Friday, June 28, 2013

Teratak Kami (07) : Mengecat

Assalamualaikum,

Seperti yang dibagitau sebelum ni, kali ini entri adalah berkenaan mengecat rumah. Siling lepa da siap pasang. Saya minta pekerja di tapak perumahan  (warga indonesia) untuk mengecat rumah kami. Mula plan saya sendiri nak cat. Tapi bila memikirkan tiada kepakaran dan kurang masa (+ malas). Saya jumpa Hamdani (Tukang Cat) dan minta dia ke rumah sekejap untuk bincangkan pasal cat. Setelah sembang lebih kurang. Dia kata RM200.00. Saya kata mahal, minta kurang sket. Dia bagi RM170.00. Cat siling, dan ruang tamu. Kira okla. Maklumat pasal cat juga turut diberitahu. Yelah, berapa liter cat untuk keluasan ruang yang hendak di cat.

Ok, disini saya berikan perincian mengenai cat dan berapa liter cat yang digunakan.


  • Ruang sebelah Tingkap kami gunakan Warna Eclipse Grey (Jotun Majestic Pearl Silk) 7 Liter

  • Ruang sebelah Bilik kami gunakan Warna Siena Orange (Jotun Majestic Pearl Silk)  7 Liter

  • Feature Wall yang pada asalnya warna oren terang kami warnakan Full Wine (Nippon)  2 Liter

Semua sekali kos membeli cat ialah RM400.00. Cat siling kami tak payah beli sebab Hamdani gunakan cat yang sedia ada. DIA beri kami Cat Putih Jotun dengan tambahan RM30.00. Dapat jimat duit sebab di kedai harga RM70.00. Selain itu, dapat juga jimat duit, tak payah beli segala roler dan peralatan mengecat yang lain.Guna tukang cat punya saja.

*Suka saya nak berkongsi maklumat, yang kalau kita pilih cat. Jangan ikut apa yang dipaparkan dalam color advisor yang disediakan oleh Web.Memang lain. Dia kena tengok di katalog warna cat tu yang sebenar. Saya 2-3 hari main design color di ineternet. Itu antara tips yang diberikan oleh tokey kedai cat.

* Tips kedua ialah. Setiap kedai cat jual cat yang sama dan kualiti yang sama. Maknanya takda masalah nak beli cat dimana anda suka sebab kualiti takkan berubah. Yang kena prihatin ialah HARGA. Saya beli dikedai  A, 1 liter Nippon Silk harga RM34.00. Dikedai B pula 1 liter RM31.50. BEZA KAN? Tapi yelah, takkan nak pergi sebey setiap satu kedai cat. sekadar perkongsian.

* Pilih warna yang anda suka, bukan yang kawan anda suka, bukan yang pakcik/makcik anda suka. YANG ANDA SUKA.


Sebab Hamdani ni memang specialist dia dalam mengecat saja, maka untuk cat siling tak sampai 1 jam da siap. Dia buat dari jam 12 hingga 1 tengahari. Kami datang hantar cat dinding time rehat (1 -2 petang). Petang balik kerja kami ke sana tengok dia mengecat dinding. Say minta dia cat dalam bilik sekali sebab ada cat lebih (maknanya tak sampai 7 liter). Memang lainla kalau orang biase mengecat dengan amatur. Sekejap dan kemas je diaorang buat. Nampak macam mudah pulak.

Kerja mengecat yang bermula 6 petang siap dalam jam 7.45 malam. Namun Dani kata ada beberapa bahagian lagi dia nak buat kemasan. Namun secara kasasrnya saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Ketika kami nak balik, team wiring pulak datang nak sambung kerja.

Sekarang tinggal kabinet Dapur yang masih tertangguh.

                                                                      This is it.













Selepas rumah dicuci..lain warna bila kena dengan lighting.

















