Sutera Bidadari adalah Novel ke 5 dalam siri Bagaikan Puteri.Karya Ramlee Awang Mushid .Bermula dengan Bagaikan Puteri(BP),Cinta Sang Ratu(CSR),Hijab Sang Pencinta(HSP),Cinta Sufi (CS) dan terkini Sutera Bidadari(SB).Pengembaraan SAIFUDDIN BIN JALIS diteruskan lagi.
Flashback
Pada novel terakhir,Cinta Sufi,Saifuddin cedera parah dalam pertempuran di hulu Melaka dengan askar Portugis,ditembak di bahagian dada lantas diselamatkan oleh Laksamana Hang Tuah.Cara yang sama digunakan oleh RAM seperti dalam Hijab Sang pencinta (Ditembak ketika akad nikah).Dan semestinya Saifuddin akan dipulihkan,dan kali ini melalui rawatan Hang Tuah.
Dalam awal Sutera Bidadari (SB),RAM cuba mengolah kembali segala persoalan dengan menceritakan kisah Raja Roman *(Taghut).Watak jahat yg telah menyesatkan Nyi Burga Kelara,Manggala dan Maharani Pulau Utara.Pada pendapat saya,RAM cuba merungkai persoalan yg ditimbulkan bermula HSP(Terlalu banyak plot tergantung).Pada masa yang sama juga,RAM mewujudkan misteri baru iaitu siapa Saifullah,Pencarian Catatan Maryam dan Keris Nanggroe.
Pengembaraan
Pengembaraan sebenar bermula apabila Saifuddin memunculkan dirinya selepas hampir empat purnama bersembunyi bersama Hang Tuah untuk menghapukan Taghut.Saifuddin juga turut diperturunkan satu jurus bayangan daripada Hang Tuah.
Di abad 21,Abid Kamal,Sharil dan Saifullah juga bergabung tenaga menjejak Elizabeth yang melarikan Catatan Maryam dan Keris Nanggroe.
Disini saya amat suka bagaimana RAM masih kekal dengan konsep dua masa yang berbeza namun masih mempunyai kaitan.Setiap jalan ceritak diolah dengan kesinambungan yang jitu.
Misteri,plot pengembaraan
Kali ini Saifuddin sering didatangi mimpi,yang berkaitan dengan Sang Dewi yang senantiasa menyeru dirinya untuk mampir ke negeri bernama Inderipuri.Pada awalnya agak suspen,namun bila dinyatakan oleh Hang Tuah dan Saifuddin yg ianya berkaitan dengan Pulau Utara dan Maharani.Ianya terkesan diawal lagi,semestinya RATNA SANG RATU.Disini saya agak kecewa kerana plot ini Berjaya dirungkai terlalu awal.Namun misteri masih belum terungkap sepenuhnya,sebab secara nyata dalam CSR,Ratna mati dipangkuan Saifuddin selepas ditikam Maharani dan dikuburkan disana serta tenggelam ke dasar lautan Hindi.
Misteri Saifullah adalah yg paling menjadi bagi saya,hingga langsung tak terfikir yang Saifullah itu sebenarnya adalah....warisan LS.Dan pada pengakhiran,LS telah menerima 2 orang murid iaitu Panglima Awang Bagan dan Indera.
Saya merasa agak terkilan sebagaimana yang terjadi ketika membaca Cinta Sufi(Hang Tuah ada naga),dimana kali ini RAM mewujudkan Vlad The Impaler sebagai musuh Saifuddin,agak lucu.Adakah RAM telah kehabisan imaginasi sehingga perlu memasukkan watak vampire Bram stoker kedalam novel beliau.Saya terasa amat lucu sekali.Dalam keseluruhan novel ini.Bahagian inilah yang betul-betul buat saya rasa nak tergelak.Hilang terus suspen!
Klise:Maryam diselamatkan daripada puak pemakan daging manusia (Tinae) ketika lehernya hampir disembelih.Sama dengan Haryani ketika berada di Brunei dalam Bagaikan Puteri.
Sadik turut terkorban..mungkin sudah ditakdirkan,setiap tentera Allah SWT beroleh syahid sebagai anugerah terindah.
Paling akhir dinyatakan bahawa Saifuddin akan bertemu Sang dewi yang dikatakan Isterinya (Ratna,Ratu Sulaman.)Ini sekaligus akan membawa kepada sambungan seterusnya dalam Novel Epik Bagaikan Puteri.Saya berharap agar sambungan kepada siri ini adalah yang terakhir.
Secara keseluruhannya,hasil tangan RAM tidak pernah mengecewakan saya terutamanya siri feveret peminat novel thriller islamik seantero Malaysia.
Mesti dimilki!
No comments:
Post a Comment