Thursday, December 12, 2013

Banjir 2013

Assalamualaikum

Sebagaimana yang terjadi, Kawasan Pantai Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan) telah dilanda banjir.
Bandar Kuantan (Ibu negeri Pahang) telah lumpuh sepenuhnya.

Pada 3 Disember, saya terima panggilan daripada adik lelaki saya memaklumkan bahawa paras air semakin meningkat dan telah mencecah dalam dapur rumah. Emak saya juga telah berpindah ke pusat pemindahan banjir.Jadi saya telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung (Kuala Rompin,Pahang) untuk melihat sendiri keadaan.

Taman perumahan Puteri Jaya,Sg Puteri, Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.










Memang banjir kali ini agak teruk berbanding tahun yang sudah.Paling akhir saya ingat banjir besar ialah ketika tahun 1997 pada waktu saya tingkatan 3. Gambar yang saya ambil ini adalah pada ketika air dah surut.

Melawat emak yang berada di pusat pemindahan banjir (SK Sg Puteri) dan melihat sendiri situasi yang dihadapi oleh mangsa banjir. Terdapat rungutan daripada mangsa banjir pada hari pertama mereka disitu kerana katerer yang bertanggungjawab memasak makanan menyediakan nasi mentah untuk mereka.Begitu juga dengan sarapan pagi yang dibuat secara tak acuh. Selepas mendapat komplen barulah tindakan diambil.

Emak saya menceritakan bahawa bantuan yang diberikan memang banyak namun mungkin masa yang agak tidak sesuai.Namun dia mengatakan semuanya ok dan alhamdulillah.Biasalah masa musibah tiba.Kita kena banyak bersabar dan tidak ikut emosi.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu mangsa banjir.Situasi yang terjadi adalah diluar kawalan kita dan merupakan ujian Allah SWT keatas hambaNYA.



No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...