Tuesday, June 7, 2011

To Cameron Highland

3 Jun 2011 (Jumaat)
Kami bertolak ke Cameron Hingland bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Tanah Rata.Kami singgah di Temerloh bagi mengambil adik perempuan saya dari Jengka.Di Bandar Temerloh,sempatlah kami menjamu selera di tebing Sg Pahang,pekena ikan patin.Memang sangat enak.
Perjalanan ke Cameron diteruskan mengikut jalan Pos Betau,Sg Koyan Kuala Lipis.Jalan ini adalah jalan baru.Kami tiba di Tanah Rata sekitar jam 5.15 petang,penginapan telah disediakan oleh tuan rumah.
 
4 Jun 2011 (Sabtu)
Segala persiapan akhir telah dilakukan,sementara menantikan kedatangan jemputan,saya tertarik dengan persembahan alat muzik traditional yang dimainkan bagi mengiringi ketibaan pengantin.Sangat unik.

Majlis berlangsung,tetamu mulai memenuhi ruang khemah yang disediakan,masakan yang sediakan untuk majlis inimemang tip top,ramai yang memuji.Pengantin tiba dalam jam 1.30 tengahari selepas Zohor.



 
Kami sekeluarga merancang untuk bermalam 1 malam lagi,kami menginap di Iris Resort.kesesakan lalulintas di Cameron ini membuatkan saya terkejut,lebih sesak dari pada KL.Maklumlah,kebetulan bertembung dengan cuti sekolah.Maka berpusu-pusu orang ramai membawa keluarga datang melawat Tanah Tinggi ini.Saya dan ayah sendiri terperangkap dari Kg Raja ke Brinchang selama hampir 3 jam,5 petang hingga 8 malam.Kereta saya juga turut mengalami kerosakan (clutch terbakar) disebabkan terlalu lama terperangkap dalam kesesakan lalulintas (Betul-betul depan ShellBrinchang)
5 Jun 2011 (Ahad)
 
Check Out dari Iris Resort pada jam 10pagi, Saya juga sempat membawa keluarga ke kawasan tumpuan untuk membeli sayuran dan souvenier.Sebelum itu saya perlu mendapatkan hotel sementara menantikan kereta siap dibaiki. Kadar sewa Hotel pada musim cuti persekolahan di Cameron amatlah tak masuk akal dan mahal.Hotel yang berharga RM45.00 semalam boleh menjadi RM200.00.Itupun masih boleh meningkat ikut suka hati pemilik hotel mahu charge berapa.Maklumlah,permintaan melebihi penawaran.Saya memilih Hotel BB untuk bermalam.

 
Saya berterima kasih yang tak terhingga pada Aman,sepupu saya yang telah banyak membantu kami sewaktu kereta kami rosak.Ketika kereta kami dihantar ke bengkel,Masih banyak kereta lain yangmengalami kerosakan yang hamper sama menantikan giliran untuk dibaiki.Nasib baiklah mekanik tersebut kawan dia,bolehlah dapat awal (no 1).Harga pon dikira murah sedikit berbanding kereta lain(kena sabtu petang,Ahad kedai tutup)Mekanikkena turun Ipoh untuk ambil barang.
 
Kereta kami siap dibaiki pada jam6.30 petang.Aman datang menghantar kereta.Total Cost baiki kereta ialah RM550.00.
6Jun 2011 (Isnin)
Kami bersiap untuk pulang,check out dari Hotel BB pada jam 9.00 pagi dan bersarapan,kami singgah di Bharat Tea untuk membeli Tea dan melihat lading teh.Lebih kurang 5Km dari Tanah Rata.
Untukperjalanan pulang,kami memilih untuk ikut Highway terus dari Tapah ke Ayer Kroh.Dari Ringlet,kami singgah di Lata Iskandar sebelum meneruskan perjalanan pulang.
 
Kami tiba di Melaka sekitar 430 petang.Penat.
SyukurSelamat Tiba.

2 comments:

Azman Hj. Ayup said...

Kesesakan yg telah dijangka. Apapun syukur, perjalanan selamat...

Unknown said...

Tuan boleh kongsi bengkel tersebut... kereta sy rosak di cameron tq 0193671493

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...