Wednesday, December 8, 2010

Hijrah dan kehilangan




Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua muslimin dan muslimat walau dimana anda berada.


Jumaat 3 Disember 2010

Saya menerima panggilan telefon daripada Hospital Temerloh,Pahang Darul Makmur lebih kurang jam 715 malam.Jururawat yang menghubungi saya bertanyakan samada saya mengenali Mohd Yatib Bin Mat Diah.Saya menyatakan itu adalah Aki (Datuk) saya.Jururawat memberitahu bahawa aki saya kini berada di wad kecemasan dan berada dalam keadaan kritikal akibat kemalangan.Masyallah......Pihak hospital menghubungi saya kerana menemui kad nama saya berada dalam dompet aki.Bermakna saya adalah orang pertama yang dimaklumkan.

Selepas beberapa minit menerima panggilan daripada pihak hospital,pihak polis pula menghubungi saya dan bertanyakan butiran berkenaan aki.Saya memberi kerjasama kepada pihak polis.Selepas memaklumkan kepada sanak saudara yang terdekat,saya berkemas untuk pergi ke Temerloh.Namun Allah SWT telah menyatakan didalam qalam takdir bahawa hayat aki saya telah tiada,selang 30 minit,adik perempuan saya menelefon dan membawa perkhabaran duka itu.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انا لله وانا اليه راجعون)

Saya tiba di Temerloh pada subuh Sabtu,masih sempat untuk menatap wajah arwah aki untuk kali terakhir disamping menyedekahkan bacaan Al Fatehah dan surah Yassin.Arwah aki selamat dikebumikan di perkuburan chengal,Temerloh pada jam 10.00 pagi.Cuaca yang mendung adalah gambaran perasaan dalam hati saya.

Arwah aki dilanggar ketika hendak melintas jalan.Dirempuh oleh seorang pensyarah.Adik perempuan saya amat mengenali pensyarah berkenaan kerana mengajar dalam satu fakulti.Bukanlah saya niat untuk berdendam,cuma sama-samalah kita ambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang terjadi jika kita memandu dalam keadaan "rush" dan laju.

Yang pergi tetap akan pergi,setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati dan ianya pasti kerana janji Allah SWT itu benar.Semoga roh arwah aki ditempatkan disisi hambaNYA yang beriman.Tiadalah apa yang dapat membantu,tiada apa lagi yang diharapkan selain Rahmat dan RahimNYA.



Cukuplah kematian sebagai peringatan… 

1 comment:

stramberrymanis said...

takziah...semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..amin

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...