Friday, May 27, 2011

Dilema Pekerja Kontrak II

Gerbang Negeri: Kakitangan kontrak 'peningkan' JPA
Oleh Johari Ibrahim
bhnews@bharian.com.my
2011/05/27

KERAJAAN adalah majikan besar di negara ini yang mengendalikan kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam pelbagai peringkat. Status perjawatan pula ada yang tetap, tetap dan berpencen, pekerja tidak tetap atau pekerja harian sementara (PHS) dan pekerja kontrak. 

Kumpulan pekerja kontrak itu pula berada dalam pelbagai jawatan termasuk tukang kebun, juruteknik serta guru yang juga disebut Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) atau kata sesetengah orang guru sementara. Ada juga yang bertaraf pegawai.
Mengikut CUEPACS, kini kira-kira 45,000 kakitangan awam kontrak di seluruh negara dalam pelbagai jabatan sama ada Persekutuan atau negeri.


Seramai 13,000 GSTT pula masih menunggu tawaran Kementerian Pelajaran untuk diambil bertugas atau diberi latihan sepenuh masa sebelum diserapkan sebagai guru tetap. 

Menerusi perbualan dengan pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), penulis membuat kesimpulan isu penyerapan pekerja kontrak ke status tetap antara yang ‘memeningkan’ jabatan itu. 

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman juga sejak dulu meminta kerajaan menyerapkan mereka ke jawatan tetap atau sekurang-kurangnya menyambung kontrak sehingga ke usia 58 tahun. Kita bersyukur jika semua pekerja kontrak diserapkan ke jawatan tetap seperti diminta CUEPACS. Namun, pembaharuan kontrak mengikut budi bicara kerajaan selain perlu memenuhi keperluan semasa. 

Tuntutan pekerja kontrak diserapkan ke jawatan tetap nampaknya akan berterusan manakala di pihak kerajaan, JPA sentiasa dikekang dengan pelbagai had dalam tindakan terutama kos dan keperluan. 
Omar dilaporkan berkata, ada sesetengah kakitangan awam kontrak yang sudah bertugas antara 10 hingga 20 tahun. Pada hemat penulis, penyambungan kontrak secara berterusan menyebabkan petugas menganggap jawatan itu adalah haknya dan kerajaan perlu meneruskannya. 

Ketika banyak pihak mempersoalkan mengapa kerajaan melanjutkan kontrak sehingga begitu lama dan dijadikan rasional kepada tuntutan supaya kontrak terus disambung, ia tidak mengubah hakikat bahawa penyambungan kontrak adalah budi bicara kerajaan sebagai majikan. 

Biasanya pengalaman kakitangan kontrak dijadikan asas supaya khidmatnya diserapkan sebagai pekerja tetap kerajaan, tetapi itu bukan isu pokok. 

Majikan sama ada swasta atau kerajaan, berhak mewujudkan skim kerja kontrak untuk mengisi keperluan perjawatan jangka pendek kerana pelbagai sebab seperti kakitangan tetap bercuti panjang, kakitangan cuti sakit yang berpanjangan, mengikut suami atau isteri ke luar negara atau melakukan tugas bermusim. 

Tetapi hakikatnya ialah pelantikan secara kontrak itu bukan bermakna satu jaminan kakitangan diserap sebagai tetap, ini perlu difahami sejak awal apabila seseorang menandatangani tawaran kerja kontrak. Justeru, jika kontra disambung, ia wajar dianggap ‘bonus’ tetapi jika tidak disambung mereka perlu menerimanya dengan hati terbuka. 

Hak dan budi bicara perlu difahami dalam isu ini. Hak pekerja kontrak mematuhi kontrak serta menikmati segala bayaran yang diperuntukkan undang-undang, manakala aspek disambung atau tidak adalah budi bicara majikan. Penyambungan kontrak bukan hak pekerja. 

CUEPACS berkata, kakitangan kontrak kerajaan memerlukan jaminan seperti kemudahan membuat pinjaman rumah serta persoalan ke mana kakitangan itu mendapat kerja baru jika ketika kontrak tidak disambung sudah berusia 40 tahun ke atas. 

