Program :Bicara Ilmu:Pekerja Berinovasi Pemacu Tranformasi Negara:Realiti
dan Cabaran
Tarikh : 21 September 2010 (Selasa)
Tempat : Ruang Legar Perpustakaan UTeM
Masa : 2.00petang hingga 5.00 petang
Program Bicara Ilmu adalah merupakan program pembukaan bagi Festival Membaca 2010 anjuran Perpustakaan UTeM.Bicara Ilmu diadakan dalam bentuk “Talk Show” merupakan program yang julung kalinya menjemput tokoh daripada luar UTeM sebagai ahli panel dalam Sejarah Festival Membaca perpustakaan UTeM.
Matlamat utama program Bicara Ilmu ini adalah untuk menyuntik kesedaran peranan yang perlu dimainkan oleh pekerja dalam usaha menyokong ke arah transformasi pembangunan Negara.
Objektif program pula adalah:
- Membudayakan kreativiti dan inovasi dalam usaha merealisasikan transformasi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
- Mendorong peserta berupaya berfikir untuk menghurai secara terperinci(pemikiran analitikal) dalam memlaksanakan sesuatu tugasan.
- Perkongsian idea dan pengalaman panel dan langkah-langkah melahirkan pekerja yang berinovasi
Maklumat Panel dan Pemudahcara
PANEL 1
Y.M.Dato' Prof. Dr. Raja Abdullah bin Raja Yaacob
Beliau kini merupakan Profesor di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
PANEL 2
Y.Bhg. Prof. Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin
Dekan Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) UTeM
PEMUDAHCARA
Encik. Amir Bin Aris
Encik. Amir Bin Aris
Pesyarah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Usahawan
Majlis Bermula
Majlis dimulakan pada jam 2.35 petang ,Pengacara majlis,Encik Salleh Mohd Noor memulakan majlis dengan menjemput Encik Nik Syukran Muiz Rashid, staf perpustakaan untuk bacaan doa.
Majlis dimulakan pada jam 2.35 petang ,Pengacara majlis,Encik Salleh Mohd Noor memulakan majlis dengan menjemput Encik Nik Syukran Muiz Rashid, staf perpustakaan untuk bacaan doa.
Perbincangan membicarakan pengertian inovasi dan transformasi itu sendiri serta bagaimana memahami proses tranformasi berlaku dalam kontek ilmu dan perkembangan di sektor pekerjaan,Institusi Pengajian dan masyarakat secara amnya.
Pandangan Ahli Panel 1
Dato' Prof. Dr. Raja Abdullah menekankan konsep pencapaian ilmu dan sikap pekerja dalam memanafaatkan masa terluang dengan membaca.Melalui pembacaan,kesinambungan pencarian ilmu adalah berterusan.Beliau turut menyatakan bahawa kempen membaca yang diadakan bukanlah sesuatu yang baru di negara kita,malah ianya telah bermula sejak 40 tahun yang lalu,perbandingan sikap suka membaca di negara luar turut dijadikan intipati dalam penerangan beliau.
Kitaran Ilmu iaitu Data,Information,Knowledge,Wisdom dan Enlighten yang menjadi teras dalam proses keilmuan membawa hadirin menyedari bahawa ilmu tidak hanya terhenti dengan sesuatu tahap atau peringkat yang ditafsirkan oleh manusia.Peranan teknologi dalam memudahkan pencarian maklumat juga dinilai dalam skop yang lebih luas,dimana teknologi yang sepatutnya dapat memudahkan telah disalah gunakan oleh sesetengah kelompok individu ilmuan dengan taktik”Copy and Paste” ketika menyiapkan tugasan sesuatu bidang ilmu tanpa memahami intipati sebenar ilmu tersebut.Senario yang amat membimbangkan ini dinyatakan semakin menular dan berleluasa terutamanya dikalangan ahli akademik dan para pelajar universiti.
Fenomena perubahan dalam dunia kepustakawan turut dibicarakan untuk difikirkan, Y.M.Dato' menegaskan bahawa sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan perlu satu anjakan.Kerjasama diantara pesyarah dan pihak perpustakaan perlu dijalinkan agar kedua pihak dapat mengembleng tenaga bagi memantapkan lagi proses dan pembelajaran.Globalisasi yang kini melanda dunia tidak dapat tidak menuntut kita untuk bergerak pantas jika tidak mahu ketinggalan
Pandangan Ahli Panel 2
Prof. Dr. Shahrin membicarakan kefahaman tentang makna dan sejarah keilmuan di dunia melayu dan nusantara.Beliau mengajukan beberapa persoalan kepada hadirin dengan tujuan membawa hadirin bersama untuk merenung dan berfikir sejauh manakah penghayatan ilmu dalam kehidupan kita.
