Monday, April 18, 2011

A Doctor In the House:The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad





Saya telah menghabiskan masa lebih kurang seminggu menatap sebuah buku ini.Buku yang saya maksudkan ialah "A Doctor In the House:The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad".Saya kini berada pada chapter 58:Education.Semasa berada di rumah mertua saya khusyuk membaca.Sememangnya buku dan biografi berkenaan pemimipin-pemimpin ulung negara dan dunia menarik minat saya.Sebelum ini saya menghabiskan masa hampir 1 bulan untuk  memahami Buku Lee Kwan Yew:Hard Truths:To keep Singapore Going(masih menelaah).

Saya tidak dapat menidakkan buku ini sememangnya patut dibaca untuk pengetahuan rakyat terutamanya orang melayu.Saya membaca dengan mengenetepikan fahaman politik dan meletakkan diri sebagai rakyat biasa.Membesar dalam era pemerintahan Tun M turut menyaksikan segala perkembangan dan kemajuan yang dicapai sepanjang 22 tahun pentadbiran Tun M.Buku ini juga sekaligus menjawab segala persoalan berkenaan beberapa tindakan yang diambil yang mana ianya sukar difahami oleh orang ramai.

Buku ini setebal 843 mukasurat dan mengandungi 62 bab (chapter).Setiap bab menceritakan tentang sesuatu perkara penting dan pandangan Tun M berkenaan perkara tersebut.Bab pertama/pembukaan adalah Becoming Prime Minister.Diceritakan bagaimana 3 Perdana Menteri sebelumnya (Tunku,Tun Razak dan Tun Hussein) adalah dari golongan elit dan berlatarbelakang pendidikan Undang-undang.Sedangkan Tun M hanyalah seorang rakyat biasa dan berpendidikan Perubatan. 

Dalam bab 22:A Dream Delivered, A Mentor Dies dikisahkan bagaimana Tun M begitu menyanjungi Tun Razak yang dianggap mentornya.Tun M amat mengagumi corak kepimpinan Tun Razak dan berasa sangat dukacita atas pemergian Tun Razak yang telah banyak mencorakan pentadbiran yang kehadapan untuk orang melayu khususnya.Bagaimana persamaan diantara mereka yang sanggup menerima pakai Idea dan buah fikiran daripada negara lain seandainya ianya membawa manafaat kepada Malaysia.

Saya sangat  tersentuh pada bab 3 : I Am Malay.Dalam bab ini diceritakan dengan lengkap tentang sejarah bangsa melayu yang telah berjuang sekian lama menentang penjajahan selama 450 tahun.Bagaiman orang melayu bersatu menghadapi setiap suka duka selama itu.Sehingga pegangan politik masa kini memecahbelahkan mereka dan menjadikan mereka bercakaran sesama sendiri.

Terdapat juga beberapa petikan dalam buku ini dalam bab-bab tertentu yang menarik perhatian saya dan membuatkan saya berfikir dengan lebih mendalam.Contoh bab 27:How The Goverment Works.Bagaimana ketika itu kakitangan awam mempunyai tray KIV yang menebal.Karenah birokrasi.Sejarah pengwujudan Fail Meja Manual Prosedur Kerja agar kakitangan tahu skop tugas dan kemana halatuju sesuatu tugasan terarah.
Bab 28:Bersih, Cekap, Amanah (Clean,Efficient & Trustworthy) yang dijadikan slogan pemerintahan pada tahun 1982.Ketika itu saya berusia 2 tahun.Bagaiman pengenalan tanda nama (NameTag) diperkenalkan dalam sektor awam.

Sekali lagi saya diajak untuk merenung kembali dan berfikir tetang pandangan Tun M pada Bab 36: Islam And Islamization.Saya quote kata-kata yang cukup bermakna ini

"Reason why the muslims had been divided into different sects was because the understanding of these interpreters differed and their teachings differed accordingly."M/S 482.

Dalam Bab 49, 50 dan 51 penerangan berkenaan projek-projek mega seperti MSC,Petronas Twin Tower dan Putrajaya.Bagaiman projek ini dilaksanakan dan matlamat utama projek-projek.

Terlalu panjang ulasan yang ingin saya berikan,namun cukuplah setakat ini dahulu.Lupa nak bagitau,buku ini ditulis dalam Bahasa Inggeris.So,memang take time untuk saya menghayati dan memahami sepenuhnya.Dan ternyata benar,English education tu penting (ucop wilcha HKLBR).

Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku dengan harga RM100.00 Senaskah.

Saya mengharapkan agar buku ini dapat diterbitkan dalam Bahasa Melayu agar lebih ramai masyarakat kita dapat membacanya.

**Bestkan jadi Librarian..dapat baca buku mahal-mahal free:)




No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...