Bagaimanapun, sesi komunikasi dan perbincangan perlu diadakan secara bersemuka dengan kumpulan berkenaan untuk menjelaskan sebab jika sesuatu kontrak tidak diperbaharui. Perbincangan mungkin ‘panas’ tetapi itulah hakikat yang perlu dihadapi JPA dan kakitangan berkenaan. 

Penulis ialah Ketua Biro Berita Harian Putrajaya 







QT


Kami pekerja kontrak merasa bersyukur dan berterima kasih dengan peluang pekerjaan yang diberikan oleh pihak kerajaan.Dapatlah kami menampung keluarga dengan gaji yang diperolehi setiap bulan.Namun demikian,seandainya kerajaan dapat melakukan sesuatu dengan menghadiahkan status "TETAP" Insha Allah,kami akan menadah tangan bersyukur pada Allah SWT,kami akan terjemahkan terima kasih pada kerajaan dengan tindakan yang sewajarnya sebagai kakitangan kerajaan.

Kemenangan 2/3 bukanlah sekadar impian jika Kerajaan prihatin akan perkara ini.

Kami tidak mendesak kerajaan untuk melakukannya secara drastik,namun sebagai kerajaan yang prihatin beserta slogan "Pencapaian diutamakan,rakyat didahulukan" yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Najib.Kami harap janganlah kerajaan terlepas pandang pada kami.Dah lama kami begini.

Jika kakitangan tetap dijanjikan dengan umur persaraan sehingga mencecah 60 tahun beserta kenaikkan gaji.Kami tak komplen,semestinya kerajaan tahu yang terbaik untuk golongan perlaksana dasar kerajaan.Suka juga diingatkan,kami juga adalah sebahagian daripada tenaga penggerak negara.

Bukan nak minta naik gaji dan naik pangkat...Sekadar minta JAMINAN KERJAYA.

Monday, May 23, 2011

Haruman dan wangian



Saya kini menjadi wakil jualan kepada pelbagai jenis wangian dan haruman daripada pelbagai jenama yang terkenal.Orang baru belajar....memang terkulat-kulat la nak approach pelanggan.Tapi syukur pada Allah SWT yang memberikan rezeki pada hambNYA.Terima kasih kepada rakan-rakan sepejabat dan pelanggan  yang menyokong perniagaan pertama saya.

Kepada yang berminat,anda boleh berhubung terus dengan saya melalui blog ini atau di FB saya (facebook.com/Mr.Zeidi).Kualiti dijamin original dan harga yang berkali ganda lebih murah daripada harga di pasaraya-pasaraya.Sesuai dijadikan hantaran dan hadiah buat yang tersayang.

Nanti saya listkan senarai produk:)

Tuesday, May 10, 2011

Akhir Zaman

Saya yakin persoalan ini tidak dapat tidak akan dikaitkan dengan politik.Namun ingin juga saya keutarakan,kerana saya dapati ianya sangat membuka minda dan melapangkan lagi dada dalam menerima pendapat dan ilmu.Baru-baru ini,saya ada terbaca satu persoalan yang diajukan oleh seoarang rakan dalam FB.Dimana soalan tersebut ialah."Antara Perpaduan Ummah dan Perlaksanaan Hukum Hudud,yang mana perlu DIUTAMAKAN?"



Perpecahan umat islam di negara ini semakin ketara dan kronik.Teringat saya akan sebuah hadith Nabi yang berbunyi.
 
"Diakhir zaman kelak umat aku akan menjadi seperti buih di lautan. Bilangan mereka terlalu ramai, tetapi mereka tidak ada kekuatan langsung."

Percayalah dengan ajaran Islam. Bahawasanya harta yang kita berikan dan belanjakan untuk jalan Islam. Maka Allah akan gantikan dengan sehebat - hebat gantian dan ganjaran yang tidak terfikir oleh kita.

