Kuliah Duha Tauhid
Tuan Guru Haji Ghazali Ahmad @ Baba Li
16 Mac 2013/ J.Awal 1434 (Sabtu)
Baitul Qura' Wal Fuqoha
Paya Sum, Sungai Udang, Melaka
Saya bersama isteri dan anak telah menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Baba Li, seorang ulamak Ususluddin yang terkenal daripada Pattani. Ini merupakan kali kedua saya mengikuti kuliah beliau. Kali pertama ialah pada 19 Januari 2013 juga di lokasi yang sama. Baba Li akan datang setiap 2 bulan ke Baitul Qura' bagi menyampaikan kuliah.
Saya kongsikan apa yang telah saya catatkan sepanjang kuliah disampaikan.Sebarang kekurangan dan kesilapan dalam catatan ini adalah disebabkan kurangnya pemahaman daripada saya.Semoga Allah SWT memberkati Tuan Guru Baba Li dan seluruh umat islam.
- MengESAkan Alla SWT adalah SATU adalah akidah Ahlul Sunnah Wal Jammaah.
- SATU adala beerti yang PERTAMA namun tidak menafikan yang kedua dan seterusnya
- AHAD ialah Asa (Tunggal)
- WAHID ialah Tuhan yang satu (Tiada sepertinya)
- Sharik ialah Sekutu
- Tidak boleh kita menyabitkan sifat bagi Allah SWT.
- Tidak boleh bagi Allah SWT bertempat dan beranggota
- Allah SWT tidak menyamai sesuatu dan tidak ada sesuatu yang menyamainya.
- Tauhid beerti menhimpunkan menjadi satu (Bahasa Arab)
- Tauhid ialah Allah SWT itu SATU (Istilah Ulama/ wadah ilmu)
- 3 jenis tauhid ialah salah silap faham tentang makna tuhan.
- Illah dan Rabb ialah tuhan dalam Bahasa Arab
- Tuhan pula dalam Bahasa Melayu.
- Rabb beerti MALIK (Tuan sesuatu dan yang berhak terhadap sesuatu)
- Mubbi beerti yang mengatur, yang mendidik
- Tuhan ialah TUAN dalam sebutan Bahasa melayu yang asal dan tepat pada maknanya.
- Tuhan pemilik sekalian alam.
- Illah beeri yang disembah
- Illah dan Rabb berbeza dari sebutan namun maknanya sama.
- Ahlul Sunnah Wal Jammaah tidak membahagikan Tauhid kepada 3 bahagian.
- Orang kafir terbahagi kepada beberapa golongan.
- Tuhan ialah Dia lah yang memberi manafaat, mudarat, menghidupkan dan mematikan serta mengatur sesuatu.
- Tiada sesuatu apa pun dapat melemahkan Allah SWT.
Pada penghujung kuliah dibukakan satu soalan yang berbunyi:
Apakah Perbezaan mengenal Allah SWT diantara Ahli Tauhid dan Ahli Tasawur?
Jawaban Baba Li
Ahli Tauhid mengenal Allah SWT dalam kaedah Usuluddin
Ahli Tasawur mengenal Allh SWT secara Perasaan'/Berasa
Tasawur
*Zat dalam Zat
*Segalanya daripada Allah SWT
Ahli Tauhid tak berasa pakai baju
Ahli Tasawur berasa pakai baju.
Kuliah berakhir pada jam 12 tengahari.
Kepada tuan/puan yang ingin menyumbangkan wang bagi pembinaan pondok yang dipimpin oleh Tuan Guru Baba Li boleh klik disini http://addarain.com/babali/
No comments:
Post a Comment