Wednesday, November 28, 2018

KYT VENOM OPEN KASMA DANIEL HELMET

Alhamdulillah

Akhirnya berjaya mendapatakan helmet idaman dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran dan kedai.

Beli dari Lazada pada 11.11.2018. Harga biasa di kedai helmet sekitar  RM300-RM350. Saya beli RM275+Postage RM5 = RM280.00.

MENGAPA KASMA DANIEL?


  1. Sebab design dan color helmet ni memang masuk dengan warna motor Hondas RS150R TRICO.
  2. Kasma Daniel ni Juara pelumba cub prix.

Tips nak beli Helmet KYT Venom.

  1. Size ; Pastikan ambik saiz XL atau XXL jika saiz helmet biasa yang korang pakai size L (Ukuran size kepala 60cm) . Sebab span dia grip sangat dekat bahagian pipi (jadi kembung macam pau) kalo pakai size L.
  2. KYT ni jenis ikat Double D Ring, bukan cliper.
  3. Pilih warna yang korang suka atau match dengan color motor.Baru stylo.
Ini yang aku terima melalui Lazada



Dalam korang akan dapat macam ni





Disediakan buku manual


Double visor, tapi aku x minat pakai visor gelap ni.

Masuk kan color :)

Jom ride..semangat helmet baru.heheeh







Monday, November 5, 2018

RS150R TRICO : TUKAR TAYAR MAXXIS F1

Salam Semua

Mileage Motor pun dah jejak 12K untuk tempoh 11 bulan penggunaan. Tayar belakang walaupun dalam keadaan yang boleh digunakan untuk sekurangnya 5K lagi, tapi...beberapa kejadian yang mencemaskan berlaku terutama ketika meleper membuatkan diri terfikir dah tiba masanya untuk kita cari tayar baru.

Tayar asal IRC.


Pilihan yang berkenan di hati dan semestinya mampu.
  1. Corsa (R26, R46, R123)
  2. Maxxis (Volan , F1)
  3. Metzeler
 Actually takde masalah pun kalo nak mix tayar. Contoh  Depan Corsa, belakang Maxxis. Tapi Saya lebih suka pakai jenama dan siri  yang sama kalo bab tayar.

So, inilah yang jadi pilihan. Setelah bertanya melalui Grup FB, Wasap dan Telegram. Penting untuk bertanya dan buat perbandingan harga. 7-8 kedai juga kedai saya servey, termasuk seller online. Mostly untuk size 120/70/17 harga ialah RM220 (Siap pasang). Tapi harga yang saya dapat ialah RM188.00 siap pasang.




MAXXIS F1 ST
Tayar ni soft compound, kalo meleper memang sedap.
Maximum hayat  dalam 10-12 K atau setahun.Apapun tengok cara penggunaan juga.

Tayar keluaran minggu 31 tahun 2018



Pasang mesti cari yang pakai mesin.


Ngam



Insya Allah, ada rezeki pasang kat depan pulak, plan nak tukau sepasang.Tapi kedai takde size 90/80 (size standard). So hold la dulu.Lagipun tayar depan tu cun lagi kondisinya.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...