Saturday, April 30, 2011

Tips:Perawan melakukannya untuk kali pertama





Ingin dikongsikan beberapa tips,melalui perkongsian pengalaman.Insyallah,mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada gadis dan perawan diluar sana..Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.Insyallah selamat:)

1. Berbaringlah dengan tenang, meskipun Anda pasti akan merasa tegang dan gementar.

2. Dia akan mendekati diri Anda dan bertanyakan apakah Anda takut. Kalau dia bertanya demikian, gelengkanlah kepala Anda dengan penuh keberanian.

3. Lalu dia akan mulai memasukan "Perkakas"-nya. Mungkin suhu badan Anda akan meningkat. Tapi tenang saja, kerana dia akan melakukannya dengan perlahan.

4. Dia akan memandang mata Anda dalam- dalam, dan meminta Anda untuk percaya padanya. Jangan khuatir, dia sudah berpengalaman dalam hal ini.

5. Senyumnya yang menawan akan membuat Anda sedikit rilek, dan dia akan meminta Anda untuk membuka lebih lebar agar dia dapat masuk dengan mudah. Saat ini mungkin Anda akan memintanya agar melakukan apa yang ingin dia lakukan dengan cepat. Tapi dia tak mau terburu-buru. Dia tidak ingin Anda kesakitan.

6. Dia juga akan bertanyakan kalau- kalau Anda merasa sakit. Meskipun berlinang air mata, tetaplah gelengkan kepala Anda, dan meminta dia untuk meneruskannya. Pada saat ini mungkin Anda juga akan merasa sedikit mati rasa.

7. Setelah beberapa saat, Anda akan merasakan suatu kelegaan yang luar biasa, dan dia akan menarik "Perkakas"- nya keluar. Dia akan tersenyum hangat, dan memuji betapa hebatnya Anda...

8. Tersenyumlah sepuas-puasnya  dan selamat menikmatinya, Kerana bagaimanapun juga, ini adalah pengalaman pertama Anda iaitu.....


V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V 

"CABUT GIGI"

 

Friday, April 29, 2011

I dont mind...if i dont have a mind


Maka telah tersebarlah video porno yang digembar gemburkan selama ini di dalam dunia siber,satu Malaysia gempar.Terutamanya ianya melibatkan POLITIK.

Kali ini bukan sekerat atau separuh,namun full version punya.Bila dikatakan full version,maka segala adegan dipaparkan dengan terperinci.

Saya tidak kisah sangat siapa perlaku didalam video tersebut,kerana saya memang tidak percaya kepada individu tersebut dan tidak akan pangkah parti yang berkaitan.

Namun isunya ialah berkenaan soal Moraliti/Akhlak.Apabila sudah terdedah di laman maya,maka segala peringkat umur akan cuba mengakses kepada video tersebut.Kenapa?sebab hari-hari disogokkan dengan dengan perkara yang sama.

What the hell......

Wednesday, April 27, 2011

Anak Kecil Main Api


Seluruh lirik dalam lagu ini membawa erti yang sangat mendalam bagi saya dan semestinya seluruh orang islam melayu.Sewaktu zaman belajar di UiTM dulu,ketika Minggu Wawasan Siswa (MWS) kami akan menyanyikan lagu ini dengan penuh semangat.Begitu menusuk di kalbu.Masih berkaca mata setiap kali mendengar lagu ini dinynayikan.Terasa betapa perihnya perjuangan dan pengorbanan yang telah dilalui sejak 460 tahun dulu di nusantara ini.

Semakin hari perpecahan semakin ketara dalam masyarakat melayu dan bumiputera.Entah kemana hilangnya semangat perpaduan dalam diri mereka.Umat melayu islam kini diasak dari segenap sudut.Samada dari sudut agama,bangsa,sejarah dan jatidiri.

Umat melayu islam kini dikelirukan dan terkeliru.Malah ada setengah daripada mereka yang malu mengaku melayu sehingga berakar umbi kebencian mereka pada bangsa sendiri.Kecenderungan berpuak dan mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan jati diri.Maruah peribadi dah hilang.

