Saturday, February 26, 2011

Mesyuarat Si Tikus

Assalamu'alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.


 
 
Alkisah suatu ketika dahulu, sekumpulan tikus telah mengadakan suatu mesyuarat.Mereka hendak mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada seekor kucing jantan bernama Leo yang telah banyak membunuh saudara-mara mereka.
 
Banyak cadangan yang hebat dan menarik diberikan,masing-masing sibuk mengutarakan pendapat dan cadangan.Ada yang kata begitu,ada yang kata begini.Boleh dikatakan sesi perkongsian idea yang berjaya.Semuanya hebat,semuanya menarik. Salah seekor dari mereka memberi cadangan agar kucing tersebut diletakkan loceng di lehernya dan apabila kucing itu bergerak, loceng itu akan berbunyi dan mereka boleh melarikan diri .
 
Cadangan itu diterima dan semua dari mereka ketawa terbahak-bahak dengan cadangan tersebut membayangkan mereka dapat menyelamatkan diri. Walaubagaimana pun, seekor tikus tua mencelah, "Wahai tikus semua, memang ia satu cadangan yang baik. Tetapi siapakah yang berani menggantungkan loceng itu pada leher kucing Leo tersebut?"


Tikus yang lain berpandangan sesama sendiri.Ketika ini masing-masing sibuk pula mencari alasan untuk diri sendiri  agar tidak dipertanggungjawabkan.Mereka terkedu.
 
 
Akhirnya mesyuarat itu berakhir tanpa keputusan.
 
 

Tuesday, February 22, 2011

Loghat Negeri Pahang




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.



Pahang Darul Makmur (Inderapura)adalah  sangat unik dari aspek loghat negeri. Ini disebabkan loghat yang digunakan adalah mengikut aliran sungai. Bermula di Kuala Lipis hinggalah ke muara di Pekan, loghat-loghatnya adalah berbeza.

Ada juga baiknya kita mengenali dan memahami loghat-loghat yang ada di negeri kelahiran kita agar kita tidak mudah dikatakan terlalu "kebandaran" bila sesekali pulang ke kampung berjumpa sanak saudara dan rakan taulan.



Amatlah rugi sekiranya loghat dan slang Pahang yang unik ini semakin pudar dan mungkin akan pupus ditelan masa dek kerana anak pahang sendiri malu untuk menuturkannya.



Lihat saja orang negeri Kedah,Kelantan yang sangat berbangga dengan loghat dan slang pertuturan negeri mereka sendiri walau berada di rantau orang samada di KOLUMPO ataupun LONDON.


Setiap perkataan akan disusun mengikut turutan "aphabetical order" untuk memudahkan pembacaan.

KK- kata kerja KN- kata nama
Kgn- kata ganti nama
Adj- Kata sifat/ adjektif
LL- lain lain 


A-
Amik- KK- Ambil ( Amik ko obat!!!!) Awk ? Kgn ? Awak ( buku ni bukan awk punye)

B

Burungr- Adj ? degil ( kenapa lah ko ni burungr sangat?) Biroh ? Adj ? menggatal, gila seks ( Kemat dipukul bini kerana membiroh dengan bedah) 

Betui - Adj - Betul, tepat ( laju betui awok bowok muto yea..)

C
Che ( sebutan seperti : cepat)? LL- cuba ( Che amik kan kain tola tu) Calat ? KK- berjima? ( korang buat ayat sendiri lah)

Catuk ? KK- patuk , pagut , ketuk ( Ayam itu mencatuk dahi abu ) 

Cemuih - Adj- jemu ( Naik cemuih koi nunggu si sahok nih.) 

Cundir - Adj- Gayat - ( koi cundir betui tempat tinggi tinggi nih)

D

Dedeh (sebutan seperti : ekor) KK ? hiris ( Pokok itu habis di dedeh Kemat)

E
Embok (sebutan seperti : emak) KN ? mak we , budak perempuan
( Mata Pejol juling memerhatikan embok embok yang sedang balik keje)

F

G

Gone ? LL- macam mana ( dah tu nak buat gone?) Gebor ? KN- selimut ( walaupun panas, halim tak boleh tidur tanpa gebor) 

Ganai - LL- kosong (orang lain ber beg2 bawak baju nak gi berjalan...takkan awak ganai jer??" ) 

Ganeh - Adj - Ganas (ganeh betui awok yea)

H

Habad - Adj ? menjijikan ( ko ni habad betul, ngan taik pun nak main) Hampuras ? Adj- tidak berguna, celaka, *sensored*, poyo 
( hampuras betul si jahar ni, spender aku pun dia nak kebas) 
Hogoh ? KK- menggegar, menggoncang/ biasanya batang
( Walaupun di hogoh berkali kali, tetapi tiang itu tidak juga tumbang tumbang)

 I

J
 

Jamoh ? KK- makan sikit ( koi bukan nak makan seme, koi jamoh je) 

Jabir - KN- beg plastik ( Jabir sapa lah duk buat sepoh kat sini) 

Je - LL ? sahaja, saja, ( Dia buat tak tahu je kat koi) 

Jaluk ?Adj- malu ( Lain kali periksa dulu sebelum tuduh orang. Kan dah jaluk muka tu) 

Jeder ( e- emak) - Adj- membazir (awk ni beli buat jeder je lauk banyak banyak nih)

K

Kabir ? KK ? Melambai , lambai ( Awk tak nampok koi kabir tak di?) Kah ? Kgn ? saya ( daerah pekan) ( kah nak pegi lah ni) 

Kawan ? Kgn- saya ( daerah tengah) ( Kawan mane tahu) 

