Wednesday, March 30, 2011

Drama Korea:Channel One HD 393


Saya baru saja melanggan Astro Beyond.Terdapat beberapa channel tambahan yang menarik dalam saluran definisi tinggi (HD).Seperti National Geographic HD,Lifestyle HD,AXN HD,History HD dan banyak lagi yang ada HD dibelakangnya(Boleh semak di Web Astro).
 
Tapi kat sini bukanlah saya nak bercerita pasal AstroBeyond.Saya cuma nak kongsi pengalaman menarik yang terjadi pada kami (saya&isteri).Salah satu daripada chanel dalam Astro Beyond telah mencetuskan fenomena ialah One HD Chanel (393).Saluran ini khas untuk peminat drama dan hiburan Korea.Sekarang ini Korea Pop tengah naik.


Saya bukanlah layan sangat drama-drama Korea ni dulu,namun setelah beberapa kali menonton,saya mula mendapati beberapa simptom-simptom keasyikan menular dalam diri saya.Saya merasakan satu keinginan yang amat mendesak untuk terpacak didepan tv setiap kali ianya bersiaran.
 
 
Inilah drama yang hipnosis kami.


Alhamdullilah,setakat ini saya masih mampu menghadapinya.
 
 
Saya berasa risau kerana saya tidak pasti samada ianya sesuatu perlakuan yang normal bagi peminat-peminat drama Korea.Dikhabarkan juga,keasyikan ini lebih mudah melanda kepada wanita.Rakan setugas saya pernah memberitahu yang isteri dan anak perempuannya pernah seharian terpacak depan tv semata-mata untuk melayani marathon drama-drama ini.
 
 
Akhir kata,walaupun saya adalah seorang peminat  kehidupan haiwan dan sejarah (National Geographic/History ) At least saya kini sudah jadi peminat setia Girl Generation.
 
 
Mereka cute:-).heheh....


Tuesday, March 29, 2011

The Rain

I don’t know who quoted it; I like this one very much.

A walk in rain is a delightful experience. When I am sad, when the question of my existence bothers me, when I recall my failures, I go out in the rain, to feel the joy of sorrow, the music of rain. I walk in the rain, feeling the cold on the flooded road, the touch of the falling drops, the thrill of thunder. My vision gets blurred, my cheeks wet. I walk in wet clothes through the empty streets. I look to the sky to see the drop falling on my eyes. I see the birds huddling together to stay warm. I see the frog leaping from one side of the street to another. I see the water of the nearby pond rippling and I see the lotuses dancing. The rain is washes away my tears and I become aware of the fact that no one sees me crying.




Monday, March 28, 2011

B.U.D.U

Sedap Terlajak!(Amat Sedap)


Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu bukanlah Berudu (anak katak).Ini kerana terdapat kurang pemahaman mengenai nama Budu itu.Maka ramai yang tersalah anggap.Mengapa ianya dikenali sebagai BUDU.Itu kena tanya orang Kelantan dan Terengganu untuk jawaban yang lebih konkrit

Dulu sewaktu saya jadi student di UiTM Machang,Kelantan.Budu adalah makanan official bagi kebanyakan pelajar terutama yang berasal daripada pantai timur.Namun janganlah terkejut jika ada orang-orang bandar KL,JB Ipoh yang turut  meminatinya.

Budu ini paling sedap kalau makan dengan ikan bakar (terubuk,pari,sebarau dll).Kita boleh cicah budu tanpa henti.Saya nak cerita lebih-lebih nanti,takut saya pula meleleh air liur:).Bak kata orang "cakap banyak tak guna,rasa sendiri..masa tu baru tau penangan budu"


Padan muka anda sebab terliur.
Dapatkahlah budu dengan segera.



Terdapat juga setengah orang yang terlalu mengemari budu sehingga tidak lalu untuk makan tanpa budu.Dikhabarkan pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran ke luar negara (oversea) samada ke US atau UK.Mereka akan membawa stok budu bersama.

Bahan utama untuk menghasilkan budu ialah ikan,maka secara tidak langsung ianya mengandungi kadar protein yang tinggi.Mungkin ini juga antara sebab pelajar-pelajar dari pantai timur sering cemerlang dalam setiap keputusan SPM.Tak percaya?Boleh semak negeri mana memegang ranking keputusan SPM terbaik seluruh negara.