Hanya kerena fahaman yang berbeza,membawa kepada kehancuran agama bangsa dan negara (Alif Ba Ta).Sanggup menikam sesama sendiri untuk sedikit habuan dan janji kosong.Menggunakan segala peluang yang ada untuk kepentingan diri sendiri ditambah pula dengan tipu daya oleh musuh-musuh mereka yang kini mereka junjung bagaikan saudara sendiri.Terpedaya dengan lakonan musang berbulu ayam.



Janganlah kerana marahkan nyamuk,habis rumah terbakar.Jangan kerana nila setitik,rosak susu sebelangga,hanya kerna sekor kerbau bawa lumpur,habis semua terpalit.Biarlah kita menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus,tepung tak berselerak.

Tak sedarkah,musuh-musuh kita laksana serigala yang lapar,menantikan masa untuk membaham dan melapah setiap apa yang ada pada kita.Kini mereka memerhati dan tersengih (ketawa) melihat kita bercakaran sesama sendiri akibat fitnah yang ditaburkan.Jangan terpedaya dengan guruh dilangit,habis air dicurahkan.

Berkenaan lagu Anak Kecil Main Api (Warisan).Lirik lagu ini telah dilakukan beberapa perubahan.Contoh:

PRIBUMI dan MELAYU telah digantikan dengan perkataan KITA.Perubahan ini dilakukan demi menjaga sensitiviti kaum-kaum yang lain di tanahair ini.Betapa kita sedia bertolak ansur dan berlembut.Sebab orang melayu ini memang asalnya cintakan keamanan.namun apa yang berlaku kini ialah"Diberi betis,hendakkan peha".

Marilah kita sama-sama cermin diri kita.Segala tindakan kita pada hari akan mendapat pembalasan.Kita juga akan ditanya oleh generasi akan datang,akibat persengketaan hari ini.Menghancurkan masa depan hari esok.

Takkan Melayu Hilang Di dunia,Melayu kan Gagah di Nusantara.Selagi Iman dan jatidiri mencorak peribadi.Insyallah.

Lirik Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) versi asal

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Lirik Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) versi baru

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Wednesday, April 20, 2011

Hukuman & Keinsafan



Pada zaman Nabi Musa AS, bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”.

Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak..warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”..

Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian”.

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun!!, keluarlah ke hadapan kami, karena engkaulah hujan tak turun!”.

Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbukalah aib dan  rahsiaku.

Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul,semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.

Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu.

QT

Bagi sesetengah orang,kebenaran itu terbukti hanyalah setelah yang bersalah menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya dan diketahui oleh masyarakat.

Bagi setengah yang lain pula,kebenaran adalah apabila mereka yang bersalah mengakui kesalahan mereka,berasa kesal serta insaf  dan langsung bertaubat memohon keampunan.


Fahamlah saya mengapa setiap perbuatan itu didahului dengan Kalimah BismillahhirRahman nir Rahim (Dengan nama ALLAH SWT Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG.)

Maha Suci Allah yang Maha tuhan penguasa sekalian alam.

Tear drop from my eye:(








Monday, April 18, 2011

A Doctor In the House:The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad





Saya telah menghabiskan masa lebih kurang seminggu menatap sebuah buku ini.Buku yang saya maksudkan ialah "A Doctor In the House:The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad".Saya kini berada pada chapter 58:Education.Semasa berada di rumah mertua saya khusyuk membaca.Sememangnya buku dan biografi berkenaan pemimipin-pemimpin ulung negara dan dunia menarik minat saya.Sebelum ini saya menghabiskan masa hampir 1 bulan untuk  memahami Buku Lee Kwan Yew:Hard Truths:To keep Singapore Going(masih menelaah).

Saya tidak dapat menidakkan buku ini sememangnya patut dibaca untuk pengetahuan rakyat terutamanya orang melayu.Saya membaca dengan mengenetepikan fahaman politik dan meletakkan diri sebagai rakyat biasa.Membesar dalam era pemerintahan Tun M turut menyaksikan segala perkembangan dan kemajuan yang dicapai sepanjang 22 tahun pentadbiran Tun M.Buku ini juga sekaligus menjawab segala persoalan berkenaan beberapa tindakan yang diambil yang mana ianya sukar difahami oleh orang ramai.

