Sebelum mulakan cerita, nak ucapkan terima kasih pada peti sejuk jenama Sharp lama kami yang telah setia berkhidmat dengan jayanya pada keluarga ini sejak 2006 hingga tamat tarikh perkhidmatanya Februari 2016.Hampir 10 tahun.Kerosakan pada kompresor dah tak sejuk + kapasiti yang sedia ada dah tak mampu nak tampung segala barangan keperluan famili ini.
Jasa mu dikenang
Peti sejuk adalah antara keperluan rumah yang perlu ada pada zaman sekarang. Namun apabila kita membelinya, kita mengharapkan agar ianya dapat memenuhi keperluan dan tahan lama.Ada setengah famili menggunakan peti sejuk mereka sejak 15 tahun yang lalu tanpa menukar sebab masih beroperasi dengan baik.
Disebabkan ianya Penting. Maka keputusan mestilah segera.Puan isteri pastinya masam muka kalau 2 barang ni rosak.
1-Mesin Basuh
2-Peti Sejuk.
Antara tips yang dapat dikongsikan bersama untuk memilih petisejuk
- Kapasiti dan jumlah ahli keluarga.
- Harga
- Teknologi
- Brand
KAPASITI & JUMLAH AHLI KELUARGA
Seeloknya kita memastikan peti yang kita beli itu mampu untuk menampung barangan sejuk beku seperti sayuran, daging, makanan seiring dengan jumlah ahli keluarga. Jika sebuah rumah ada 4-5 orang dewasa dan kanak-kanak. Lebih elok cari yang 400-450L.Untuk long term, sebab beli peti sejuk ni bukan setiap 3 tahun.
HARGA
Ini bergantung pada masing masing punya selera dan kemampuan.Biasanya peti sejuk sekarang yang elok dan berkualiti range harga dalam 1K-2K sudah memadai. Ada je peti sejuk yang harga 6-7k.Terpulang pada selera dan kemampuan anda.Bagi saya ianya untuk kemudahan kita, style jatuh no 5.
Pergilah 2-3 buah kedai untuk buat perbandingan harga dan servey harga dalam Google. Jangan lorat...take your time and rileks.
TEKNOLOGI+DESIGN
Teknologi berubah setia masa, Namun untuk peti sejuk.Teknologi terkini yang ada ialah Inverter.teknologi ini memfokuskan kepada penjimatan tenaga elektrik. Peti sejuk kita akan on untuk 24 jam.Jadi ianya mengunakan tenaga elektrik yang paling maksimum dalam rumah.Kebanyakaan barangan elektrik yang dijual sekarang pun ada lebel daripada suruhanjaya tenaga untuk panduan pengguna.
I-Bintang
Pilih 5 bintang adalah yang terbaik.Namun, bintang saja tak tepat.Ada lagi perincian dia. Pastikan jika dapat yang 50% penjimatan tenaga. Peratusan jimat tenaga yang lebih tinggi adalah lebih baik.
DESIGN
Ada petisejuk 1 pintu, 2 pintu, 3 pintu dan 4 pintu. Pilih la yang 2 pintu.Bila kita buka ruang bawah dia takkan efek suhu ruang atas berbanding 1 pintu. Size ikutlah ruang yang ada di rumah.Pastikan peti tidak diletakkan terlalu rapat ke dinding dan tak direct kena sunlight.
Ada ruang beku diatas dan ada yang dibawah.Saya pilih ruang beku diatas.Senang eh,janggal rasa ruang beku kat bawah.Anak asyik main buka tutup peti pastu nak membongkok lagi.
Pintu biasanya keluli atau glass.Ini lebih kepada style.Pakai keluli boleh tampal-tampal.Pakai glass kena selalu lap.Terpulang.
BRAND/JENAMA
Panasonic, Hitachi, Toshiba,Sharp,LG,Samsung,Elextrolux,Mitsubishi adalah brand yang paling comon pada masa kini.
Tapi saya lebih prefer brand daripada Jepun berbanding Korea dan Europe.Walaupun untuk dapat barang yang betul2 daripad Jepun sangat susah dan harga mahal.Mostly barangan sekarang manufactured adalah daripada Thailand,China dan Vietnam (Faktor kos pengeluaran dan pekerja).
Cerita pasal brand, semua orang ada brand feveret masing2.Ada famili yang dalam rumah dia kalau barangan elektrik 80% adalah satu jenama je.Brand Loyal.Ada yang suka pelbagai dan ada juga dah setkan kalau TV je mesti nak Sony.
Penting untuk kita jelas mengenai warranty.Pastikan kedai yang kita beli itu adalah Authoriz Dealer kepada jenama tersebut.Pastikan juga jika berlaku sebarang kerosakan, service centre adalah berdekatan.Jangan beli barang yang kalau rosak kena tunggu 3 bulan baru siap dan kena hantar ke HQ di KL.Letih.
Bagaimana nak tahu kedai elektrik tu Authoriz Dealer. Boleh tanya terus tokey atau masa Daftar warranty online, nama kedai tu tersenarai.
Susah juga untuk memberikan jawaban jika ada yang bertanya brand apa paling terbaik untuk petisejuk ni. Pengalaman setiap orang berbeza. Ada yang guna Toshiba sejak mula kawin tahun 2000 sampai sekarang ok je lagi. Ada yang guna Singer, dari dia kecik sampai dia dah kawen pun peti tu masih ok lagi kat rumah mak ayah.Pakai Hitachi dah 10 tahun ok lagi dan lain-lain.
THIS IS IT
Inilah pilihan akhir kami.Setelah tawaf ke 4 buah kedai.Kami senarai 2 pilihan iaitu:
- Toshiba
- Sharp
Gambar dalam web
5 Bintang
Penggunaan Tenaga purata setahun 423 kwj
43% save than 2 star.
Alhamdulilah
Sharp 430L i-Kagami Series 2 Door Refrigerator SJE435MSL
Masih setia dengan brand SHARP.
Details pasal product ni boleh refer kat sini : https://lifegood.com.my/sharp-430l-i-kagami-series-2-door-refrigerator-sje435msl
Semoga coretan ini memberikan informasi dan sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam memilih peti sejuk yang terbaik untuk kegunaan famili anda.