Wednesday, December 1, 2010

10 Tahun UTeM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.




1 Disember 2010/24 Z.Hijjah 1431(Rabu)
Kompleks Sukan UTeM

Hari ini berlangsungnya majlis sambutan 10 Tahun Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Semua kakitangan UTeM berkumpul di kompleks sukan bagi meraikan sambutan sedekad UTeM di persada pendidikan.Majlis dimulakan pada jam 11.45 pagi dengan ketibaan Ybhg Profesor Datuk Dr Ahmad Yusoff Bin Hassan diiringi pegawai-pegawai kanan universiti.Nyanyian Lagu Negaraku dan UTeM Terbilang dinyanyikan dengan penuh semangat bergema memenuhi dewan.Tangan ditadahkan dengan sepenuh hati ketika bacaan doa agar UTeM mendapat keberkatan serta  semakin cemerlang,gemilang dan terbilang di seantero dunia.

Tayangan multimedia memaparkan sejarah awal penubuhan UTeM sehingga ke hari ini.Usaha dan transformasi sentiasa dilakukan dengan pengemblengan tenaga serta perkongsian idea  yang tidak mengenal erti penat lelah dalam memartabatkan agama,bangsa dan negara.Beberapa paparan juga mengamit memori para hadirin terutama mereka yang terlibat sejak dari mula penubuhan UTeM.

Majlis turut dimantapkan dengan amanat YB Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Dr Ahmad Yusoff Bin Hassan.Naib Canselor menyeru agar semua staf UTeM sentiasa mengamalkan intergriti dan mengutamakan kualiti dalam budaya kerja.

Majlis Sambutan 10 Tahun UTeM berakhir sekitar 12.30 tengahari dengan upacara pemotongan kek sempena simbolik kejayaan UTeM.Para jemputan dijemput untuk menikmati hidangan tengahari.

FOTO
















No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...