Buku ini setebal 843 mukasurat dan mengandungi 62 bab (chapter).Setiap bab menceritakan tentang sesuatu perkara penting dan pandangan Tun M berkenaan perkara tersebut.Bab pertama/pembukaan adalah Becoming Prime Minister.Diceritakan bagaimana 3 Perdana Menteri sebelumnya (Tunku,Tun Razak dan Tun Hussein) adalah dari golongan elit dan berlatarbelakang pendidikan Undang-undang.Sedangkan Tun M hanyalah seorang rakyat biasa dan berpendidikan Perubatan. 

Dalam bab 22:A Dream Delivered, A Mentor Dies dikisahkan bagaimana Tun M begitu menyanjungi Tun Razak yang dianggap mentornya.Tun M amat mengagumi corak kepimpinan Tun Razak dan berasa sangat dukacita atas pemergian Tun Razak yang telah banyak mencorakan pentadbiran yang kehadapan untuk orang melayu khususnya.Bagaimana persamaan diantara mereka yang sanggup menerima pakai Idea dan buah fikiran daripada negara lain seandainya ianya membawa manafaat kepada Malaysia.

Saya sangat  tersentuh pada bab 3 : I Am Malay.Dalam bab ini diceritakan dengan lengkap tentang sejarah bangsa melayu yang telah berjuang sekian lama menentang penjajahan selama 450 tahun.Bagaiman orang melayu bersatu menghadapi setiap suka duka selama itu.Sehingga pegangan politik masa kini memecahbelahkan mereka dan menjadikan mereka bercakaran sesama sendiri.

Terdapat juga beberapa petikan dalam buku ini dalam bab-bab tertentu yang menarik perhatian saya dan membuatkan saya berfikir dengan lebih mendalam.Contoh bab 27:How The Goverment Works.Bagaimana ketika itu kakitangan awam mempunyai tray KIV yang menebal.Karenah birokrasi.Sejarah pengwujudan Fail Meja Manual Prosedur Kerja agar kakitangan tahu skop tugas dan kemana halatuju sesuatu tugasan terarah.
Bab 28:Bersih, Cekap, Amanah (Clean,Efficient & Trustworthy) yang dijadikan slogan pemerintahan pada tahun 1982.Ketika itu saya berusia 2 tahun.Bagaiman pengenalan tanda nama (NameTag) diperkenalkan dalam sektor awam.

Sekali lagi saya diajak untuk merenung kembali dan berfikir tetang pandangan Tun M pada Bab 36: Islam And Islamization.Saya quote kata-kata yang cukup bermakna ini

"Reason why the muslims had been divided into different sects was because the understanding of these interpreters differed and their teachings differed accordingly."M/S 482.

Dalam Bab 49, 50 dan 51 penerangan berkenaan projek-projek mega seperti MSC,Petronas Twin Tower dan Putrajaya.Bagaiman projek ini dilaksanakan dan matlamat utama projek-projek.

Terlalu panjang ulasan yang ingin saya berikan,namun cukuplah setakat ini dahulu.Lupa nak bagitau,buku ini ditulis dalam Bahasa Inggeris.So,memang take time untuk saya menghayati dan memahami sepenuhnya.Dan ternyata benar,English education tu penting (ucop wilcha HKLBR).

Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku dengan harga RM100.00 Senaskah.

Saya mengharapkan agar buku ini dapat diterbitkan dalam Bahasa Melayu agar lebih ramai masyarakat kita dapat membacanya.

**Bestkan jadi Librarian..dapat baca buku mahal-mahal free:)




Saturday, April 9, 2011

Neuro Linguistic Programming (NLP)




Tarikh: 1-3 April 2011


Lokasi:Seri Menanti Resort,Kuala Pilah,N.Sembilan.

Kursus:Neuro Linguistic Programming (NLP) untuk Pentadbir.


Saya bersama 3 lagi rakan setugas (Harul,Rashid dan Wizana) telah dipilih untuk mengikuti NLP.



Apakah yang dimaksudkan dengan NLP?

Neuro:

Merujuk kepada otak/pemikiran kita dan bagaimana kita menguruskannya untuk kehidupan seharian.


