACR 3 yang  akan diperkenalkan pada April 2013.Sama sama kita nantikan.Terutama bagi mereka yang bertugas dibahagian pengkatalogan.






Worldcat adalah antara sumber rujukan yang terbaik untuk pustakawan mencari sumber secara online.
Perpustakaan UNIMAP telah menjadi perpustakaan pertama di Malaysia menggunakan sistem rangkaian OCLC ini sebagai akses perpustakaan seluruh dunia.

Persidangan OCLC 2013 akan diadakan di Thailand.Wakil delegasi Thailand iaitu Puan Srichan Chincheewa, Pengarah, Perpustakaan Universiti Thammasat menjemput semua delegasi yang ada untuk menghadirkan diri mereka pada persidangan seterusnya.

Persidangan berakhir pada jam sekitar 5.15 petang.Kami tidak mengikuti lawatan ke Perpustakaan IIUM kerana mengejar masa untuk elak daripada kesesakan lalulintas.




"Mr Chew,could you please share with us your  opinion on what makes library a library?"

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...