Thursday, August 30, 2012

Lagu Teman Pengganti

Teman Pengganti adalah lagu terbaru daripada Malique ( Too Phat, anak ayam dll..still ingat kan?).Kali ini Malique (feat) menampilkan Black (Aku cinta aku rindu). Lagu ni kerap dimainkan oleh staf di bahagian Perolehan. Sekali dua kali dengar terus tangkap jiwa. Sebenarnya saya secara diam amat mengagumi Malique bermula dengan lagu "Mantera Beradu" feat Sifu M. Nasir kemudian lagu " Aku Maafkan Kamu" feat King of Pop Malaysia Jamal Abdillah.



Ketika dunia nyanyian hanyut dengan fenomena  KPOP (Korea Selatan), masih ada anak muda yang jika diperhatikan pada awal penampilan di dunia seni melalui kumpulan rap Too Phat dengan imej Hip Hop yang sangat bercirikan kebaratan bisa menghasilkan lirik - lirik yang sangat puitis dan mendalam maksudnya.

Untuk lagu "Teman Pengganti" ini boleh saya tafsirkan lagu mengenai apa yang ingin dinyatakan oleh seorang suami kepada isteri. Kemungkinan sang suami menderitai sesuatu penyakit yang kritikal serta tidak punya masa yang lama untuk bersama isterinya.

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka




Sang suami mendapat petanda melalui mimpi (mimpi bukan sekadar permainan tidur). Bermimpi si isteri bahagia bersama pengganti dirinya apabila dia sudah pergi. Dan sang suami redha dengan ketentuan Ilahi.

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah.



Beberapa purnama (purnama ialah bulan dalam sastera) lalu baru dinikahkan, saling membina impian indah bersama.Namun ada sesuatu yang disembunyikan.Walau pun suami tahu lambat laun ianya pasti merubah segalanya.

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Dalam kehidupan dunia yang serba kepalsuan,mana  mungkin insan tidak akan terkena tempias walau sekuat mana pun tekad.Namun dengan keimanan yang jitu tidak akn sesekali terbias dan terkilas.

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna




Suami memuji ketaatan dan kepatuhan isterinya yang sentiasa sabar mendengar dan hadir pada bila masa kehadirannya diperlukan disamping suami. Di pagi Syawal terakhir ini suasana dirasakan janggal sekali.

Bahagian 70000 Hijab harus disingkat ini berkisar pada ilmu ketuhanan. Dimana 70000 hijab ini merangkumi peringkat alam dan nafsu yang ada.Pengajian Tassawur pasti dapat membantu anda memahami erti hijab ini.Isteri adalah istimewa namun "DIA" adalah sempurna. Implicit kan lirik ini:)

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri.




Menceritakan bagaimana pencarian erti sebenar kewujudan diri di alam ini. Bagimana dugaan dan cabaran dalam persekitaran yang penuh kepuraan (fana). Roh yang terperangkap didalam jasad menjadi keliru dan terlupa dengan perjanjian yang dilafazkan sebelum dihantar ke alam dunia. Rusuk kiri yang mengalami komplikasi juga mungkin merujuk kepada jantung. Kemungkinan suami menderita penyakit jantung..mungkin.
Atau penyakit hati (Cinta Dunia)

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti



Jangan bersedih dengan perpisahan ini, kerana mati itu pasti bagi setiap yang bernyawa. Setiap yang pergi pasti akan berganti, apa saja yang dipinjam mesti dipulangkan.Hanya cinta padaNYA yang kekal abadi.Segala persiapan dan bekalan telah disediakan. Cincin, dompet dan wang untuk perbelanjaan menguruskan dirinya apabila tiada nanti.Namun saya rasa ini satu sindirian juga,sebab orang sekarang akan bercerita soal pusaka bila meninggalnya seseorang..

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Yang hidup akan mati dan akan kembali menemui pemilik sebenar dirinya iaitu Sang Pencipta agung.Bagaimana dengan kita?

Sudahkan anda bersedia untuk mati?Meninggalkan segala kenikmatan dunia.













Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433

Di Aidilfitri ini
kesempatan terbaik sekali
untuk saling melupakan
semua perselisihan persengketaan
untuk saling memaafkan
segala kesilapan kesalahan

Di Aidilfitri ini
biar berlainan visi berbeda misi
mari bersatu kembali
kita cantumkan yang berselerakan
kita tampal yang koyak
kita pateri yang retak
kita baiki yang rosak
kita luruskan yang serong
kita tegakkan yang condong

Di Aidilfitri ini
semoga tidak lagi
kita bertengkar dan berkelahi
bermasam muka dan berkecil hati
bercakaran sesama sendiri

Di Aidilfitri ini 
semoga hari-hari yang bakal dilalui
disirami kemesraan mewangi
disinari ukhuwah sejati
dilimpahi rahmat Ilahi.



Salam Aidifitri keluarga

Salam Aidifitri Unit


Salam Aidifitri Bahagian Perolehan





Monday, August 13, 2012

Haaris Walker

Semalam ke Twins Baby Store kat Cheng, belikan "Walker" untuk Haaris.Mama Haaris kata kena beli malam ni jugak.So pergi la kami.Twins Baby Store ni pun takdela jauh sangat,lebih kurang dalam 5Km je dari pada rumah.

Memang banyak jugalah pilihan yang ada di Twins Baby ni berbanding kedai yang lain kat area sekitar Ayer Kroh ni.Layanan jurujual  kat sini pun agak mesra pelanggan serta tahu tentang info barangan serta produk dalam kedai mereka.

Ni dia Kedai Twins Baby kat Cheng,Melaka






Selepas buat pemilihan,kami setuju untuk amik walker color orange brand Disney.Harga pulak takde diskaun(brand ni je yang xde),tapi sebab dah berkenan dan nampak Haaris pun macam like je.Proceed.





Haaris kelihatan sangat kacak bersama Walker barunya.




Thursday, August 9, 2012

Sumbangan Buku "Book For Asia 2012"

Hari ini (9 Ogos 2012) saya, En Arman, Cik Hasliza, Muat dan Halim ke Asia Book Foundation di Leissure Mall Square, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan untuk menerima sumbangan buku.Ini merupakan kali kedua saya ke sana.Delegasi kami bertolak daripada Perpustakaan UTeM pada jam 8.30 pagi dan tiba sekitar jam 10.40 pagi.Ketibaan kami di sambut oleh En Muniandy yang ramah seperti kali pertama kami bertemu.

Untuk tahun 2012, sumbangan yang kami terima meningkat berbanding tahun 2011 iaitu sebanyak 118 naskah buku, 136 naskah bacaan ringan dan 20 CD.Selepas selesai semua urusan pemilihan buku,kami bertolak pulang sekitar jam 11.45 pagi.Terima Kasih diucapkan kepada Asia Book Foundation.

Maklumat lanjut mengenai Asia Book Foundation sila layari:http://asiafoundation.org/program/overview/books-for-asia-in-malaysia














































Tuesday, August 7, 2012

Cara "Remove" Garis Masa di FB



Saya memang tak suka dengan konsep Interface Garis Masa "Timeline" yang diperkenalkan oleh Facebook.Kurang selesa dan kurang mahir  dengan penggunaan garis masa.Namun ramai juga yang dah gunakan interface ini.Terpulang pada citarasa masing-masing.



Sering kali terjadi apabila kita daftar masuk ke akaun FB, tetiba profil kita bertukar kepada interface garis masa.Sememangnya boleh buat hati panas dan geram. Maklumlah, hidup sangat membosankan tanpa FB dan keselesaan dalam berFB juga sangat dititik beratkan.Begitulah pengaruh FB dalam kehidupan kita seharian.

Disini ada kaedah yang sangat ringkas boleh dilakukan jika anda mahu menukarkan kembali interface FB anda kepada interface standard.



  1. Klik link :  http://www.timelineremove.com/
  2. Pilih pelayar (browser) yang anda gunakan.(Modzilla, Google Chrome, Firefox, Internet Explorer etc)
  3. Muat turun dan Install
  4. FB anda kembali ke asal, hati pun gembira...Bye bye Timeline

Itu saja, semoga bermanafaat untuk semua.
Selamat Berpuasa 18 Ramadhan 1433

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...