Wednesday, March 18, 2015

MISI BANTUAN BANJIR DI KELANTAN


Tarikh : 9 - 12 Januari 2015

Lokasi : Kota Bahru, Kelantan Darul Naim



Alhamdulillah, saya berpeluang menyertai Misi Bantuan Kemanusian UTeM bagi membantu mangsa banjir yang melanda di negeri Kelantan.(memang kelantan sangat dekat di hati saya sebab pernah belajar di sana selama 3 tahun, UiTM Machang.)

Bertolak pada malam 8 hb dari tempat berkumpul di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM. Perlepasan dilakukan oleh Ybhg Dato Naib Canselor.Misi Bantuan Banjir ini disertai oleh staf dan pihak luar seramai lebih kurang 70 orang.Kami menginap di Wisma Pengakap, Kem Kijang, Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Selain UTeM, terdapat banyak lagi agensi kerajaan, swasta dan NGO yang saya lihat turut memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Atas dasar kemanusian dan kasih sayang sesama manusia dengan mengenepikan perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik.

Menyertai Misi Bantuan Banjir ini memberikan banyak hikmah samada yang tersurat mahupun yang tersirat. Menginsafi diri dengan kekuasaan Allah SWT. Berpeluang melihat dan mendengar sendiri suasana dan cerita daripada orang kampung yang dilanda musibah banjir ini.

Kami menyelesaikan misi ini pada 12 hb Januari dan bertolak pulang ke Melaka sekitar jam 4:30 petang. Sebelum pulang sempatlah singgah ke Pasar Besar Siti Khadijah dan Tok Bali untuk membeli sedikit ole-ole buat keluarga di rumah.



























Wednesday, October 29, 2014

Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan Perpustakaan UTeM

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA  MELAKA
UTeM 
LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN & PENGUNGSIAN BANGUNAN PERPUSTAKAAN KALI KE-1 BIL. 1/2014

TARIKH  : SELASA, 28 OKTOBER 2014
MASA   : 10.30 PAGI HINGGA 11.30 PAGI
TEMPAT : PERPUSTAKAAN & PBPI

MATLAMAT LATIHAN

Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan kepada warga perpustakaan tentang bahaya kebakaran dan tatacara dan tindakan yang tepat harus diambil sekiranya terjadinya kebakaran.

OBJEKTIF LATIHAN

Memberi pendedahan dan memastikan keseluruhan penghuni/warga kerja di bangunan Perpustakaan UTeM berpengetahuan dan berpengalaman dalam menghadapi kecemasan kebakaran yang sebenar.

Latihan Kebakaran ini turut melibatkan penglibatan dan kerjasama  daripada pelbagai pihak seperti dibawah:

I. Pegawai Bomba Bahagian Latihan. Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka.
II. Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerja UTeM.
III. Bahagian Keselamatan UTeM.
IV. Wakil Pusat Tanggungjawab (Pemerhati)
V. Klinik Pelajar
VI. Wakil Majlis Perwakilan Pelajar

LAPORAN


Perpustakaan UTeM dan Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan (PBPI) dengan kerjasama Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UTeM serta Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Kroh telah Berjaya melakukan satu latihan pengungsian bangunan dan kebakaran pada tarikh 28 Oktober (Selasa) 2014. Latihan ini juga merupakan yang julung kalinya diadakan di kedua Pusat Tanggungjawab (PTJ) terbabit.

Selain bantuan dan kerjasama daripada pihak Bomba, turut memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan perlakasaan latihan ini ialah Bahagian Keselamatan UTeM dan juga Klinik Kesihatan UTeM.

Melalui perbincangan dengan pegawai Bomba encik Hasri Bin Hassan dan wakil JKKP PBPI Encik Nizam Bin Yusof. Latihan kebakaran akan diadakan di bangunan PBPI manakala latihan menyelamatkan mangsa diadakan di bangunan perpustakaan.

Latihan kebakaran dan pengungsian bangunan dimulakan tepat pada jam 10:30 pagi. Tanda kebakaran (asap) kelihatan di bangunan PBPI.Loceng amaran kebakaran dibunyikan serentak di kedua PTJ. Pasukan penyelamat Emergency Response Team (ERT) telah bertindak pantas dengan mengarahkan semua penghuni di setiap level bangunan perpustakaan untuk bergerak keluar daripada bangunan. 

