""Maka, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat."
(Tunku Abdul Rahman, 31 Ogos 1957)Tanggal 31,bulan Ogos 1957 adalah tarikh keramat bagi semua rakyat Malaysia kerana pada tarikh ini Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Bagi tahun 2011,Sambutan Hari Kemerdekaan ditangguhkan ke tarikh 16 September 2011 dimana ianya akan diadakan serentak dengan sambutan Hari Malaysia.
Tentu sahaja soalan yang sering ditanya pada setiap sambutan kemerdekaan tanahair
"Apakah erti kemerdekaan pada diri anda?"
Bagi diri saya,Kemerdekaan adalah sebuah pengiktirafan kepada Agama,Bangsa dan Negara dimana warganegaranya akan bebas mencorakkan dan menentukan masa depan tanahair mereka dengan usaha berserta buah fikiran mereka disamping ketentuan Allah SWT.
Merdeka juga adalah satu tahap dimana individu dapat menggunakan iman dan akal kurniaan Ilahi yang ada pada mereka untuk membezakan yang manakah perkara yang benar dan salah dalam kehidupan mereka.
Tentu saja setiap orang mempunyai tafsiran dan perspektif yang berbeza mengikut pemikiran masing-masing.
Pada tahun ini juga,saya telah menyambut seruan kerajaan agar mengimbarkan Jalur Gemilang bagi menzahirkan kesetiaan pada negara.Saya telah gantungkan Jalur Gemilang di pagar rumah.Tidak kisahlah,janji dihati kita,rasa cinta itu tidak pernah pudar
Tema Sambutan Hari kemerdekaan pada tahun ini ialah:
Is this the country that we love?Yes!Indeed!..This is the country that i bleed myself for.
Negaraku,Tanah tumpahnya darahku.
Malaysia oh tanah airku!
Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa
Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang
Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia
Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah airku
(Lirik lagu Malaysia tanah airku)
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa
Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang
Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia
Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah airku
(Lirik lagu Malaysia tanah airku)
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong & Permaisuri Agong selamat bertahta sebagai payung negara.
Meski ada Golongan-golongan yang cuba memecahbelahkan kami hanya kerana ideologi yang berbeza,Engkau peliharalah saf perpaduan kami Ya Allah,Jangan Engkau mendatangkan ujian yang berat keatas negara ini seperti telah Engkau timpakan terhadap saudara kami yang lain walaupun kami lebih layak mendapatkannya kerana kejahilan dan kelemahan kami sendiri..
1 comment:
Salam. Harap hubungi saya di uthayasb@yahoo.com.my [jangan lupa .my] untuk mendapatkan novel "Hanuman: Potret Diri" ... Komen ini BUKAN untuk disiarkan; hanya untuk makluman saudara.
Post a Comment