Tuesday, February 8, 2011

Perpindahan Pelajar dari Mesir



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya yakin satu dunia sudah maklum akan perihal pergolakan yang berlaku di Mesir.Keadaan politik yang tidak stabil dimana rakyat bangkit bagi menuntut pemerintah yang sedia ada iaitu Presiden Hosni Mubarak yang sudah 30 tahun memerintah agar meletak jawatan.Pergolakan yang berlaku bertitik tolak daripada peristiwa di Tunisia dimana rakyat telah berjaya mengulingkan Presiden Zine El Abidin Ben Ali yang telah berkuasa selama 23 tahun berakhir.Ramai yang meramalkan bahawa impak dari tindakan rakyat Tunisia dan Mesir akan mewujudkan kesan Teori Domino keserata tempat.




Namun yang paling merisaukan ialah rakyat Malaysia yang berada di bumi Mesir bukan sedikit bilangannya.Dianggarkan seramai 11,700 yang berdaftar dengan kedutaan Malaysia di Kaherah dan 5000 tidak berdaftar berada disana bagi menuntut ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam agama dan perubatan.Huru hara yang tercetus mengakibatkan keselamatan bagi mereka tidak terjamin.Terdapat pelbagai cerita yang menakutkan dikisahkan oleh kumpulan pelajar kita yang kini telah selamat tiba ditanahair.



Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Malaysia diatas usaha "Operasi Piramid" yang dilakukan bagi membawa keluar para pelajar kita daripada situasi yang runcing itu.Kos operasi bagi membiayai Operasi Piramid ini pula dianggarkan menelan belanja sebanyak RM30 juta.Dimana segala kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Kekhuatiran dan kerisauan para ibu bapa terhadap anak-anak mereka tentulah tidak dapat diterjemahkan lagi.Diberitakan bahawa perpindahan ini dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Pada 7 Februari 2011,Kumpulan pertama rakyat Malaysia yang dibawa pulang melalui Operasi Piramid oleh Kerajaan Malaysia telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lummpur KLIA tadi pagi. Mereka seramai 778 orang telah mendarat jam 10 pagi yang disambut oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri najib Tun Razak serta ahli keluarga masing-masing.Syukur Alhamdullilah.



Saya merasa adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak yang mempertikaikan usaha menyelamatkan pelajar-pelajar ini.Terutamanya dijadikan modal politik bagi mencapai tujuan tertentu.

Apakah mereka fikir 11 ribu orang itu suatu bilangan yang kecil?Adakah persiapan dan persediaaan boleh dilakukan sekelip mata tanpa sebarang perancangan?Adakah jarak antara Malaysia dan Mesir itu umpama Durian Tunggal dan Merlimau?Adakah boleh sewenangnya merempuh masuk ke ruang udara dan perairan negara asing tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu?Apakah kelengkapan logistik dan penempatan tidak perlu diambil kira?Malah yang lebih menyedihkan,dikatakan fahaman politik seseorang juga dijadikan nilai ukur.Masyallah...

Perdana Menteri sendiri telah menyatakan bahawa :

"Tiada pertimbangan Politik dijadikan ukuran dalam usaha membawa pulang rakyat kita dari Mesir"

Mungkin ada pihak yang boleh melakukannya dalam  sekelip mata dengan hanya menyeru"zam zam ala kazam" lantas keluar jin lalu menyelesaikan masalah pesawat dengan membekalkan karpet ajaib yang kalis pandangan.Siapa tahu:)

Saya bukanlah ahli mana-mana parti politik dan saya memberi pandangan hanya sekadar sebagai seorang rakyat biasa.Janganlah semua hal dan perkara hendak kita jadikan modal politik tanpa memikirkan natijahnya.


 

No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...