Monday, June 24, 2013

Teratak Kami (06) : Siling Lepa

Assalamualaikum

Ok, memang jadi impian saya untuk memasang siling lepa (Siling kapur, siling plaster) ni. Sevey2 dalam google nampak anggun sangat. Ada banyak syarikat yang buat siling lepa di Melaka. Tapi taklah kami pergi setiap satu.Letih le.Mula mula kami deal dengan Ho Siling. Ini si Harul yang rekomenkan sebab dah buat kat umah dia. Deal dengan Ivan. Siap ukur dan dapat harga RM1.5 K just for hall and bilik sket. Tapi tarikh untuk dia pasang pulak lambat. Lepas tu pergi plak deal dengan kompani area taman. Memang hampeh.Kerek je, projek kecik2 tak mahu layan.Its ok.Lu yang rugi bukan aku.

Lastly kami deal dengan Lai, Kedai dia dekat Nasi Yam Singapore di Krubong. Tak jauh pun. Memang terbaiklah Lai ni. Dia faham apa yang customer mahukan serta siap diberikan beberapa design yang sesuai dengan rumah yang diduduki. Orangnya pula sangat lucu dan suka berbual. Kami dapat best price dengan dia dan design yang dicadangkan sangat menarik.

Lai siap tak mahu amik deposit sebab dia kata bila dah amik deposit customer suka desak buat cepat2 walaupun masa deal diberitahu akan dibuat dalam masa 2 minggu. Tak sampai 2 hari dah telefon bila mahu buat.Hehehehe..memang kelakar Lai.

Seminggu je lepas deal. Lai call kata team dia datang nak pasang. Time tu hari Sabtu 22 Jun 2013. Kata nak strat buat jam 8 pagi. Esok je tepat 8 Pagi dah siap telefon mintak buke rumah. terkejut jugak le. Sebab besenya orang cakap je jam 8 pagi, tapi hampeh. tapi this time lain. Terpisat pisat la saya mandi dan pergi buka pintu. Very commited to the jobs mereka ni.




So This is it.



<Ah Seng >

Tengok bahagian palang dua batang tu.Mula mula tak terpikir kami nak buat design gitu.Ingat nak buat kotak kosong macam gambar diatas. Tapi Lai kasi tau buat kotak camtu tak cantik sebab rumah jenis panjang.


Akhirnya dah siap.


Front View


Back View



Semua tu akan dipasang T5 punya lampu.Memang ada yang kata buat siling camni akan jadi tempat cicak berak dan berabuk. Tapi terpulanglah. Kalau dah sanggup buat. sanggup le cuci :) (Macam rajin je). Ada juga kata membazir elektrik sebab T5 watt besar. At least design ni nak kena guna 18 batang T5 yang berukuran 4 kaki. Tapi bukan kita pasang sepanjang masa. Rasa nak pasang baru pasang. Jadi, tak perlulah saling kata mengata. Kami suka kami buat. Anda tak suka jangan buat. Namun terima kasih atas setiap nasihat dan pandangan yang diberikan.

Lampu untuk main hall kami pakai downlight LED. Energy saving (jimat cermat). Tapi agak mahal sket berbanding downlight biase. 
Kalau pakai downlight biasa. Nanti kemudian boleh je tukar mentol yang LED. Tapi beli yang pakai pusing ok. Jangan beli yang pakai lekat. Payah nak tukar lampu.

After this..proses mengecat la pulak. Semua nak kejar before raya. Dalam bulan puasa ni jugak le agaknya pindah.


Siling Yang Dah Siap







UPDATE 2 OKTOBER 2014

NO CONTACT UNTUK PLASTER SILING IALAH :0163020302 (LAI)










Teratak Kami (05) Grill

Assalamualaikum...

Akhirnya grill rumah kami telah siap dipasang. Grill adalah amat perlu untuk setiap rumah baru pada masa kini terutama ianya melibatkan aspek keselamatan. Sekurang kurangnya ianya adalah ikhtiar kita dalam mencegah kejadian pecah rumah atau sebarang kejadian jenayah daripada terjadi.