Penghuni bangunan yang terdiri daripada staf, pelajar, kontraktor serta pencuci bangunan memberikan kerjasama yang baik dalam mematuhi arahan beredar daripada bangunan. Kesemua penghuni bangunan perpustakaan berkumpul di zon selamat yang telah ditetapkan.

Latihan memadam kebakaran menggunakan alatan pemadam api turut diadakan. Latihan yang dikendalikan oleh pegawai bomba ini memberikan panduan tentang cara pengendalian pemadam api sekiranya terjadi kebakaran. Staf dan pelajar turut diberikan peluang memadamkan api secara praktikal.

Sesi perbincangan (Post Mortem) berkenaan latihan diadakan di bangunan perpustakaan. Secara keseluruhannya, pihak bomba dan Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berpuas hati dengan latihan. Namun demikian turut dinyatakan beberapa cadangan penambahbaikan untuk memantapkan lagi pergerakan pengungsian bangunan di masa akan datang.

Cadangan dan peluang penambahbaikan :

  1. Akses kepada ambulan ke tempat kejadian perlu dikawal supaya tidak terhalang pergerakan keluar masuk.
  2. Tempat pili air bomba hendaklah dilabelkan serta tidak dibenarkan meletakkan kenderaan yang boleh menghalang penggunaan pili tersebut.
  3. Zon selamat tempat berkumpul (Assembly Point) terlalu dekat dengan bangunan.
  4. Pasukan penyelamat Emergency Response Team (ERT) perlu bertindak lebih pantas dan agresif mengawal pergerakan penghuni di tempat berkumpul.
  5. Pasukan penyelamat Emergency Response Team (ERT) perlu dilengkapi dengan peralatan seperti heller untuk memberikan arahan kepada penghuni serta dicadangkan juga pemakaian ves khas untuk memudahkan pengenalan kepada mereka.
  6. Lif tidak turun ke “Ground floor” apabila loceng amaran kebakaran dibunyikan.
  7. Sijil kelayakkan menduduki bangunan (perpustakaan) hendaklah sentiasa diperbaharui apabila telah tamat tempoh. Tanggungjawab ini adalah kepada pihak yang menduduki bangunan tersebut.


Perbincangan & penerangan sebelum latihan dimulakan







Latihan bermula : Loceng amaran kebakaran dibunyikan







Ambulan tiba




Jentera bomba tiba



Operasi Menyelamat









Latihan memadam kebakaran










Perbincangan Post Mortem





Tahniah dan terima kasih semua












Tuesday, June 17, 2014

Ireland Negara paling Islamik di dunia


Bila seorang Profesor daripada Amerika Syarikat kelahiran Iran membuat rumusan bahawa Negara Ireland adalah negara paling islamik di dunia maka meroyanlah umat islam di Malaysia.Profesor yang dimaksudkan itu ialah Prof Hossein Askari.Ini adalah antara hasil kajian beliau.

 Menakjubkan bukan?

Amerika Syarikat dan Israel yang paling rajin menyembelih leher umat islam lebih islamik daripada negara negara islam seperti yemen, Malaysia, Brunei malah Arab Saudi? Sungguh dan amat memeranjatkan.

Jadi, wajib ke kita percaya 100% dan hempas kepala ke dinding serta meroyan sakan hanya kerna apa yang dikatan oleh Prof ini.

 “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Hossein Askari ni siapa? Orang mana? Bagaimana latar belakang dan pegangan agama dia?

Saudaraku...

Hossein Askari ini lahir di IRAN. Iran anutan mereka apa? SYIAH!
Latarbelakang pendidikan dia Ekonomi dan dia ni balaci USA.

Jangan le kita cepat sangat melatah dalam hal sebegini.


