Hari ini saya menghadiri Kuliah Dhuha Perdana di Baitul Qurro,Paya Sum,Sg Udang.Ini merupakan kali kelima saya kesana.Kali ini Kuliah disampaikan oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al- Maki.
Syeikh Nuruddin memulakan kuliah dengan pujian kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW.Tuan Syeikh juga menekankan betapa majlis ilmu yang diadakan ini seumpama sebuah perkampungan yang penuh barakah.Hadirin yang hadir ke majlis ini semestinya bukan atas kepentingan peribadi semata.Para malaikat bergerak keseluruh pelusuk alam mencari majlis ilmu ini.Kepada mereka yang hadir ke majlis ilmu,Allah SWT bersaksikan bahawa tiada siapa akan celaka walau apa jua tujuannya berada disitu.
Tuan Syeikh Nuruddin juga memaklumkan bahawa berada bersama para alim ulamak akan mendapat biasan daripada amal soleh alim ulamak tersebut.Beliau menyampaikan kuliah dengan secara santai.Tidak terlalu serius dan kepelbagaian cara untuk menarik perhatian yang hadir.Saya tidak menduga yang Syeikh Nuruddin juga sesekali membuat lawak,ternyata dia juga adalah orang yang ada lucunya serta mudah mesra.
Hadith yang dibicarakan oleh Tuan Syeikh Nuruddin ialah Hadith 40 Imam Nawawi iaitu berfokuskan Perihal Niat.Setiap amalan tertakluk kepada niat.Seseorang akan mendapat balasan berdasarkan niat perbuatannya.
Sesi Soal jawab turut dibuka untuk para tetamu berinteraksi dengan Syeikh Nuruddin untuk sebarang permasalahn yang berkaitan agama.
Soalan 1:Siapakah Mujaddid?
Allah SWT akan menghantar/memilih seorang bagi setiap zaman sebagai mujaddid untuk mengingatkan/mempebaharui akan urusan agamaNYA.Namun bukanlah ajaran yang baru,dia tetap akan bersandarkan Al Quran dan Hadith.
Soalan 2:Fiqh Aulawiyat (Keutamaan)
-Manakah lebih utama,pergi ke Majlis Ilmu atau Penyucian jiwa?
-Manakah lebih utama,pergi ke Majlis Ilmu atau Berdakwah?
Utamakan bidang dimana kita berada kerana ilmu yang terlibat dengan bidang yang kita ceburi adalah lebih utama.Masyarakat kini tidak kekurangan ulamak,kita ada ramai ulamak,artist pun sudah jadi ulamak.Namun masyarakat kekurangan "Role Model" untuk dijadikan ikutan.Kerana ilmu yang ada mesti diterjemahkan dalam kehidupan harian.
Allah SWT tidak akan mengubah kehidupan seseorang bukan dengan mengubah Politik,Ekonomi dll,tapi dengan mengubah dirinya sendiri terdahulu.Mereka mesti merubah diri mereka sendiri barulah perkara lain akan berubah.
Soalan 3:Hukum Hias Lampu Warna Warni dalam masjid
Masjid itu sendiri hendaklah mempunya ciri-ciri Khas yang menunjukkan ianya sebuah masjid.
Masih terdapat beberapa soalan lain yang dikemukakan secara bertulis mahupun lisan,namun hanya ini yang sempat saya cerat dan catatkan.

Majlis Berakhir sekitar jam 11.45 pagi.Para hadirin bersalaman dengan Tuan Syeikh Nuruddin.Mohon dihalalkan ilmu yang dipelajari dari beliau.
Insya Allah,ada usaha kita untuk memperbaiki diri,tak lambat cepat pasti akan membuahkan hasil,tak banyak,sikit pun takpe.Bukankah Allah SWT Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat dalam diri kita.
1 comment:
Alhamdulillah... terima kasih tuan atas catatan di atas.. Sesekali membaca catatan dalam bentuk tulisan lebih bermakna dari menonton video...
Foto suasananya juga nampak meriah..
Post a Comment