Dah lama tak menulis, jadi hari ini nak kongsikan berkenaan menambah simen untuk ruang belakang rumah.
Tarikh Mula/Siap : 15 Disember 2016 (Satu hari sahaja)
Panjang : Lebih kurang 25 kaki
Lebar : 7-5 kaki
Barangan yang diperlukan
- Batu Kerikil 1 Ela
- Simen 50 Kg 4 Bag
- Pasir Sungai 2 Ela
- BRC A8 1.70 M X 4.0 M 2 Keping
- Simen 50 Kg 2 Bag
- Pasir Sungai 1/2 Ela
Jangan biasakan letak pasir di luar kawasan rumah jika tinggal di kawasan perumahan, nanti kena saman
Kerja pemasangan RC dilakukan untuk mengukuhkan cengkaman simen
Kerja bancuh simen
Kerja meratakan simen bermula
Balik kerja malam tengok hasil dah siap
View Hari Siang
Alhamdulillah, siap juga akhirnya.So hasilnya seperti gambar diatas. Saya berpuas hati dengan kerja yang dilakukan. Tukang turut membuat kemasan selepas semua kerja diselesaikan.
Dengan siapnya pemasangan simen ini.Dapatlah sedikit ruang untuk memudahkan isteri menempatkan tempat jemuran dan menyusun barang-barang yang berselerak dibelakang. Nampak lapang dan boleh ajak famili lepak malam-malam ambik angin.