  • Hossein Askari, seorang Profesor dari Universiti George Washington di Amerika Syarikat merupakan salah satu daripada dua penulis indeks Islamicity bersama-sama dengan Scheherazade S. Rehman, memberitahu bahawa kesemua negara dinilai melalui bagaimana mereka menggunakan pengajaran dari Al-Quran ke dalam kehidupan masyarakat.
Celah mana Ireland menggunakan pengajaran daripada Al Quran? Mereka malah menidakkan keesaan Allah SWT. Itu pun boleh dinobatkan sebagai negara Paling Islamik?



Thursday, May 29, 2014

Ibu dan Ayah


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]






Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “IBU kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “IBU kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “IBU kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”


Baginda menjawab: “AYAH kamu.”






Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat



Friday, April 11, 2014

Suami Isteri Satu Pejabat

Assalamualaikum





Suami isteri satu pejabat. Apa pandangan anda dalam isu ini? Semestinya setiap perkara itu ada pro dan contranya. Jadi kali ini saya nak cuba beri pandangan berkenaan hal ini. Sama banyak ke arah pro atau lebih cenderung ke arah contra.Kita semua ada alasan masing masing.


PRO

Boleh Jimat Belanja

Perjalanan ke pejabat satu hala,secara tak langsung akan dapat menjimatkan kos petrol.Ini salah satu untungnya bila sepejabat.Dengan faktor kos hidup dan minyak yang semakin meningkat.Perkara ini secara tak langsung akan memberikan keuntungan dan faedah kepada pasangan suami isteri tersebut.

Boleh plan jadual tugas & kerja

Sebab satu pejabat, maka urusan kerja boleh dirancang dengan baik.Samada dalam isu nak cuti atau bebanan kerja.Kalau ada kena pergi kursus, maka dah tau awal dan boleh buat perancangan. Boleh juga saling nasihat menasihati jika nampak pasangan terlalu leka.

Gaji Naik

Kalau ada kenaikkan gaji maka keduanya akan menerima imbuhan dalam masa yang sama.

Masa bersama lebih banyak

Masa yang ada dapat dimanafaatkan untuk mengukuhkan lagi hubungan antara suami isteri terutama apabila salah seorang mempunya tempaT untuk berkongsi masalah dan perasaan dimana pasangannya juga melihat dan memahami apa yang terjadi. Ianya juga boleh meningkatkan motivasi antara pasangan.

CONTRA

Kes Emergency/Cuti : Keduanya missing.

Jika pasangan ada emergency, kebiasaannya keduanya akan cuti.Bukan saja emergency, tapi jika berkaitan dengan nikah kawen saudara mara. Dan jik ambil cuti maka kedunya biasanya juga akan ambil cuti. Bayangkan jika keduanya ambil cuti 1 minggu. Organisasi akan missing 2 pekerja.

Conflict of Interest

Kerja satu pejabat, different level.Secara tak langsung akan wujudkan conflict of interest.Imposibble manusia boleh act profesional sepanjang masa. Imagine kalau suami bos dan kena keluar memo untuk warning/complain isteri pasal kerja.haru.(vice versa).

Jika pasangan ada conflict dengan rakan pasangan mereka.Hmmm...atau sesama mereka. tentu rumit juga kan.

Sikap setengah individu mungkin berbeza ketika di rumah dan berlainan ketika di pejabat.Dapt ke pasangan menerima keadaan ini?

Organisasi bankrupt

Risiko bankrupt ni mungkin lebih kepada swasta.Jadi jika suami isteri kerja satu company.Maka risiko kehilangan sumber pendapatan amatlah tinggi.Tapi dalam kerajaan pun mungkin juga (luar negara).


Ini adalah sedikit pandangan daripada saya.Tapi bagi mereka yang alami sendiri semestinya anda punya cara sendiri yang terbaik dalam menjalani kehidupan berumahtangga dan kehidupan di pejabat. Bagi saya sebenarnya saya agak kurang selesa.itu saja.













Monday, April 7, 2014

NewBorn: Muhammad Eimran Iskandar

Assalamualaikum



Tarikh              : 21 Mac 2014 bersamaan 19 J'Awal 1435 ( Jumaat)
Masa               : 6:34 petang    
Tempat            : Kamar Bersalin 2,Hospital Melaka

Pada ketetapan itu alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. lahirlah putera kedua kami yang dinamakan Muhammad Eimran Iskandar Bin Zaidi.