Dulu budu dibuat secara traditional,maka terdapat segelintir yang meragui kebersihan pembuatan budu.Tapi itu dulu,sekarang budu telah diusahakan secara komersial menggunakan kaedah moden dan saintifik.Nama budu itu sendiri telah diupgradekan kepada Sos Bilis.

Pengaruh budu amat kuat kepada masyarakat pantai timur terutamanya.Jika ada orang pantai timur (khususnya kelantan dan terengganu) yang bekerja di bandar seperti KL,apabila pulang ke kampung dan berbicara dalam loghat KL (Kecek Luar),maka rakan-rakannya di kampung akan memberikannya budu sekurangnya sebotol untuk melembutkan lidahnya kembali agar dapat kecek klatei/ganung semula:)

Maradona dan Lionel Messi juga adalah pengemar budu.


Kelemahan:

Budu mempunyai bau yang agak kuat . Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.


Kesimpulannya,budu amatlah enak,lazat dan sedap sebagai penambah perisa makanan anda.Saya mengesyorkan kepada sesiapa yang belum/geli kepada budu,try dulu.Saya percaya anda akan pasti menginginkannya lagi.

Sunday, March 20, 2011

Konspirasi Penguasaan Tanah Arab




Libya (Negara Islam) telah diserang oleh Amerika Syarikat.112 peluru berpandu Tomahawak telah dilancarkan ke Libya dan dipercayai telah membunuh 48 rakyat Libya dan mencederakan 150 orang awam termasuk kanak-kanak.

Jelas,program mendominasi rantau arab telah bermula.Saya sedari dari awal lagi tidak melihat ini adalah kebangkitan rakyat melainkan suatu perancangan (super mega plan) bagi menakluki tanah arab.Kejatuhan beberapa pemimpin kepada beberapa buah negara islam dalam masa tidak sampai 3 bulan.Bukankah disitu jelas menunjukkan sesuatu yang 'not right".

IMF mula masuk dengan alasan untuk memberi bantuan kewangan kepada setiap negara yang runtuh bagi tujuan membangunkan semula negara tersebut (semua ini bohong!).Apabila pemimpin yang baru naik dan menerima bantuan kewangan IMF,maka salam sejahteralah kepada mereka kerana telah secara automatik telah membuatkan negara dan rakyat mereka  berhutang sampai 7 keturunan.

US nak bunuh siapa?Nak selamatkan rakyat Libya daripada kekejaman Gaddafi yang jadi diktator?Serangan itu sekaligus sebenarnya telah menguatkan lagi Gaddafi kerana dia akan menggunakan alasan itu meminta rakyat Libya bersatu menghadapi ancaman kuasa asing.

Jangan kita terpedaya dengan lakonan dan filem yang diarahkan oleh para zionis.Syarikat-syarikat minyak,Kompeni penjual senjata dan negara-negara kafir.Cuba lihat dan mesti fikir apa tujuan tersirat sebenarnya yang berlaku dalam setiap demonstrasi di negara Arab.Bukan saya menyokong pemimpin yang kejam,namun saya tak mahu melihat dipermukaan tanpa mengetahui dasarnya.

Tanah Arab dan dunia Islam Khususnya,dianugerahi Allah SWT dengan satu sumber yang teramat penting untuk industri dunia dan kehidupan seharian iaiti EMAS HITAM (Minyak).Sumber minyak ini bukan boleh dikitar semula dan pasti akan kehabisan.Maka setelah melalui APEC mereka sudah tak terdaya lagi,sebab dah tak tahan nafsu nak menguasai kekayaan minyak yang ada.Tak cukup dengan Iraq,kini serigala-serigala lapar ini akan membaham keselurahan Tanah Arab.

Adakah Minyak faktor paling utama?

Jika dahulu,saya juga berfikiran sedemikian.Namun setelah meneliti serta menelaah beberapa sumber,saya mula mendapati satu faktor lain turut menjadi Main Objective kepada Domination of Muslim World ini.

Faktor Geografi dan Lokasi Tanah Arab dala peta dunia.




1000 tahun lepas mana ada orang atau negara sangat yang menyedari kepentingan minyak ini,tapi mereka tetap nak takluk dunia.Sejak dari era Greek,Genghis Khan,Rom,Parsi,Zaman empayar Islam,Blok Komunis Axis dan bersekutu.Semua ini ingin menguasai Tanah Arab.Jika zaman kegemilangan empayar islam dulu,orang arab yang buat keputusan,sebab itu memang tanahair mereka.

