Monday, March 7, 2011

Pertunangan Zuria Akmal

Assalamu'alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.





4 Mac 2011 (Jumaat)

Segala persiapan sedang dijalankan seperti memasang khemah dan memasak untuk jamuan para tetamu yang dijemput hadir bagi memeriahkan majlis pertunangan yang bakal diadakan.Emak adalah orang paling sibuk sekali bagi memastikan segalanya berjalan lancar.Fitrah seorang Ibu.


5 Mac 2011 (Sabtu)

Setelah selesai segala persiapan,maka keluarga kami menanti dengan penuh sabar ketibaan rombongan peminangan pihak lelaki.Rombongan peminangan tiba dalam jam 12.45 tengahari,dengan jumlah lebih kurang 60 orang wakil daripada pihak lelaki.Kedatangan disambut,salam bertaut.Datang beradat,datang membawa hajat.

Tanpa berniat mahu melengahkan sesuatu perkara yang baik majlis dibuka,bicara bermula.Maka dimuafakatkan kata untuk mengikat hati teruna dan dara.Oleh kerana telah ada disentuh ketika majlis merisik terdahulu,maka tidaklah menjadi terlalu panjang perbincangan antara kedua pihak.Tarikh dan hantaran dimuktamadkan.Lantas diumumkan kepada semua yang hadir tentang pertunangan secara rasminya.

Diserahkan juga dulang hadiah daripada pihak lelaki sebanyak 5 dulang,dibalas oleh pihak perempuan 7 dulang.

Upacara menyarung cincin pertunangan dimulakan dengan bakal ibu mertua menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya.Majlis berlangsung dengan penuh meriah dan ceria.Kilatan flash kamera  pancar memancar berkilauan mengabadikan detik indah tersebut.Manis sekali adik perempuan saya.Seterusnya sesi bergambar bersama para rombongan dan sanak saudara.

Para tetamu yang hadir dijemput untuk menjamu selera dengan juadah hidangan tengahari yang telah disediakan.Majlis berakhir setelah rombongan lelaki memohon berundur diri  sekitar jam 3.45 petang.

Alhamdullilah,syukur ke hadrat Illahi kerana semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.Terima kasih diucapkan kepada  semua yang hadir dan turut menyumbang tenaga dalam memastikan kelancaran majlis pertunangan ini.Doakanlah agar pertunangan ini berjaya hingga ke jingjang pelamin.

FOTO

































No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...