Grill ni ada pelbagai jenis:

-Stainless Steel

-Wrought Iron

-Normal iron

-Mild steel

-Aluminium 


Kami pilih Wrought Iron, tapi tidaklah yang paling tebal sebab kosnya pun akan jadi tebal juga. Saya pula suka design yang ringkas. Ada bunga dan kerawang sikit sikit tu standard la kan.Gambar berkabus sebab jerebu.










Monday, June 17, 2013

Teratak Kami ( Episod 04) Wiring

 Wiring

Status paling latest rumah kami kini ialah sedang buat wiring. Kebanyakan plug point yang disediakan oleh pemaju memang ok. Cuma kami tambah sket dibeberapa tempat.


  1. Di porch kereta 
  2. Di hall
  3. Plug untuk mesin basuh sebelah belakang.
  4. Point Air cond ( Bilik dan Ruang tamu)
Yang lain  macam kipas dan lampu. Untuk lampu saya pilih downlight. Sebab memang berkenan sangat dan nampak kemas je pada siling rumah. Untuk buat wiring ni kami sebey juga dengan beberapa syarikat dan orang persendirian. Memang kena sebey dan buat perbandingan baru dapat buat keputusan yang berbaloi dengan RM yang bakal dikeluarkan. Macam saya, memang prefer yang kawan- kawan cadangkan sebab lebih berkeyakinan.

Kami bersetuju untuk gunakan khidmat Ejam Eletrician  (Melayu Islam diutamakan)

So, buat masa ini proses wiring tertangguh seketika sebab nak selaraskan dengan plaster siling yang amik masa 2 minggu lagi nak buat. Orang rumah dah cukup teruja. Tapi sebab kena sound awal2 dengan Lai Siling jangan asyik telefon dia. Maka kami pun bersobar la seadanya.

Inilah antara proses wiring yang sedang berlangsung di teratak kami.


Nizam yang baju merah tengah ukur




Point Porch


Point Air cond



Kipas bilik Haaris (Kipas murah je)



Downlight dapur


Lampu bilik tengah


Lampu bilik air








UPDATE NOVEMBER 2014

NIZAM WIRING :0123548349 














Teratak Kami ( Episod 03) Tinted

Assalamualaikum

Tinted
Sabtu 22 Jun 2013

M.K Metal yang berurusniaga dengan kami telefon kata dah siap pasangkan Tinted. Sekarang ni macam dah jadi trend pulak pasang tinted. So, kami pun terpersonalah juga. Lagipun tengok rumah sekitar yang ada semua pasang tinted. Ada pelbagai warna dan pilihan. Perkara tinted ni tak payah risau. Berlambak offer yang dapat dalam letterbox pasal segala macam perkhidmatan tinted ni. Lagi pun pasang tinted ni selain nampak cool. Dapat juga menjimatkan kos pemasangan langsir (untuk sementara waktu).Pantul haba dan menambahkan privasi rumah kita.Sonang sket nak berlenggang kangkung dan bermesra mesraan dengan isteri bila dah pasang tited. Orang tak nampak kita dari luar, tapi kita nampak orang:)

Pasang tinted ni terpulanglah nak color apa. Tapi kami pilih color hijau sebab contra dengan rumah so nampak menyerlah.


Ku lihat hijau


Ni tak cuci tingkap lagi




Imej dipantulkan


Haaris

Teratak Kami ( Episod 02) Air & Elektrik

Assalamualaikum


Elektrik & Air

Sambung lagi cerita pasal nak masuk rumah, nak duduk dirumah kena ada 2 benda penting ini. Elektrik dan Air. Ok, pergi dekat pemaju (Hillpark) dan jumpa Noor (Pekerja yang sangat komited dalam membantu client mereka) dan dapatkan surat (CF) daripada pemaju untuk urusan  pemasangan letrik dan air. Sebab ni rumah taman, maka pemaju dah sediakan semua dokumen. Jadi takde masalah. Kami pun pergi ke UTC (23 Mei) di bandar Melaka. Memang tip top sangat servis yang diberikan oleh kakitangan disana. Kos bagi pemasangan letrik dan air ialah.