Diutara Arab adalah gerbang ke Eropah.Sebelah Selatan pula laluan ke Afrika.Timur pula adalah pintu utama untuk Asia.

Nah!Siapa yang menguasai Tanah Arab akan menguasai laluan keseluruh pelusuk dunia dan menguasai perdagangan antarabangsa.

Namun demikian,mungkin semua diatas ini juga adalah wayang juga.Matlamat utama mereka pada saya adalah seratus kali ganda lebih jahat dan keji!Semua ini adalah untuk menghancurkan Umat Islam secara total.Di negara Arab bersemadi Jasad para Utusan Allah.Dapatkan kita bayangkan jika mereka menguasai Negara Arab?Apa yang akan mereka gunakan untuk menjatuhkan umat islam didunia sekaligus?!



Saya tidak dapat membayangkan dan memberi jawaban.Tuan-tuan gunakanlah akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita semua.

Ingatlah,Perang Salib masih belum berakhir.

Friday, March 18, 2011

Temasya Olahraga Tahunan UTeM 2011

12Mac 2011 (Sabtu)
Stadium Mini UTeM



Untuk kali kedua saya menjadi Pengurus Pasukan bagi Temasya Olahraga Tahunan kali ke-4 UTeM 2011.
 
Senarai Pemenang Pingat bagi Temasya Olahraga 2011 UTeM
 
Lelaki
 
Zaidi Saad      
200M Lelaki Senior                              
Gangsa
 
 
Wanita
Kuater 4x100M Wanita Senior                          
Gangsa  
 
Nooradilah Binti Rasdi
Norziyana Binti Hanipah
Fatila Binti Ramli
Hasliza Binti Mohamed
 


Hasliza Bte Mohamad    
200M  Wanita Senior                                       
Gangsa
 
Mi Azian Bte Abdul Karim     
Lempar Cakera Wanita Senior
        
Gangsa



Tarik Tali:Tempat Ke-4






















Wednesday, March 16, 2011

Permaidani Senja



Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini



Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari



Oh... nyamannya
Bila dipelukkan
rinduMu
Mengimbaulah sentosa



Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu
titianku
Hijrahkanlah diri ini




Have no words to describe this...just bring the tears in my eyes...












Segala sesuatu di dunia ini,seumpama setitis air dilautan nikmatNYA.

No one,in the entire world,is as precious as you are.

Tuesday, March 15, 2011

Kitaran Unit:Bertukar!





Masuk saja pintu library,staf Sirkulasi mengucapkan tahniah pada saya,blur juga mulanya.Rupanya surat pertukaran unit telah dikeluarkan.Saya salah seorang dalam senarai.Ditempatkan di Unit Hadiah dan Pertukaran.

Saya tidaklah terkejut sangat,sebab berita berkenaan pertukaran ini telah agak lama kedengaran.Lagipun ini merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi,terutamanya perpustakaan.So,saya secara rasminya tidak lagi berada dibawah Bahagian Perkhidmatan Pengguna.Sebab surat pertukaran unit adalah berkuatkuasa serta merta.

Pertukaran ini melibatkan agak ramai juga pegawai dan pembantu.Pelbagai reaksi dapat diperhatikan.Yang tiada dalam senarai juga tak senang duduk.Sebab rumor pertukaran masih belum dinoktahkan.Spekulasi yang bertiup menghangatkan suasana pejabat.Biasalah.

Secara ikhlas saya akui,jiwa saya memang dekat dengan Bahagian Perkhidmatan Pelanggan.Saya serasi dan selesa berurusan dengan pengguna perpustakaan.Namun demikian,pertukaran unit ini juga memberi peluang dan ruang pada saya untuk menyelami tugas dibahagian teknikal.Kitaran untuk melengkapkan diri dengan alam kepustakawanan.Semestinya Pengalaman,ilmu serta cabaran baru menanti di Unit Hadiah dan Pertukaran.

Kita tidak akan menjadi statik di satu-satu tempat.Berada terlalu lama disatu-satu unit (perpustakaan) juga mempunyai pro dan kontra.Namun disini saya lebih melihat kepada kontra jika tiada "rotation" dilakukan.Pengurusan atasan pastinya telah memperhalusi perkara ini.


Pada hakikatnya,saya rasa kita perlu berfikiran positif tentang pertukaran ini.Jangan lihat perkara ini seperti sesuatu yang amat membebankan.Dalam satu bangunan juga,paling tidak dalam Negeri Melaka lagi.Saya turut memahami,sudah tentunya urusan setiap individu adalah berbeza.Namun itulah alam kerjaya dan kehidupan.

