Assalamu'alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.
Alkisah suatu ketika dahulu, sekumpulan tikus telah mengadakan suatu mesyuarat.Mereka hendak mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada seekor kucing jantan bernama Leo yang telah banyak membunuh saudara-mara mereka.
Banyak cadangan yang hebat dan menarik diberikan,masing-masing sibuk mengutarakan pendapat dan cadangan.Ada yang kata begitu,ada yang kata begini.Boleh dikatakan sesi perkongsian idea yang berjaya.Semuanya hebat,semuanya menarik. Salah seekor dari mereka memberi cadangan agar kucing tersebut diletakkan loceng di lehernya dan apabila kucing itu bergerak, loceng itu akan berbunyi dan mereka boleh melarikan diri .
Cadangan itu diterima dan semua dari mereka ketawa terbahak-bahak dengan cadangan tersebut membayangkan mereka dapat menyelamatkan diri. Walaubagaimana pun, seekor tikus tua mencelah, "Wahai tikus semua, memang ia satu cadangan yang baik. Tetapi siapakah yang berani menggantungkan loceng itu pada leher kucing Leo tersebut?"
Tikus yang lain berpandangan sesama sendiri.Ketika ini masing-masing sibuk pula mencari alasan untuk diri sendiri agar tidak dipertanggungjawabkan.Mereka terkedu.
Akhirnya mesyuarat itu berakhir tanpa keputusan.
No comments:
Post a Comment