Monday, December 28, 2015

Service Ke - 3 Proton Preve CFE

Assalamualaikum dan Hi 

Akhir tahun adalah musim percutian.Samada balik kampung atau membawa keluarga bercuti ke mana-mana lokasi percutian.Tapi pastikan kenderaan kita dalam kondisi yang terbaik untuk menempuhi perjalanan.

Sudah tiba masa untuk service kali ketiga.Walaupun milleage tak sampai 20,000 KM lagi 
(Dalam 17,561km), tapi ikut masa kena service sebelum 11 Januari 2016. So, amik masa yang ada untuk lakukannya.




Preve CFE servis 20K (3rd servis)

1-Shell Helix Ultra 5w-40 =RM233.02
2-Oil Filter-MMC =RM35.00
3-Gasket plug oil drain =RM3.02
4-Labour =RM0.00
5-GST =RM16.26

TOTAL =RM287.30

Pusat Service GT ONE,Melaka.

Sebelum ini saya gunakan minyak enjin syntium 3000 (5W-40) dan amat berpuas hati.Unutk servive ketiga SC GT One tiada stok untuk minyak enjin yang  sama.Namun rekemen dari pusat service ialah Shell Helix Ultra 5w-40 atau Syntium 7000.Mengenangkan perjalanan jauh dan kos yang terhad,Maka tak dapat la lagi nak merasa Syn 7000.


 Boleh cek originaliti minyak enjin shell




Lebih menarik lagi bila balik singah di Tesco Cheng nampak yang ni:)




SC juga offer untuk buat aligment, tapi RM60.00. Buat kat luar jimat sket:)


Ruang menunggu Customer


Service Assistant dah siapkan next service punya estimate bajet dalam buku service.Very nice.
Assalamualaikum semua

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Assalamualaikum semua

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Wednesday, December 16, 2015

Membawa Minyak Enjin Sendiri ke Service Centre Proton

Assalamualaikum semua

Bolehkah kita Membawa Minyak Enjin Sendiri ke Service Centre Proton?







Saya pasti ramai yang masih mencari jawaban yang tepat berkenaan hal ini.Sebabnya tentulah pelbagai.
  1. Nak cuba buat perbandingan setiap minyak enjin yang ada pada pereve.
  2. Harga minyak enjin di SC lebih mahal berbanding diluar.
  3. Minyak enjin di SC terhad pada satu jenis sahaja.
  4. Dan lain-lain.
Kita yang beli kereta baru semestinya sangat concern dengan SYARAT JAMINAN/WARRANTY yang diberikan oleh pihak Proton dan tidak mahu ianya terbatal atas kesilapan dan ketidakfahaman kita berkenaan hal ini.
Tempoh jaminan jika tak silap saya ialah selama 36 bulan.(Boleh rujuk buku jaminan/manual).

Saya telah ajukan perkara ini ke Pihak Proton  di FB rasmi (https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial/?fref=ts) mereka  dan ini adalah jawaban yang diberikan.


Point Utama yang diberikan oleh Proton ialah asalkan perkakasan dan minyak enjin itu DARIPADA SC dan mengikut gred API ditetapkan ianya tidak akan membatalkan jaminan yang diberikan. Walaupun minyak enjin yang ditawarkan tidak semestinya daripada Petronas Syntium.

Dan warranty akan terbatal jika minyak enjin yang digunakan bukan daripada pihak SC walaupun pelangan membeli minyak enjin tersebut daripada stesen minyak/pengedar yang dilantik oleh syarikat minyak enjin tersebut.(Lampirkan resit pun tak jalan)

Sehingga kini,sepengetahuan saya. Pihak SC hanya menawarkan dua jenis minyak enjin iaitu daripada Petronas dan Shell.Dan untuk Petronas, mostly syntium 1000 yang dijual.Jika nak pakai syntium 3000 dan 7000 cooltech.Bergantung pada SC tertentu yang ada minyak enjin tersebut.

Namun demikian, dinyatakan juga yang SC tetap akan menerima minyak enjin yang dibawa oleh pengguna.Walau begitu ianya tidak akan tercatat dalam resit dan sistem komputer mereka.Apabila berlaku sebarang kerosakan pada enjin anda dalam tempoh jaminan.Proton akan menyemak kembali rekod service anda.Bila didapati tiada dalam sistem.Maka panjang cerita kalau nak buat tuntutan.

Setakat ini saya dah gunakan 2 jenis minyak enjin (Tak termasuk minyak enjin ketika mula terima kereta) iaitu Syntium 1000 dan Syntium 3000 Cooltech. Next service untuk 20Km nak cuba Syntium 7000 pula.

Apapun, boleh rujuk kepada buku jaminan yang disertakan bersama kenderaan anda untuk lebih jelas tentang perkara ini.Dan jika masih tak berpuas hati.Boleh hubungi mereka terus untuk dapatkan penjelasan.
Semoga info ini dapat dijadikan panduan oleh anda semua. Sebarang kesilapan harap dapat ditegur.Jika ada tambahan info amat dIalukan.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...