Kena belajar semula la nampaknya Katalog LCC yang dah lama dipekasamkan.....



Saturday, March 12, 2011

Kaunter Ekspres 10 Barang Ke bawah Sahaja.


Saya biasanya membeli barang-barang keperluan rumah (barang dapur) di pasaraya-pasaraya seperti Mydin,Tesco,Giant dan lain-lain.Bukan apa,mudah dan teratur.Biasa kalau beli barang,lepas gaji.Maka tempat-tempat sebegini pastinya penuh sesak.
 
Pihak pengurusan pasaraya telah menyediakan pilihan dalam melancarkan dan menyenangkan para pelanggan.Iaitu dengan menyediakan kaunter pembayaran yang banyak dan  termasuk Kaunter Bayaran Ekspres sebagai alternatif untuk pelanggan yang membeli " 10 barang ke bawah sahaja".
 
 
 
Disini kita akan dapat lihat kepelbagaian ragam pelanggan,baik tua,muda,lelaki,wanita,berpelajaran tinggi,pegawai mahupun pekerja biasa.Kadar Celik Huruf adalah tinggi bagi rakyat Malaysia terutamanya di kawasan bandar,apatah lagi Melaka yang diiktiraf sebagai Negeri Maju.
 
 
Dengan membawa 4 troli dan berisi penuh dengan segala macam barangan,masih buat "slumber' beratur di Kaunter Ekspres.Adakah pandangan orang ramai yang memerhatikan tingkah laku mereka tidak membawa sebarang makna?
 
 
 
 
Semua orang yang mahu cepat,semua orang ada urusan masing-masing (penting ) untuk diselesaikan.Namun tidaklah ianya boleh dijadikan alasan untuk menafikan hak orang lain.Yang paling hebat,dimarahnya cashier bila diminta ke lorong yang sepatutnya.
 
 
Mungkinkah Statement 10 Barang itu ditafsirkan sebagai 10 Jenis barang?Kalau beli beras 10 kampit,dikira 10 barang le.Bukan 10 JENIS BARANG.Jumlah maksimum adalah 10,Sepuluh,Ten.
 
 
Ketahuilah,ramai yang memerhati dan dalam hati ramai yang menyumpah.Siapa tahu.
Sudah semestinya dalam hidup ini kita terkadang belajar dari kesilapan..Try and Errror.

Monday, March 7, 2011

Peraturan Perpustakaan









Saya tertarik dengan Peraturan Perpustakaan yang  akan terpampang di pintu masuk utama mahu pun disetiap level yang menjadi tumpuan pengunjung  sesebuah perpustakaan.


Terdapat sesetengah perpustakaan yang mempunya hampir 25 peraturan yang perlu dipatuhi oleh pengunjung sewaktu berada di dalam bangunan perpustakaan.Dimana peraturan ini saya tidak pernah lihat sewaktu berurusan dengan Institusi kewangan seperti bank yang menguruskan transaksi kewangan yang mungkin bernilai jutaan ringgit sehari.


Tentu saja bank bukan perpustakaan dimana risiko adalah berbeza.Perpustakaan menguruskan ilmu,nilainya lebih tinggi.



Semestinya perkataan yang amat sinonim dalam peraturan ialah:

  • Dilarang
  • Tidak Dibenarkan
  • Sama sekali tidak dibenarkan
  • Tidak Boleh



Perkataan-perkataan ini akan berulang-ulang beberapa belas kali dalam setiap peraturan yang   tertera.Ianya adalah ayat yang menekan betapa seriusnya dan kritikalnya maksud yang hendak disampaikan kepada setiap pengguna perpustakaan.

  1. Pengguna dilarang membawa pisau,gunting,pedang samurai dan sebarang benda tajam ke dalam perpustakaan
  2. Pengguna dilarang sama sekali untuk makan dan minum(Gulai Kawah,nasi kerabu)ke  dalam perpustakaan.
  3. Pengguna telefon bimbit(Iphone,Blackbery) adalah dilarang keras.(Akan dirampas)
  4. Perabot tidak boleh dialihkan,ini juga dilarang keras!
  5. Pengguna tidak dibenarkan membawa binatang (gajah,kuda padi) ke dalam perpustakaan.
Signage dan papan arahan bergambar seperti jari menutup mulut yang beerti diam,senyap,silent,quite dan pelbagai lagi.Suasana yang pasif adalah suatu kemestian bagi perpustakaan sepanjang zaman.







