Sebenarnya memang saya sangat berkehendakkan satu kenderaan yang ringkas dan penyelenggaraan yang minima.Senang cakap Motor.Tujuan utama nak beli motor ni adalah untuk bawa pergi tempat kerja. Jarak antara rumah dan pejabat lebih kurang 25KM (50KM pergi balik) + 5 Trafic light.Sebelum ni naik skuter Ego S. Tapi skuter dah uzur sangat dan tak larat untuk jarak tu.
Pilihan di hati yang sesuai dengan kemampuan ekonomi ialah.
1- Yamaha LC 135
2- Yamaha Y15ZR
3- Honda RS150
Actually sebenarnya memang dah target Honda RS150, sebab utama ialah 2 motor terdahulu berjenama Yamaha ( 125ZR dan RXZ Catalyzer).
Saya memilih untuk buat Pinjaman Kenderaan untuk kakitangan kerajaan bagi pembelian motor ini.Nak letak RM10K atas meja tokey motor memang diluar kemampuan.
REPSOL ATAU TRICO?
Kedua diatas merupakan Special Edition bagi RS150R. Apa yang special hanyalah dari segi sticker body sahaja.
REPSOL
TRICO
Repsol memang cantik dan sporty, tapi dah banyak sangat orang pakai.Selalu nampak atas jalan. So....
TRICO pilihan terbaik.Nampak garang dan jahat kan:). Tarikh keluar kedai ialah pada 1 Disember 2017 (Jumaat) sempena Maulidur Rasul. Terus mintak kedai pasang Box dan wind visor serta air filter cover.Plate saja amik nombor Perlis.
Ringkasan Kos :
Motor : RM10K
Insurans : RM430
Aksesori : RM300 (Box Set)
Free Gift : Kunci, Baju Hujan,Helmet, Wind Visor, air Filter+ enjin cover
Harga motor adalah berbeza mengikut kedai dan tempat. Harga di Melaka tak sama dengan harga di Kelantan dan Sabah. Jadi pasti akan ada yang lebih murah dan mahal. Tapi kalo di Sabah boleh dapat OTR RM9700. Takkan kita di Melaka nak ke Sabah beli motor kan:)
Tips ambil motor baru di kedai
1- Pastikan dapat Road tax
2- Pastikan dapat BUKU WARRANTY & MANUAL
3- Pastikan lapik air filter (guna kertas mahjung) ditangglkan.
4-Start enjin dan dengar dengan teliti jika ada sebarang bunyi yang pelik2.
5-Cek tayar keluaran bila, make sure tayar minggu ke 36 keatas .
6-Check semua signal dan lampu.
7-Bergambar dengan motor baru.
8- Berdoa dan bersyukur (Ini paling penting)
Alhamdulillah...Selamat Datang jentera baru. .Semoga kamu berkhidmat dengan baik.
Next kita sembang plak apa yang best dan tak best motor ni.
3 comments:
Wind Visor tu mna bleh dpt ye bro?
ada keburukkan x?,
Shahrul Izwandi
Kedai motor banyak jual..dlm rm25 je
amir
agak tinggi untuk pembonceng dan tensioner bising time enjin sejuk
Post a Comment