Assalamualaikum
Sudah agak lama saya memikirkan untuk membeli kenderaan baru, memandangkan faktor kereta kesayangan (VIVA SX 1.0) yang bersama sejak 2007 semakin lesu dan pertambahan ahli keluarga dan juga faktor jarak (Balik kg ke Terengganu dan Pahang).Tak masuk lagi travel bila saudara mara buat majlis kawen atau kenduri.
Namun, membeli kereta bukan seperti membeli basikal pixie,ikan di pasar atau Handphone.Segala bentuk pengiraan faktor kewangan perlu diambil kira. Maklumlah, saya bukanlah dari level orang mewah (dan bukan juga orang susah, kalau susah takde langsung kemampuan nak beli kereta)
Nak beli kemudian tangguh, Nak beli kemudian tangguh, Nak beli kemudian tangguh = 25x
Setelah menangguhkan pembelian hinga 25 kali (sampai isteri bosan dah bila ajak bincang pasal kereta baru, belinya tak juga), maka yakinlah saya bahawa keputusan membeli kereta baru ini dah sampai tahap perlu. Kenapa? Bila kita nak beli sesuatu dan ianya boleh ditangguhkan,maka ianya tidaklah terlalu perlu. Itu antara tips yang saya dapat dalam blog pengurusan kewangan. simple dan senang dipraktikan.
Kawan-kawan : Beli kereta Jepun, second hand pun takpe janji > (Honda, Toyota, Nissa , Mazda)
Saudara mara : Amik MPV, senang nak bawa anak dan barang
Tapi bank balance dan keinginan saya masih jadi faktor utama:)
Akhirnya saya telah buat listing perkara yang perlu saya beri perhatian jika nak beli sebijik lagi kereta.Dan ianya hanyalah pandangan peribadi ikhlas dari saya tanpa niat nak bias atau mempertikaikan pandangan orang lain.
KEMAMPUAN
Saya baca perbincangan dari beberapa blog yang cerita pasal pro dan
cont pembelian kereta. Sekadar untuk menambah pengetahuan dalam membuat
keputusan. Sangat informatif.
Kemampuan disini semestinya yang saya maksudkan ialah aspek kewangan. INI ADALAH ELEMEN PALING UTAMA. Kita boleh sembang apa saja dan jenis/jenama kenderaan yang nak dibeli,tapi kalau kewangan sempit, setakat sembang ajelah.
Perbincangan dengan isteri kami bersetuju untuk kereta sekitar 60K-80K Sahaja. Dan bayaran bulanan mesti tidak melebihi bayaran pinjaman perumahan .Rasa macam tak berbaloi untuk bayar kereta melebihi bayaran rumah sebab rumah lagi utama.So its must be below RM8++.
Nilai interest yang dikenakan oleh bank pun kena tengok gak.
Keputusan : Ambil mesin kira, tekan sana, tekan sini, termenung, solat istikarah.Jawabannya adalah Ukur baju di badan sendiri. Kita yang akan menangung selama 7/9 tahun.
BARU vs TERPAKAI
Dengan range RM60-80k, pilihan samada kereta terpakai atau baru.
Kereta Baru : Honda City, Nissan Almera, Nissan Livina, Proton Exora,Preve Perodua Alza,MyVi, Mitsubishi Attrage antara yang boleh dimiliki.
Kereta terpakai semestinya tiada masalah pilihan, sebab banyak sangat, surf saja dalam Mudah.com.my dan pilih ajela.
Dalam second hand car ni memang banyak kereta yang jadi idaman, civic FD, Altis, Mazda 3..memang pening nak pilih.Cuma kekurangan dia adalah. Semua yang diidamkan tu dah berusia more than 5 year. Memang ramai kata takpe, tahan sebab imported. Tapi semua tu tak menjamin apa-apa.Saya juga yang kena tanggung jika berlaku sebaliknya.Kan?
Keputusan : Kereta Baru...Baru puas hati. Segala kerosakan adalah bawah diri sendiri dan semestinya dengan adanya warranty beri sedikit senyuman walau tak dapat kereta yang diidamkan.
SEDAN vs MPV
Ok, my Viva adalah kereta kompak. Jadi adalah tidak praktikal untuk saya teruskan dengan kompak. Jika pilih MPV, memang berbaloi sebab ruang yang luas dan selesa. Proton Exora dan Alza serta Livina 2nd adalah dalam range harga.Sedan pulak kira ok, sebab famili saya baru 4 orang (tak fikir lagi long term ke?)
Keputusan : Dalam hal ini saya akui saya lebih cenderung kepada keinginan hati. Maybe ramai yang tak setuju, tapi begitulah, im human . So its Sedan.
IMPORT vs TEMPATAN
Ada orang mengangap kereta ini hanyalah satu jentera yang membawa kita dari Poin A ke poin B. Asalkan selamat dan selesa cukuplah. Tapi bukan semua begitu, kereta bagi setengah orang sebagai simbol kejayaan dalam hidup
Kereta import memang jadi idaman, dengan reputasi dan mentaliti kebanyakan rakyat marhein Malaysia bahawa kereta import bagus memang tak dapat disangkal lagi. Sebut saja jenama H dan T memang semua punya impian untuk memiliki. Ditambah pula jenama Korea (Kimchi Car) dan kerata Eopah (Conti Car) yang kini menguasai pasaran. Saya sendiri pun teringin.
Kereta tempatan dengan label P1 & P2 (Proton dan Perodua) juga tak kurang hebatnya. Makin banyak improvement berbanding dulu.Walaupun tidak se gah kereta import, tapi tidaklah hina sangat. Dan kebayakkan kereta local ini dalam range harga mampu milik. Kita boleh nampak, walau pengutuk kereta tempatan ni sentiasa ada, tapi kereta local jugalah yang banyak menyusur kat atas jalanraya pada masa kini. Saya tak suka masukkan isu politik bila sembang pasal kereta. sebab bukan semuanya dalam hidup ini politik.
PERBINCANGAN
Inilah faktor lebih penting dari semua faktor diatas.
Beli
kereta ni memang dilihat seolah diputuskan oleh lelaki/ ketua keluarga
sahaja.Jangan buat macam tu bang, keputusan yang melibatkan kewangan
keluarga selama 7-9 tahun berhutang dengan bank ni seeloknya kita bawa
berbincang, Beli kereta ni akan bagi kesan jangkamasa panjang. dengan
segala kos bahan api, barangan keperluan harian anak, makan minum dan
bil utiliti.Panggil isteri dan mintak pendapat saudara mara serta
rakan-rakan kita.Lepas tu baru cantik kita buat keputusan.Buat keputusan
tu nanti jangan buat berdasarkan pilihan orang lain.Pastikan ianya
pilihan kita.Pandangan mereka kita hargai.
.
Keputusan : seperti dibawah sekali:)
.
.
.
.
.
.
.
.
Alhamdulillah,
Jadi, inilah jentera baru yang saya & isteri pilih untuk kenderaan kami dari point A ke Point B.Selepas menimbangkan faktor-faktor diatas.Inilah yang terbaik buat kami.Insya allah. Memang ada pro dan kontra pasal jentera ini. Kami berdoa semoga denga memiliki jentera ini ianya dapat memberikan manafaat kepada keluarga kami.
Tahu tak kereta apa ni:)
Saya akan update tentang jentera ini dalam artikel seterusnya.
Terima kasih sudi membaca.