Monday, December 27, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 Final 1st leg

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Malaysia vs Indonesia 2010

Tiket   :          RM30
Tempat  :       Stadium Nasional Bukit Jalil
Waktu :          8.00pm
Tarikh :         26 Disember 2010


Saya sendiri tidak ingat bila kali terakhir saya menyaksikan perlawanan bolasepak di Stadium Nasional Bukit Jalil.Tapi dalam trip menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki Cup 2010 diantara Pasukan Malaysia menentang Indonesia (Perlawanan pertama).Saya cukup(teramat) berpuas hati.
Kami bertolak pada jam 3 petang.Check point di library UTeM.Sepanjang perjalanan,kami begitu teruja melihat kenderaan dan penumpang yang memakai pakaian kuning dan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda menyokong pasukan Negara.Kami berhenti rehat di hentian Nilai seketika untuk minum.Kelihatan beberapa buah bas yang membawa penyokong Indonesia (pakai pakaian merah).
Trafic mulai sesak sebaik saja melepasi tol Sg Besi.Kenderaan berpusu-pusu menuju ke stadium.Kami meletakkan kenderaan di Ibu pejabat Astro.Parking RM2.00 dan kami harus menapak sejauh lebih kurang  1km.Tak menjadi masalah asalkan tidak bersesak-sesak mencari parking.
Gerombolan penyokong yang berpusu-pusu hadir menyemarakkan lagi semangat kami.Sebelum masuk ke stadium,sempatlah juga kami membeli beberapa souvenier.Saya membeli sehelai scarf  untuk dikibarkan sebagai tanda sokongan.
Kami memasuki stadium lebih kurang jam 6.50 petang,memang agak lewat jika nak dibandingkan dengan penonton lain yang sudah memenuhi stadium bermula jam 3.00 petang lagi.Dalam lautan manusia yang ada,memang agak sukar untuk mendapatkan tempat duduk,kami kena tawaf beberapa laluan masuk ,Alhamdullilah akhirnya kami dapat seat di bahagian tengah stadium sebelah atas.

Keterujaan semakin terasa dengan perang psyikologi antara penyokong.Pelbagai aksi dan gaya dilakukan,dan semestinya gaya ombak adalah satu kemestian.Bingit serunai vuvuzela turut menghangatkan atmosfera.Kepelbagaian kain rentang dan kata-kata sokongan dari kedua penyokong menghiasi stdium.
Tepat 8.00 malam wisel ditiupkan dan sepak mula dilangsung.Gegak gempita stadium,bingar tidak ketahuan.Kepada mereka yang mengatakan menonton secara live dan melalui TV tiada perbezaan,anda nyata tersilap!Adrenalin dan degupan jantung berdegup kencang dek keterujaan yang melanda perasaan.Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.Perlawanan juga agak seimbang.
Separuh masa kedua menjanjikan perlawanan yang pantas dan sengit dengan kedua-dua pasukan berusaha untuk mendapatkan gol pembukaan.Dan akhirnya saat yang dinantikan menjelma juga dengan Mohd Safee Sali meledakkan gol ke gawang pasukan Indonesia pada minit ke 60.Seluruh stadium bergema dengan sorakan penonton.Malaysia seakan tahu bahawa 1 gol sahaja tidak mencukupi, gol kedua disumbangkan oleh pemain gantian Mohd Ashari Samsudin yang masuk menggantikan Amirulhadi Zainal pada minit ke-68.Namun kerakusan Sang Harimau Malaya seakan tidak dapat dibendung lagi dan terus mengganas dengan Mohd Safee Sali sekali lagi mengegarkan gawang lawan dengan gol ketiga pada minit  72.
Pada separuh masa kedua juga(minit ke 50),perlawanan terpaksa dihentikan selama 10 minit berikutan ketidakpuashatian pasukan Indonesia akibat gangguan laser oleh penonton.Saya juga turut merasa kesal dengan insiden ini.Seharusnya perkara seperti ini tidak berlaku kerana ianya hanya memaparkan moral pelaku yang rendah dan merencatkan kehangatan perlawanan.

Kali ini Harimau Malaya betul-betul menunjukkan taringnya dengan membaham garuda secukup rasa.Kelebihan beraksi di laman sendiri memberikan advantage lantas dimanafaatkan dengan sepenuhnya.Bisa dilumpuhkan 5-1 pada perlawanan awal seakan tidak memberi kesan.
Saya ingin merakamkan tahniah kepada pasukan Malaysia atas kejayaan menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawana pertama ini.Saya cukup kagum dengan jurulatih K Rajagobal yang saya lihat berdiri hampir sepanjang perlawanan bagi memastikan para pemain sentiasa mematuhi strategi yang diberikan.Terbukti khidmat jurulatih tempatan bukanlah alang kepalang.Dengan bekalan kelebihan 3 gol mengatasi pihak lawan,pasukan Malaysia dilihat mempunyai peluang yang kukuh untuk menjulang kejuaraan.Cuma saya ingin nasihatkan agar para pemain tidak terbuai dengan kelebihan yang ada.Dari aspek hantaran,pemain Malaysia masih perlu diperbaiki.Begitu juga chemistry diantara pemain.
Kami bertolak pulang dengan seribu kepuasan terpancar di wajah,meskipun ketika keluar dari stadium,penonton berasak-asak dengan teruk (Disiplin punya isu).Saya juga percaya itu juga yang dirasakan oleh para penonton yang lain.Walaupu letih namun berbaloi-baloi.Kami singgah di hentian Seremban untuk mengisi perut yang keroncong,namun dah penuh.So kami decide untuk stop di hentian Ayer Kroh di restoran jejantas.Pekena KFC.
Tiba di Library UTeM pada jam 2.45 pagi.Terima kasih kepada Encik Azman Ayup sebab usahakan untuk dapat tiket dan give us a ride.Insyallah,jika ada rezeki,kita layan pula perlawanan di Stadium Bung Karno.Tapi dari kaca TV sajale.




FOTO














































No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...