Umat islam perlu mengambil peluang Istiwa Matahari ini untuk menentukan arah Kiblat masing-masing.Untuk menambahkan lagi keyakinan kita dalam mengagumi kebesaran Allah SWT pada umat islam.Kita tidak akan berasa sangsi lagi berkenaan arah kiblat ketika menunaikan solat dirumah.
Tarikh 28/5/2011 jam 5.16pm adalah waktu berlaku fenomena unik Istiwa Matahari di atas Kaabah waktu kedudukan matahari tepat di atas Kaabah. Ketika ini matahari dan bumi berada pada kedudukan yang cukup unik, dan sudut yang cukup tepat dan sesuai bagi umat Islam untuk menyemak kembali arah kiblat kita. Setiap tahun pada tarikh 28 Mei jam 5.16pm dan 16 Julai jam 5.28pm kecuali untuk tahun lompat pada tarikh 27 Mei jam 5.16pm dan 15 Julai jam 5.28pm waktu berlakunya fenomena Istiwa Matahari di atas Kaabah.
Menjelang tarikh dan masa tersebut, kita hanya perlu bersedia dengan peralatan yang paling ringkas – tongkat atau tiang tegak yang disinari cahaya matahari, dan jam yang telah diselaraskan dengan waktu piawai Malaysia (hubungi talian 1051 untuk membetulkan jam anda). Anda juga boleh menggunakan sisi dinding, tingkap atau pintu yang tegak dan boleh menghasilkan bayang yang lurus. Cara yang lebih lengkap boleh diperolehi di Falak Online.
Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 190-191 yang maksudnya :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal”"(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka“
Itulah KEAGUNGAN ALLAH SWT. Selangkah kita mencari ALLAH SWT 10 langkah ALLAH SWT dekat kepada kita. Walaupun terlepas untuk tarikh 28/5/2011 masih ada sekali peluang iaitu pada 16/7/2011 jam 5.28pm.
Lepas itu,bolehlah kita melayan Liverpool VS Harimau Malaya dengan tenang.Kewajiban pada agama perlu diutamakan.
No comments:
Post a Comment