Thursday, April 14, 2022

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022

Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam. 

Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspek perlu diperhalusi. Sebab kemampuan kewangan kita terbatas. Loan akan buat sehingga 9 tahun. Kos penyelengaraan, minyak dan lain-lain.

SEBAB UTAMA

Mengapa nak beli kenderaan baru?

  • Pertambahan bilangan ahli keluarga. Keselesaan ahli keluarga adalah keutamaan.
  • Hidup jauh diperantau. Bermastautin di Melaka. Kampung asal di Pahang, kampung isteri di Terengganu. Perjalanan jauh.
  • Alhamdulillah, ada rezeki dan kemampuan kurniaan Allah SWT.

KRITERIA

Sebelum buat keputusan kami telah tetapkan 4 kriteria utama. Ini adalah sangat penting sebagai panduan kita. 

  1. Kemampuan Kewangan : Mesti kenderaan bawah 100K dan bayaran bulanan maksimum bawah RM1K.
  2. Ruang : kenderaan 7 tempat duduk adalah paling praktikal untuk bilangan ahli keluarga seramai 7 orang.
  3. Kenderaan Baru : Tiada masalah dengan kenderaan terpakai, namun keputusan kami ianya mestilah kereta baru.
  4. Senang dalam penyelengaraan : Mudah dapat alat ganti dan banyak workshop boleh repair jika berlaku sebarang kerosakan.

PEMILIHAN KENDERAAN

Kami telah setkan bahawa harga mesti bawah RM100K. Jadi senarai yang kami shortlist ialah:

  1. Mitsubishi Xpander
  2. Perodua Aruz
  3. Proton Exora

Kami letakkan Xpander sebagai pilihan pertama sebab memang dah aim sangat kereta ni sejak mula keluar. Design cun, minyak ok dan ianya Mitsubishi.Kami telah pergi test drive. Betullah apa orang kata. Jangan sekadar tengok di youtube dan tengok gambar saja. Test Drive adalah WAJIB jika nak beli kenderaan. Xpander drive memang best, cuma bila lihat space bahagian belakang (seat paling belakang). Kami terasa seolah ada something yang tak memnuhi apa yang kami cari. Of coz dengan harga 90k dengan bayaran bulanan sekitar 950 sebulan. kami mahu ianya berbaloi. Akhirnya kami memutuskan tiada jodoh kami dengan Xpander. Apapun ianya tetap sebuah kenderaan yang menarik.

Berkenaan Perodua Aruz, kami dapati ianya agak membuai semasa pemanduan dan ruang belakang yang agak padat. Sekali lagi ianya tetap isu back seat and space. 

Senang cerita boleh tengok perbandingan disini. nak taip panjang sangat.

https://www.youtube.com/watch?v=2ouPGTjX1lg

Kami tak fokus sangat tentang nilai jualan balik kenderaan. Sebab itu bukan keutamaan kami. 

JADI CCTV : Penting sangat untuk jadi CCTV di grup-grup kenderaan yang kita minat. Disini kita akan dapat pelbagai maklumat tentang segalanya berkaitan kenderaan tersebut. Informasi pula secara real daripada mereka yang menggunakannya.


KEMAMPUAN BAYARAN BULANAN+ INTEREST BANK

Kami akan beli kereta secara loan, kami tak mampu nak beli cash. Jadi bila dah namanya loan. Maka ianya akan melibatkan bank dan interest. Kami buat sevey sendiri berbanding serah bulat-bulat pada SA.


KEPUTUSAN AKHIR

Alhamdulillah. 

Inilah  pilihan akhir kami dan inilah yang terbaik buat kami setelah dinilai dari segala segi.


PROTON EXORA RC  2022

"Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya."


Kronologi Ringkas.

6 Mac 2022 : Apply Loan B.Rakyat 

7 Mac 2022 : Loan lulus dan Sign Agrement B.Rakyat (2.40%)

15 Mac 2022 : Kenderaan didaftarkan dalam sistem JPJ.(Bayau deposit ke SA)

23 Mac 2022 : Kenderaan tiba di Proton Edar

24 Mac 2022: Alhamdulillah.. kenderaan diserah milik.



PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...