Tuesday, June 17, 2014

Ireland Negara paling Islamik di dunia


Bila seorang Profesor daripada Amerika Syarikat kelahiran Iran membuat rumusan bahawa Negara Ireland adalah negara paling islamik di dunia maka meroyanlah umat islam di Malaysia.Profesor yang dimaksudkan itu ialah Prof Hossein Askari.Ini adalah antara hasil kajian beliau.

 Menakjubkan bukan?

Amerika Syarikat dan Israel yang paling rajin menyembelih leher umat islam lebih islamik daripada negara negara islam seperti yemen, Malaysia, Brunei malah Arab Saudi? Sungguh dan amat memeranjatkan.

Jadi, wajib ke kita percaya 100% dan hempas kepala ke dinding serta meroyan sakan hanya kerna apa yang dikatan oleh Prof ini.

 “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Hossein Askari ni siapa? Orang mana? Bagaimana latar belakang dan pegangan agama dia?

Saudaraku...

Hossein Askari ini lahir di IRAN. Iran anutan mereka apa? SYIAH!
Latarbelakang pendidikan dia Ekonomi dan dia ni balaci USA.

Jangan le kita cepat sangat melatah dalam hal sebegini.


  • Hossein Askari, seorang Profesor dari Universiti George Washington di Amerika Syarikat merupakan salah satu daripada dua penulis indeks Islamicity bersama-sama dengan Scheherazade S. Rehman, memberitahu bahawa kesemua negara dinilai melalui bagaimana mereka menggunakan pengajaran dari Al-Quran ke dalam kehidupan masyarakat.
Celah mana Ireland menggunakan pengajaran daripada Al Quran? Mereka malah menidakkan keesaan Allah SWT. Itu pun boleh dinobatkan sebagai negara Paling Islamik?



7 comments:

Anonymous said...

Salam, sebenarnya yang prof tu nak tunjuk ada negara yang mengamalkan ciri - ciri islam (sikap & moral islam) memang boleh terima walaupun negara tersebut memang Bukan majoriti Islam. Contohnya, kalau kita pergi ke negara2 luar macam ireland, denmark dan belgium memang diorang semua Bukan Islam tapi mentaliti diorang macam kerja kebajikan,anti - rasuah, dan sikap toleransi diorang sebenarnya lebih baik jauh dengan negara kita daripada negara kita yang kes rogol yang tinggi, buang anak merata - rata, dan juga sikap berpuak - puak sesama melayu yg mengaku islam jika saudara boleh tgk. Terima kasih ye, mintak maaf kalau ada salah silap info ye.

qalam_timur said...

T kasih atas komen
Tajuk yang dikemukakan adalah sama sekali tidak sesuai dan mengundang kontroversi.Mengapa tidak digunakan sahaja tajuk yang negara Ireland mempunyai indeks rasuh terendah, Belgium negara paling bersih dll. Namun sengaja difokuskan pada ayat PALING ISLAM.Ini tentu saja mengundang polimik atau sememangnya sedemikian maksud mereka.

Anonymous said...

assalam.. pada pendapat saya mengatakan singapore lebih islamik dari brunei adalah sesuatu yg sangat berat sebelah. Istilah " dengar boleh, percaya jangan" amat sesuai dengan artikel diatas.

Anonymous said...

As Salam, Ini kajian dari Professor mengatakan Negara yang paling Islamic bkn negara paling Islam. Dua makna perkataan yang berbeza. Ini petikan dari sudut apa yang dibuat kajian. "Hossein berkata: “Kami perlu menegaskan bahawa kebanyakan negara yang mendakwa Islam dan digelar Islam tidak bersikap adil, rasuah dan tidak membangun. Mereka pada hakikatnya tidak ‘Islamik’ dalam semua perkara.

“Melihat kepada indeks Keislaman Ekonomi atau bagaimanapun hubungan rapat antara dasar dan pencapaian sesebuah negara menggambarkan ajaran ekonomi Islam.

“Dalam ‘Indeks Keislaman Menyeluruh,’ ukuran yang meliputi undang-undang dan pentadbiran, hak asasi manusia dan politik, hubungan antarabangsa serta faktor ekonomi, senarai itu tidak banyak berubah dengan New Zealand, Luxembourg, Ireland, Iceland, Finland, Denmark, Kanada, United Kingdom, Australia dan Belanda berada di 10 tempat teratas.g dikaji. Ada ke dia kata negara2 tersebut Islam. Faham kan baru komen, ini tidak komen dulu lepas tu tak paham-paham.

qalam_timur said...

terima kasih atas komen

saya melihat ISLAMIK sebagai Islam secara keseluruhan yakni disertai kalimah syahadah.Tiada pemisahan antara islam dan islamik.

Walaubagaimanapun saya sangat jelas dan berterima kasih atas penjelasan tuan tentang beza ISLAMIK dan ISLAM.

Unknown said...

assalamualaikum , boleh x saya nk mintak penerangan lebih lanjut tentang mengapa ireland itu negara yang islamik... penerangan yang ringkas serta contoh.. terima kasih :)

qalam_timur said...

waalaikummussalam Bob Stratos

Saya harap tuan boleh Google untuk info ini.Pasti dapat lebih daripada apa yg dibincangkan disini.Penerangan daripada saya terhad.Kita sama2 berusaha untuk memahami ok.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...