Assalamualaikum
Hari pengundian bagi Pilihanraya Umum ke 13 telah ditetapkan pada 05 Mei 2013 (Ahad) bersamaan 24 J.Akhir 1434. Insyallah, saya akan pulang mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat dalam menentukan pemimpin yang bakal membawa halatuju negara Malaysia untuk tempoh 5 tahun akan datang. Ini merupakan kali kedua saya mengundi, kali pertama ialah pada tahun 2008. Ketika itu saya masih bertugas di Perpustakaan Awam Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Undi kali pertama ialah undi Pos sebab ketika itu saya telah terpilih untuk menjadi Ketua Tempat mengundi.
PRU 13 ini saya akan berkejar ke dua negeri, saya di Kuala Rompin, Pahang.Manakala isteri pula di Dungun, Terengganu. Insya Allah, rancangannya ialah balik ke Rompin pada hari Jumaat (Lepas waktu kerja). Hari Ahad, siap je saya mengundi, terus ke Terengganu. Mungkin akan berlaku kesesakan lalulintas.
PRU 13 ini saya perhatikan sangatlah hebat dan sengit persaingan yang berlaku. Antara Barisan Nasional (BN) selaku kerajaan yang telah mentadbir selama 55 tahun dan Pakatan Rakyat ( DAP, PAS, PKR). Di media sosial semua takda perkara lain yang lebih utama melainkan sembang politik. Ada kawan yang terang terang menyatakan sokongan pada parti pilihan mereka. Ada juga yang mengambil pendekatan "cool" dan menterjemahkan sokongan melalui kertas undi.Sindrom putus kawan, bertekak, berdebat, hina menghina, caci mencaci, fitnah menfitnah berleluasa.Inilah fenomena yang terjadi. Nak salahkan siapa?
Say berdoa kepada Allah SWT semoga diberikan taufik dan hidayah bagi membuat pilihan yang betul ketika mengundi. Untuk kali ini, undilah kerana Allah SWT.Kita gunakan hak mengundi kita untuk pergunakan parti yang menang melawan musuh islam. Walaupun sistem demokrasi bukanlah sistem acuan islam, namun untuk seketika ini, pergunakanlah demokrasi sebelum kedatangan sistem islam yang syumul.
Ikhlas saya katakan,
Saya risau tentang apa yang bakal berlaku selepas keputusan PRU13 diperolehi.
Semoga Allah SWT memelihara kita semua.
memperguna pilihan yg terbaik dari diperguna...
memperkuda pilihan yg terbaik dari diperkuda....
berbeza pilihan, doktrin dan dogma adat manusia sedia ada
membuat pilihan, adalah yg terbaik dari tanpa buat apa-apa...
memperkuda pilihan yg terbaik dari diperkuda....
berbeza pilihan, doktrin dan dogma adat manusia sedia ada
membuat pilihan, adalah yg terbaik dari tanpa buat apa-apa...
No comments:
Post a Comment