Tuesday, June 28, 2011

Memakai Tanda Nama



Saya suka untuk menyentuh isu ini,kerana ianya merupakan hasil daripada pemerhatian saya seharian ditempat kerja.Kepentingan memakai tanda nama ketika berada di Universiti,Kolej,Sekolah,Pejabat,institusi latihan dan mana-mana tempat yang memerlukan kita memakai tanda nama sebagai tanda pengenalan diri.Saya dapati ramai yang memandang remeh tentang perkara ini.

Sejarah pemakaian tanda nama ini telah dimulakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke empat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad pada tahun 1983.Jadi,ianya bukanlah satu perkara yang baru.Tun M sendiri telah mempraktikkannya melalui dasar Kepimpinan kempen Bersih,Cekap dan Amanah yang diperkenalkan oleh beliau.



Kenapa kita perlu memakai tanda nama?

  1. Tanda nama melambangkan keperibadian seseorang dan identiti dimana dia bertugas/belajar.
  2. Memudahkan pengenalan diri dalam berurusan.
  3. Anda kelihatan profesional apabila memakai tanda nama.

Mengapa terdapat sebilangan pelajar/staf yang enggan mempamerkan tanda nama?Maybe sebab-sebab dibawah boleh diambil kira.

  1. Tidak Cool,kelihatan terlalu skema apabila memakai tanda nama.
  2. Senang hendak melindungi identiti diri dan jabatan/syarikat jika memonteng atau melakukan perkara yang menyalahi peraturan
  3. Semua orang dalam pejabat/Institusi ini dah kenal saya,dah 30 tahun saya berkhidmat.
  4. Pakai pun bukan boleh naik gaji
  5. Pakai,tak pakai sama saja.

Terdapat juga garis panduan khas yang telah dinyatakan bagi penjawat awam bagi pemakaian tanda nama ini.

Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 8 tahun 1983 (Lama sangat dah ni)

Untuk menyeragamkan pemakaian dan penggunaan tanda nama ini, peraturan peraturan berikut hendaklah di ikuti:-
  1. Semua tanda nama hendaklah dibuat daripada plastik dengan huruf berwarna putih berlatarbelakangkan hitam dan berukuran 7.5cm x 2.5 cm seperti contoh yang dilampirkan,
  2. Hanya satu nama sahaja digunakan,
  3. Tidak ada had huruf dan sais yang dikenakan dan sekiranya ejaan nama itu berlebihan ia hendaklah dipendekkan atau dikecilkan untuk dimuatkan ke dalam ukuran tanda nama yang telah ditetapkan,
  4. Gelaran-gelaran darjah kebesaran, keturunan, ‘profesion’, akademik atau ‘initial’ tidak boleh dituliskan,
  5. Nama jawatan dan logo Jabatan juga tidak harus dimasukkan dalam tanda nama berkenaan, jabatan-jabatan yang hendak menggunakan logo Jabatan, ianya hendaklah diadakan secara berasingan dari tanda nama,
  6. Tanda nama hendaklah disematkan dibaju di dada sebelah kiri, dan
  7. Tanda nama hendaklah diasingkan dari pas keselamatan.



Tanda nama juga diletakkan dipintu bilik,atas meja dan juga paparan di carta organisasi untuk kemudahan berurusan.Ianya telah menjadi satu kemestian bagi setiap Jabatan,Institusi samada Kerajaan ataupun swasta.

Kini,tanda nama telah diselaraskan sebagai alat untuk pengesahan kehadiran perakam waktu di tempat kerja,seiring dengan kemajuan teknologi semasa.Namun malangnya,selepas ,ianya diletakkan dalam laci atau merata-rata.

Sebenarnya,bukanlah susah sangat untuk seseorang itu memakai tanda nama,perkara ini seharusnya timbul daripada disiplin diri sendiri.Jangan kita asyik nak komplen itu dan ini,namun untuk melakukan hal yang senang seperti mengantungkan tanda nama pun kita masih bermasalah.Sendiri fikirlah.

Semoga kita sama-sama mendapat iktibar daripada sesuatu yang baik.



1 comment:

stramberrymanis said...

saya yg menurut perintah huhuhu...

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...