Hubungkait diantara ilmu,alam dan islam diperincikan dengan cara pemikiran yang kritis.Melalui sejarah masyarakat akan dapat mengenalpasti asal-usul sesuatu bidang ilmu dan dari mana ilmu itu diperolehi,siapakah pelopor ilmu tersebut.Pengertian dalam kontek bahasa juga memainkan peranan penting.Sebagai contoh,peribahasa ”Bagaikan melepas batuk di tangga”.Sebagaimana yang difahami dan biasa didengari oleh kita,namun ternyata realiti nya amat bertentangan.Kupasan yang menarik berkenaan sejarah tokoh penulisan di nusantara terutamanya di alam melayu membuatkan hadirin terpaku seketika apabila beberapa soalan yang selama ini dianggap fakta mula dipersoalakan.Aspek ketamadunan ilmu dalam beberapa empayar silam yang lalu sepeti Bangsa Monggol,Yunani dan China dan sudah pastinya Melaka turut diulas.
Prof. Dr. Shahrin mengangkat konsep Menuntut ilmu hingga ke liang lahad sebagai satu wadah bagi mereka yang cintakan ilmu pengetahuan.Adab dalam menuntut ilmu juga dikembangkan sebagaimana para ilmuan islam terdahulu seperti imam As Syafie.Manusia sebagai "end user" dalam pembentukan sesuatu cabang ilmu walau sehebatmana sekalipun teknologi yang wujud pada masa kini adalah atu petikan yang amat menarik untuk difikirkan.Semangat ingin tahu dan sikap suka bertanya merupakan kunci kepada pencarian ilmu.
PenutupPada majlis ini,saya berpeluang mendeklamasi puisi "Malam ini,malam kita" sebuah Puisi Ilmu Metafizik yang bagi saya cukup mendalam ertinya.Majlis yang dihadiri seramai hampir 100 orang ini tamat pada jam 5.10 petang. Turut hadir ialah Ketua Pustakawan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Membaca 2010 dan Timbalan Ketua Pustakawan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana aktiviti berkenaan
Terima Kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung didalam menjayakan program Bicara Ilmu ini.Diharapkan untuk masa-masa yang akan datang,kita masih berkesempatan untuk maju selangkah lagi dalam menjayakan program-program yang bakal memartabatkan Agama,Bangsa Dan Negara.
Suka saya untuk kongsikan Puisi yang telah saya deklamasikan.
Malam Ini,Malam Kita
Malam ini...
jika kau berkata bintang-bintang itu pegun
aku akan berkata bintang-bintang itu bergerak
semakin menjauhi kita
Malam ini....
jika kau berkata graviti bumi menarik kita
aku akan berkata kita juga menarik bumi
dengan jumlah graviti yang sama
Malam ini....
jika bibirmu mulusmu berbisik
bumi berputar mengelilingi mentari
aku akan berbisik di telingamu
mentari juga berputar mengelilingi mentari yang lain
Malam ini....
jika kau berpegang pada hukum fizik newtonmu
aku akan berkata
"malam ini sayang...aku berpegang pada hukum fizik kuantum"
tetapi malam esok aku tidak pasti
pada hukum mana aku akan berpegang
kerana dunia ini masih
tidak aku fahami
terang dan gelap
putih hitam mataku
kepada siapa aku merujuk
hanya cinta kita
sayang.....
yang kekal
pada malam-malam
berikutnya...
jika kau berkata bintang-bintang itu pegun
aku akan berkata bintang-bintang itu bergerak
semakin menjauhi kita
Malam ini....
jika kau berkata graviti bumi menarik kita
aku akan berkata kita juga menarik bumi
dengan jumlah graviti yang sama
Malam ini....
jika bibirmu mulusmu berbisik
bumi berputar mengelilingi mentari
aku akan berbisik di telingamu
mentari juga berputar mengelilingi mentari yang lain
Malam ini....
jika kau berpegang pada hukum fizik newtonmu
aku akan berkata
"malam ini sayang...aku berpegang pada hukum fizik kuantum"
tetapi malam esok aku tidak pasti
pada hukum mana aku akan berpegang
kerana dunia ini masih
tidak aku fahami
terang dan gelap
putih hitam mataku
kepada siapa aku merujuk
hanya cinta kita
sayang.....
yang kekal
pada malam-malam
berikutnya...
FOTO BICARA ILMU 2010
Program sedang berlangsung
Ke Jamuan VIP
Mr Cameraman Siddiq
Bergambar bersama Pak Ray
Family Bisnes
Buku Program Syndrom
Food and Beverage
Selepas Jamuan
Saya dan Pak Ray
Pengacara Majlis Mr Salleh
No comments:
Post a Comment