Kepat ? KK ? kulum, Hisap ( rambut Ali seperti butir mempelam di kepat lembu) 

Kipuk ? KK ? mematahkan sesuatu dengan cara membengkokkan ( Dahan itu telah di kipuk oleh pejol )
Kisut ? Adj ? menyibuk, tak tentu hala, gabra ( Awk jangan kisut hal kawan) 

Kohurt ? Adj - letih yang amat sangat ( ari ni koi tak keje. Kohurt sangat rase nye) 

Kanyor ? Adj- Mabuk, stomek, pening lalat ( Jaki tengah kanyor ubat batuk) 

Kome - Kgn - Kami ( Kome datang lah rumoh awk raye nanti) 

keghayan -Adj- terkejut ( keghayan koi dengor crite awk tuh) 

kuncham - AdJ- masam, muram ( mende buat muke kuncham nih?) 

Kuka-KK-Mencakar - babel betol kucing itam ni,kuat sanga kuka tikor mengkuang koi ni...

L 

Lat ? LL ? selang ( Hari jadi saya lat sehari dengan Hari Merdeka)

Longkosh / lokoh ? Adj ? terkopek, menggelupas, tercabut ( cat kereta apai telah longkosh kerana berjemur panas setiap hari) 

Lutu ? KK - baling, lontar ( Kepala roshid benjol di lutu batu oleh Jaham) 

Libaih - LL - Libas (ali sedang libaih kain pelekat kemuka abu)

M


Matnyer ? LL ? kenapa ( matnyer Jahar tak dating bersama?) Menterebas-Adj- lintang Pukang ( jalut menterebas lari dikejar polis) 

Mereluh - KK- tidur ( koi nak mereluh lah dulu... ngantuk sangat nih) 

Mengombet ? KK- mengintai, skodeng ( Ahmad suka mengombet burung mandi) 

Mengendi - LL- mengada ngada ( yang awk mengendi nih kenapa?) 

Moyoih - Adj- basah kuyup ( moyoih koi ditimpa ujan takdi)

N
Nengok ? KK- tengok ( nengok bebudak tu, haram tak pose) Ngelat- KK- menipu- (Awk jangan nak mengelat dengan koi)

O

P 

Pane (sebutan seperti : emak) ? Adj ? tak tentu hala ( makin hari makin pane aku tengok si pejol tu) 

Pantok- KK ? mengetuk, ketuk ( Che pantok paku yang terjulur tu) 

Pohpahleh ? LL ? ekspressi untuk menunjukkan sesorang itu terkejut or hebat sangat
( pohpahleh awk tak pose yer?) 

Pedo?oh ? KK- menipu ? (Awk jangan nak pedo?oh. Koi nengok jugek semalam) 

Perdap ? KK- tangkap dengan jerat ( Ajis diperdap orang kampong kerana mengombet anak dara pak seman) 

Pelangkor - KN- Kilat/ guruh ( uih..kuat jugek bunyi pelangkor malam tadi tu wehh..bergegor rumoh koi) 

Punggor ? KN- dahan reput di atas pokok ( Jalan memolek cik esah, kang hempap di punggor) 

Piat - KK - rotan (jangan naik muto nanti tok wan piat) 

Pegor-KK=Longgar (pengang kuat2 tali kebau tu..jangan bagi pegor buntat)



Q

R

Rakyat ? KN- orang asli, orang yang rendah martabat,(nape pakai baju gaya rakyat nih?) 

Rodong ? KN- sahabat, kawan / berodong= berkawan. ( Saya suke berodong ngan Ali) 

Rodok ? KK- menusuk, menikam ( jangan di rodok sarang tebuan) 

Rengkuh ? KK- menarik sesuatu dengan paksaan ( johar merengkuh pintu pagar)

S


Sko ? KK- mencuri ( sapelah yang sko helmet apollo koi nih) Sementelah- LL- Ketika, pada waktu ( sementelah Abu ke surau, Johar menyeko getah sekerap) 

Siyo - KN - tudung saji ( Siyo ni dah tembus, beli hak baru la bang oiii!) 

Sidang - LL- hujan yang telah berhenti ( Tunggu lah hujan sidang dulu weh. )

T


Tengkoh ? KK- mengkarate , menetak ( Koi tengkoh leher ko kang) Tekih - LL - nyaris (tekih koi di rotan cikgu takdi) 

Tok Wan - Kgn - Nenek 

Tok Aki - Kgn - Datok

U


Unchai ? KK- lerai, membetulkan tali yg kusut. ( Jala itu tidak dapat di unchai lagi)


Updated/Tambahan

Menceribas = lintang pukang

Senteng = singkat (besenye seluor)
Nebor = tebar (nebor jale ke... roti canei ke..)
Bersedeheh = bergaduh (ni beloh2 lanchang ni)
Cenge/lebe = malu
Cengengeng = manja
Tekeh/liki = sekeh
Pakwe = pak long (bukan boipren je weiii)
Makwe = mak long (bukan gepreng jekkk)
Toho = cetek
Deraih = cepat (biasenye orang suruh cepat.. bukan kate mende tu cepat)
Spelat = comot
kacuh = conteng
Lejut = kutup
Kopek = (censored) kekeke...
Se'eh = senak (besenye sebab kenyang)
Melikai = buah tembikai
Meghepar = jalan2 tak ketaun hala (biasanya kalo gi dalam utan ke..)
Ketoyong = pening
Keberoh = berdebar2 (masa melalui saat mencemaskan)


Koi Tetap Anak Pahang dan Koi Bangga jadi Anak Pahang walau dimana Koi berada!

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...