Apakah pandangan anda jika anda diminta untuk hadir ke perpustakaan namun perlu mematuhi segala pra syarat yang begitu indah teliti pembuatannya?



Mungkinkah ini adalah salah satu konsep penerapan disiplin dalam diri pengguna ?


Adakah Fenomena ini akan terus berkekalan dalam ruang lingkup kepustakawanan?


Dimanakah sikap keterbukaan perpustakaan dalam menghadapi perubahan zaman?




Setiap persoalan pasti ada jawabannya,dengan hanya mengkritik tidak akan membawa kepada sesuatu yang positif.Peraturan diwujudkan agar keharmornian sesuatu tempat itu sentiasa terjaga.



Dunia kepustakawanan harus membuat anjakan minda dengan mengadaptasikan peraturan yang ada agar bersesuaian dengan senario semasa.Ini dapat dilihat di beberapa buah perpustakaan yang ada samada dalam atau negara.Mereka telah cuba membawa suatu revolusi didalam dunia perpustakaan dengan memecahkan dinding zaman.


Perpustakaan Negara Malaysia dengan segala inisiatif yang ada cuba untuk menarik minat membaca.Namun sadisnya nawaitu suci pengunjung perpustakaan terhenti di pintu masuk perpustakaan hanya kerana dia tidak memakai baju berkolar.Tentunya satu peristiwa yang sangat tragik.


Kita tidak perlu meniru bulat-bulat apa yang telah dilaksanakan di tempat lain,memadai dengan menyesuaikan setiap perkara dengan keadaan semasa di perpustakaan kita.

Dimanakah kita?

Ingat,Sila patuhi setiap peraturan sebab Pengguna yang engkar akan diminta meninggalkan perpustaakaan dan tidak dibenarkan menggunakan kemudahan dan perkhdimatan perpustakaan.Pihak perpustakaan berhak berbuat demikian.Takut tak?




Kak Limah tidak dibenarkan memasuki perpustakaan kerana tidak mematuhi etika berpakaian

Pertunangan Zuria Akmal

Assalamu'alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.





4 Mac 2011 (Jumaat)

Segala persiapan sedang dijalankan seperti memasang khemah dan memasak untuk jamuan para tetamu yang dijemput hadir bagi memeriahkan majlis pertunangan yang bakal diadakan.Emak adalah orang paling sibuk sekali bagi memastikan segalanya berjalan lancar.Fitrah seorang Ibu.


5 Mac 2011 (Sabtu)

Setelah selesai segala persiapan,maka keluarga kami menanti dengan penuh sabar ketibaan rombongan peminangan pihak lelaki.Rombongan peminangan tiba dalam jam 12.45 tengahari,dengan jumlah lebih kurang 60 orang wakil daripada pihak lelaki.Kedatangan disambut,salam bertaut.Datang beradat,datang membawa hajat.

Tanpa berniat mahu melengahkan sesuatu perkara yang baik majlis dibuka,bicara bermula.Maka dimuafakatkan kata untuk mengikat hati teruna dan dara.Oleh kerana telah ada disentuh ketika majlis merisik terdahulu,maka tidaklah menjadi terlalu panjang perbincangan antara kedua pihak.Tarikh dan hantaran dimuktamadkan.Lantas diumumkan kepada semua yang hadir tentang pertunangan secara rasminya.

Diserahkan juga dulang hadiah daripada pihak lelaki sebanyak 5 dulang,dibalas oleh pihak perempuan 7 dulang.

Upacara menyarung cincin pertunangan dimulakan dengan bakal ibu mertua menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya.Majlis berlangsung dengan penuh meriah dan ceria.Kilatan flash kamera  pancar memancar berkilauan mengabadikan detik indah tersebut.Manis sekali adik perempuan saya.Seterusnya sesi bergambar bersama para rombongan dan sanak saudara.

Para tetamu yang hadir dijemput untuk menjamu selera dengan juadah hidangan tengahari yang telah disediakan.Majlis berakhir setelah rombongan lelaki memohon berundur diri  sekitar jam 3.45 petang.

Alhamdullilah,syukur ke hadrat Illahi kerana semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.Terima kasih diucapkan kepada  semua yang hadir dan turut menyumbang tenaga dalam memastikan kelancaran majlis pertunangan ini.Doakanlah agar pertunangan ini berjaya hingga ke jingjang pelamin.

FOTO

































PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...