Elektrik TNB : RM220.00

AIR: RM120.00

Setem Hasil : RM20.00

Jumlah semua sekali ialah : RM380.00 Sahaja





Nak citer juga lah bab air ni terutamanya. Bab eletrik takda masalah. Dua hari datang dah siap pasang. Air ni je yang ada hangin sket. Pemaju kata meter kena bagi pada mereka untuk mereka pasang. Dalam 2-3 hari akan siap pasang. Namun demikian, hampir tiga minggu baru dipasang. Macam biasalah. setelah menefon beribu kali untuk mengingatkan tentang pemasangan. Akhir terpasang la juga. So, kena cek la samada paip sekalian itu dipasangkan dengan sempurna. Buka setiap paip air dan pastika air terpancut dengan lajunya.


Nampak air hujan turun mencurah?

Teratak Kami ( Episod 1) The Begining

Assalamualaikum

Dalam masa dua bulan terkini sibuk nak uruskan  kediaman baru kami. Untuk makluman saya dan isteri telah membeli sebuah rumah Semi D di Taman Keris Satria, Sg Udang, Melaka. Maka selepas ini saya akan semakin jauh dari tempat kerja (+ 11KM) dari jarak sekarang (Taman Krubong Jaya). Tapi tak mengapalah, sampai bila nak menyewakan?

Selepas terima kunci (Tak ingat tarikh) dalam 3 minggu lepas (Mei 2013). Maka kami telah letakkan sasaran untuk masuk rumah sebelum syawal. Tapi nampak gayanya macam tak sempat je. Jadi sasaran seterusnya adalah sebelum Aidilfitri. Orang kata nak beraya dengan rumah baru, tapi bagi saya itu bukan sebab utama. Alasan paling nombor 1 ialah....Tak larat nak bayar sewa dan payment rumah sendiri.

Kalau nak tahu detail pasal rumah ni. Boleh click link berikut 


Rumah kami ialah PT2105.



Nak cerita banyak banyak malas den nak menaip:)

Peringkat Awal pembinaan

Ok, ni adalah gambar gambar awal masa rumah tu sedang disiapkan, kelihatan keluarga saya turut melakukan site visit. Yang rumah ada rumput empuk tu adalah rumah contoh. (Budak bernama Muhammad Haaris Zafran masih dalam perut ketika ini)






Terima Kunci & Spot Check

Bila dah terima kunci maka secara otomatik rumah itu adalah sepenuhnya dibawah tanggungjawab kita. So, apalagi, saya dan isteri telah pergi ke rumah kami (dan bank) untuk periksa defact. Memang pastilah ada, namun bukanlah yang major2. Tapi bab sampah sarap tu memang level tertinggi (Jadi motel pekerja antarabangsa). Inilah antara faktor awal yang buat kami tertekan. Bengkek je arse setiap kali ulang ke teratak indah kami tengok pekerja antarabangsa tengah gedik santai.


Bersepah sepah



Bersih tak? (Bersih 3.0 pun tak sebersih ni)


Retak menanti belah





Berkilat lantai dan diding


Ok, itu hanyalah sebahagian gambaran indah untuk tatapan anda. Banyak lagi sebenarnya. Malas nak cerita lebih lebih. Nanti hati jadi sedih dan pedih. Tapi tak mengapa, pemaju akan beri borang untuk aduan sebarang kerosakan (defact). Cuma perlu isikan dan hantar kepada site supervisor untuk diambil tindakan. Dan, suka diingatkan anda bahawa kami teramat selalu mengingatkan supervisor tersebut (lebih 21 juta kali) untuk memastikan setiap aduan diambil tindakan segera.



PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...