Saya masih diberikan peluang untuk menemani puan isteri ke kamar bersalin.Menyaksikan sekali lagi perih jerih pengorbanan seorang isteri dan ibu berjuang melahirkan seorang insan ke muka bumi ini.Namun untuk kali kedua ini isteri lebih tenang.

Eimran dilahirkan dengan berat 3.35 kg.Lebih berat dan besar berbanding abang dia  Harris 2.95kg. Alhamdulillah juga semua staf yang terlibat dalam kelahiran Eimran adalah staf wanita (kecuali saya).Allah SWT memakbulkan doaku agar aurat puan isteri terpelihara.

Sebaik sahaja Eimran lahir,dia dibersihkan dan pada masa itu juga saya disuruh untuk ambil wudhuk sebelum menazan dan iqamahkan Eimran. Jururawat menunjukkan arah kiblat dan menyerahkan baby pada saya.Alhamdulillah.

Puan isteri bermalam di hospital bersama baby


Esok petang puan isteri dibenarkan pulang.Sebelum check out, nurse memberikan beberapa taklimat berkenaan cara penjagaan bayi.Penerangan yang diberikan sangat jelas dan bermanafaat.Sebelum keluar, pengawal pemeriksaan turut memriksa bayi.Ini adalah antara prosecur yang pertama kali saya lalui.Di hospital swasta tidak pula demikian.Inilah buktinya ketelitian Hospital dalam memastikan segalanya selamat dan baik.Kes kehilangan, kecurian dan pertukaran bayi bukanlah sesuatu yang asing.Tahniah kepada para pengawal Hospital Melaka wad bersalin.



Kos bagi keseluruhan rawatan bersalin isteri saya ialah:



Terima kasih & Syukur  atas bantuan Allah SWT dalam memudahkan segala urusan kelahiran ini.

Thursday, March 13, 2014

Tragedi MH370






Satu Negara telah sedia maklum berkenaan tragedi pesawat MH370 yang HILANG semenjak 1.40 pagi Sabtu Mac 2014.

Diberitakan bahawa pesawat MH370 membawa 239 orang iaitu krew 12 orang dan penumpang 227 orang.

Berlepas daripada KLIA pada jam 12.40 pagi dan dijangka tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi waktu Malaysia.

Terdapat pelbagai spekulasi menyelubungi kehilangan pesawat ini. Terutama kerana ianya terputus hubungan secara total tanpa sebarang amaran.Sehingga kini pesawat tersebut masih diklasifikasikan HILANG.

Mengapa diklasifikasikan hilang kerana selagi bangkai pesawat tidak ditemui, ianya tidak boleh dikategorikan sebagai terhempas.

Pelbagai teori dikaitkan dengan kehilangan pesawat ini.
  1. Serangan Pengganas
  2. Kegagalan teknikal pesawat
  3. Konspirasi peringkat antarabangsa
  4. Konspirasi Illuminati
  5. Konspirasi Politik
  6. Disorok oleh jin atau dihijab daripada pandangan mata kasar
  7. Memasuki dimensi yang lain.
Semua aspek dan kemungkinan diambil kira atas tujuan utama iaitu menjumpai pesawat tersebut dan mengetahui punca sebenar kehilangan pesawat MH370.

Negara yang mana terdapat rakyat mereka didalam pesawat tersebut turut memberikan bantuan dalam hal ini.

Negara jiran Malaysia turut memberikan kerjasama yang baik dalam membantu mengesan pesawat ini.

Pihak media melaporkan pelbagai jenis berita.begitu juga dengan wartawan dan penyiasat persendirian.

Bomoh juga terlibat.

YANG PASTI

Apa yang pasti tentang perkara ini ialah. Pesawat MH370 tidak mungkin masih terbang kerana bekalan minyak yang ada telah lama habis mengikut perkiraan daripada tarikh berlepas.

Marilah kita sama sama berdoa agar segala urusan berkaitan MH370 dipermudahkan dan penumpang dan krew berada dalam baik dan selamat.


PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...