Wednesday, February 22, 2012

Begini Rasanya menjadi seorang................Ayah.

14 Februari 2012,Selasa
21 R.Awal 1433

Kami sekeluarga bertolak dari kediaman pada jam 7.15 pagi menuju ke Hospital Putra Specialist,Melaka.Menurut doktor,kami kena berada di wad tepat jam 8 pagi sebagai persediaan.Perasaan memang bercampur gaul.Memandu dengan tenang dan tiba pada jam 7.55 pagi.Selepas membuat pendaftaran di kaunter,isteri saya dibawa ke tingkat enam (Bahagian Ibu bersalin).Walaupun masih berdaya untuk menapak,namun petugas hospital menegaskan yang dia kena naik kerusi roda.Mungkin ini sebahagian prosedur kerja disitu.Ikutkan sajalah.




Isteri saya ditempatkan di bilik bersalin 6,kemudian dipindakan ke bilik bersalin 1.Ketika ini tentu saja isteri mengharapkan agar sang suami sentiasa berada disisi isteri.Nurse yang merawat isteri saya agak berumur,saya kira senior nurse kot.Namun sangat peramah.Saya hanya memerhatikan saja apa yang dilakukan oleh nurse,nak tanya lebih pun bukan saya faham sangat pun.



Antara pengalaman unik yang saya alami ialah,mendengar degupan jantung baby.Nurse pasang alat kat perut isteri,lepas tu satu bilik tu bergema dengan degupan jantung baby.Ada pulak alat yang sukat gerakan baby dalam perut,nurse suruh isteri tekan butang kira jika rasa baby bergerak.Saya tengok di mesin pengukur gerakan sekali pandang macam alat sukat gempa bumi je.

Ada kalanya saya diminta keluar.ketika saya duduk tercangguk diluar bilik.Saya turut mendengar pelbagai reaksi yang datang dari bilik-bilik bersebelahan.Ada yang menjerit kuat sangat,selang seli dengan suara doktor dam nurse beri semangat pada si ibu ketika bersalin..."Push!..common..you can do it!..sikit lagi..kuat semangat..tarik nafas...".Yang buat saya paling cuak bila saya dengar suara di bilik no 4."Ya Allah!..sakitnya!..tak tahan sangat aku..sakit!".Lepas tu dengar suara cam doktor cemas..".



Pada jam 1.35 petang,Doktor Ishaireen masuk bilik,time tu wife saya dah mula rasa kesakitan untuk bersalin,Bila doktor periksa,bukaan dah 6cm kalau saya tak silap.Namun kebetulan pulak bilik sebelah ada yang dah sampai masa.So doktor selesaikan dulula..Orang bilik sebelah bersalin cara "cezer".

2.30 petang.Selesai saja dibilik sebelah,terus doktor masuk ke bilik kami,time tu memang wife saya dah pegang lengan saya kuat,sebab sakit sangat katanya.Saya hanya mampu memberikan kata-kata penenang dan memberikan semangat pada isteri agar bersabar dan tabah.Ketika ini bukaan dah mencapai 8-9cm.Dalam bilik tu ada saya,isteri,doktor,2 orang nurse dan sorang nurse pelatih.

Doktor suruh saya ampu leher isteri dan jangan beri dia baring,suruh kepala tengok ke arah perut.Sambil tu doktor dan nurse suruh teran.Saya pulak memang inilah pertama kali masuk wad teman isteri bersalin.Memang kalut sket la.Doktor panggil saya suruh tengok kepala baby da keluar sket.Mula-mula pikir takut jugak,tapi saya buat-buat cool tengok jugak.memang nampak la kepala dan rambut baby tu.Saya kagum dengan isteri.Tetap steady untuk meneran baby.Apa yang saya boleh buat ialah membisikkan pada isteri untuk teruskan usaha dan kuat semangat serta ingatkan Allah SWT.Pelbagai ayat dan surah yang saya baca.Apa yang saya ingat saya baca,sampai doa penerang hati pun saya baca.Yela,mana sempat nak pikir sangat dah.

Saya pernah terduduk dan hampir pitam di Dataran Pahlawan bila jari kena cucuk time test darah,kini tidak lagi:)...Slumber je saya tengok perincian proses kelahiran baby.Semuanya Mind Set aje.

Akhirnya jam 3.12 petang..............baby keluar dengan lancar sekali,doktor kena gunting sikit untuk bantu isteri.Saya tengok time dia gunting tu.Tapi tak payah ceritala.Alami sendiri lagi bagus.Sebaik saja baby keluar,dalam 3-4 saat terus bergema tangisan memenuhi bilik bersalin.Suara pertama baby di alam dunia.Saya mula fikir kalau baby keluar akan berlumuran darah,rupanya tidak.Baby hanya diselaputi lendir dan warna cerah kebiruan sikit je.Nurse terus membersihkan baby dengan menyedut lendir (air ketuban kot).Wife saya pun dah tenang.Saya letakkan wife perlahan dan menuju kearah baby.Alhamdullilah...Masyallah..indah sungguh bayi yang suci bersih ketika lahir.Nurse turut menepuk tapak kaki baby untuk buat dia menangis sepanjang pembersihan itu.Lepas tu saya diminta keluar untuk proses jahitan.

Bagi saya,memang sepatut dan sewajarnya kita sebagai suami menemani isteri ketika bersalin.Selain memberikan kekuatan kepada isteri.Ia juga mengajar kita erti pengorbanan dan ketabahan isteri/ibu untuk memberikan zuriat pada kita.Dengan ini kita akan lebih menghargai mereka.Angan-angan korang semua nak pasang 2-4 akan lebur camtu je bila korang alami semua ni..hahahahaahahahah.

Orang dulu-dulu,bersalin kat umah je,bidan kampung.Takde bius,takde epidural,takde latihan bersalin,takde jahitan,takde katil empuk yang boleh set tinggi rendah.Tapi suami dengar secara live bila isteri menjerit nak lahirkan baby.Mungkin sebab tu kot rumahtangga mereka banyak yang kekal.

Satu lagi,tak kiralah korang hati kering ke apa,tapi for sure dalam hati akan rasa syahdu dan sebak.Ini otomatik bang,bukan rekaan or saja2 nak buat drama sedih.Saya pun tak sedar bila masa air mata bergenang.Tau-tau berair je bila tatap wajah isteri dan baby.

Muhammad Haaris Zafran Bin Zaidi
2.95kg



So,sekarang ni status da upgrade lagi,dari seorang suami kepada seorang ayah.Tanggungjawab yang besar menanti untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Allah SWT.Selesai azan dan qamatkan baby.Sempat saya berkata "Anakku,ini ayah mu.Tiada Tuhan Selain Allah SWT,Muhammad adalah Rasullullah SAW.Selamat datang kedunia,dunia yang penuh tipu daya.Ayah,ibu dan ramai orang sudah ditipunya.Semoga anakku tidak terpedaya dengan dunia ini."




1 comment:

Azman Hj. Ayup said...

Tahniah. Jadilah ibu bapa yang dapat membimbing anak ke jalan yang diredhaiNya....

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...