Linguistic:


Ianya berkenaan bahasa dan bagaimana kita menggunakan bahasa untuk menzahirkan makna dan pengaruh dalam hidup.

Programming:


Adalah urutan proses mental yang pengaruh atas perilaku untuk mencapai tujuan tertentu serta modefikasi mental itu.



Kursus ini dikendalikan oleh Dr.Azhar Hj.Sarip,pengasas spiritual NLP Malaysia.Kursus NLP ini berbeza daripada NLP Konvensional kerana lebih menekankan ciri-ciri spiritual dan agama islam dalam mengadaptasikan NLP.












Bersama Dr Azhar.



Sempat juga berjalan disekitar kawasan setempat,melawat bekas Istana Seri Menanti.
















Thursday, April 7, 2011

I love Cat

Blackie and Orange


Saya suka kucing,makhluk tuhan yang comel,manja dan suka diusap.Kucing mengiow bila lapar,mengeselkan badan pada kaki bila ingin dimanja.Setiap ekor kucing yang datang ke rumah,insyallah tidak akan pulang dengan perut kosong.Dulu saya ada seekor kucing jantan,Leo.Kini leo hilang entah kemana (bukan kali pertama).
 
 
Beberap minggu kebelakangan ini ada sepasang  kucing jiran yang selalu bertandang ke rumah.Sekor warna hitam (betina) dan sekor lagi kaler orange (jantan).Saya panggil blackie dan orange je.
 
 
Blackie baru lepas give birth (dua ekor,rupa ada iras-iras Leo),dulu dia  bawa anak dia kat rumah saya,sekarang tak tahu kat mana.Blackie memang menyerabutkan bila ada.Terover mengada.Orange rilek aje,senyap sunyi dan cool (semulajadi).
 
 
Kini rumah saya makin kerap menjadi tumpuan kucing-kucing disekitar.Tak mengapalah,mana yang ada,saya beri makan.
 
 
Maha Suci Allah SWT yang mengurniakan makhluknya dengan perasaan kasih dan sayang.
 
I want cat so badly....
 
 

Terima kasih Leo kerana mengajarku erti kesabaran,melewati masa-masa yang sukar dan memulihkan kebekuan hatiku.

Wednesday, March 30, 2011

Drama Korea:Channel One HD 393


Saya baru saja melanggan Astro Beyond.Terdapat beberapa channel tambahan yang menarik dalam saluran definisi tinggi (HD).Seperti National Geographic HD,Lifestyle HD,AXN HD,History HD dan banyak lagi yang ada HD dibelakangnya(Boleh semak di Web Astro).
 
Tapi kat sini bukanlah saya nak bercerita pasal AstroBeyond.Saya cuma nak kongsi pengalaman menarik yang terjadi pada kami (saya&isteri).Salah satu daripada chanel dalam Astro Beyond telah mencetuskan fenomena ialah One HD Chanel (393).Saluran ini khas untuk peminat drama dan hiburan Korea.Sekarang ini Korea Pop tengah naik.


Saya bukanlah layan sangat drama-drama Korea ni dulu,namun setelah beberapa kali menonton,saya mula mendapati beberapa simptom-simptom keasyikan menular dalam diri saya.Saya merasakan satu keinginan yang amat mendesak untuk terpacak didepan tv setiap kali ianya bersiaran.
 
 
Inilah drama yang hipnosis kami.


Alhamdullilah,setakat ini saya masih mampu menghadapinya.
 
 
Saya berasa risau kerana saya tidak pasti samada ianya sesuatu perlakuan yang normal bagi peminat-peminat drama Korea.Dikhabarkan juga,keasyikan ini lebih mudah melanda kepada wanita.Rakan setugas saya pernah memberitahu yang isteri dan anak perempuannya pernah seharian terpacak depan tv semata-mata untuk melayani marathon drama-drama ini.
 
 
Akhir kata,walaupun saya adalah seorang peminat  kehidupan haiwan dan sejarah (National Geographic/History ) At least saya kini sudah jadi peminat setia Girl Generation.
 
 
Mereka cute:-).heheh....


PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...