Monday, March 7, 2011

Peraturan Perpustakaan









Saya tertarik dengan Peraturan Perpustakaan yang  akan terpampang di pintu masuk utama mahu pun disetiap level yang menjadi tumpuan pengunjung  sesebuah perpustakaan.


Terdapat sesetengah perpustakaan yang mempunya hampir 25 peraturan yang perlu dipatuhi oleh pengunjung sewaktu berada di dalam bangunan perpustakaan.Dimana peraturan ini saya tidak pernah lihat sewaktu berurusan dengan Institusi kewangan seperti bank yang menguruskan transaksi kewangan yang mungkin bernilai jutaan ringgit sehari.


Tentu saja bank bukan perpustakaan dimana risiko adalah berbeza.Perpustakaan menguruskan ilmu,nilainya lebih tinggi.



Semestinya perkataan yang amat sinonim dalam peraturan ialah:

  • Dilarang
  • Tidak Dibenarkan
  • Sama sekali tidak dibenarkan
  • Tidak Boleh



Perkataan-perkataan ini akan berulang-ulang beberapa belas kali dalam setiap peraturan yang   tertera.Ianya adalah ayat yang menekan betapa seriusnya dan kritikalnya maksud yang hendak disampaikan kepada setiap pengguna perpustakaan.

  1. Pengguna dilarang membawa pisau,gunting,pedang samurai dan sebarang benda tajam ke dalam perpustakaan
  2. Pengguna dilarang sama sekali untuk makan dan minum(Gulai Kawah,nasi kerabu)ke  dalam perpustakaan.
  3. Pengguna telefon bimbit(Iphone,Blackbery) adalah dilarang keras.(Akan dirampas)
  4. Perabot tidak boleh dialihkan,ini juga dilarang keras!
  5. Pengguna tidak dibenarkan membawa binatang (gajah,kuda padi) ke dalam perpustakaan.
Signage dan papan arahan bergambar seperti jari menutup mulut yang beerti diam,senyap,silent,quite dan pelbagai lagi.Suasana yang pasif adalah suatu kemestian bagi perpustakaan sepanjang zaman.







Apakah pandangan anda jika anda diminta untuk hadir ke perpustakaan namun perlu mematuhi segala pra syarat yang begitu indah teliti pembuatannya?



Mungkinkah ini adalah salah satu konsep penerapan disiplin dalam diri pengguna ?


Adakah Fenomena ini akan terus berkekalan dalam ruang lingkup kepustakawanan?


Dimanakah sikap keterbukaan perpustakaan dalam menghadapi perubahan zaman?




Setiap persoalan pasti ada jawabannya,dengan hanya mengkritik tidak akan membawa kepada sesuatu yang positif.Peraturan diwujudkan agar keharmornian sesuatu tempat itu sentiasa terjaga.



Dunia kepustakawanan harus membuat anjakan minda dengan mengadaptasikan peraturan yang ada agar bersesuaian dengan senario semasa.Ini dapat dilihat di beberapa buah perpustakaan yang ada samada dalam atau negara.Mereka telah cuba membawa suatu revolusi didalam dunia perpustakaan dengan memecahkan dinding zaman.


Perpustakaan Negara Malaysia dengan segala inisiatif yang ada cuba untuk menarik minat membaca.Namun sadisnya nawaitu suci pengunjung perpustakaan terhenti di pintu masuk perpustakaan hanya kerana dia tidak memakai baju berkolar.Tentunya satu peristiwa yang sangat tragik.


Kita tidak perlu meniru bulat-bulat apa yang telah dilaksanakan di tempat lain,memadai dengan menyesuaikan setiap perkara dengan keadaan semasa di perpustakaan kita.

Dimanakah kita?

Ingat,Sila patuhi setiap peraturan sebab Pengguna yang engkar akan diminta meninggalkan perpustaakaan dan tidak dibenarkan menggunakan kemudahan dan perkhdimatan perpustakaan.Pihak perpustakaan berhak berbuat demikian.Takut tak?




Kak Limah tidak dibenarkan memasuki perpustakaan kerana tidak mematuhi etika berpakaian

1 comment:

nor said...

~Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...~


Jom Singgah blog PP : Baca 12 Buah Buku Setahun.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...