Assalamualaikum,
Seperti yang dibagitau sebelum ni, kali ini entri adalah berkenaan mengecat rumah. Siling lepa da siap pasang. Saya minta pekerja di tapak perumahan (warga indonesia) untuk mengecat rumah kami. Mula plan saya sendiri nak cat. Tapi bila memikirkan tiada kepakaran dan kurang masa (+ malas). Saya jumpa Hamdani (Tukang Cat) dan minta dia ke rumah sekejap untuk bincangkan pasal cat. Setelah sembang lebih kurang. Dia kata RM200.00. Saya kata mahal, minta kurang sket. Dia bagi RM170.00. Cat siling, dan ruang tamu. Kira okla. Maklumat pasal cat juga turut diberitahu. Yelah, berapa liter cat untuk keluasan ruang yang hendak di cat.
- Ruang sebelah Tingkap kami gunakan Warna Eclipse Grey (Jotun Majestic Pearl Silk) 7 Liter
- Ruang sebelah Bilik kami gunakan Warna Siena Orange (Jotun Majestic Pearl Silk) 7 Liter
- Feature Wall yang pada asalnya warna oren terang kami warnakan Full Wine (Nippon) 2 Liter
Semua sekali kos membeli cat ialah RM400.00. Cat siling kami tak payah beli sebab Hamdani gunakan cat yang sedia ada. DIA beri kami Cat Putih Jotun dengan tambahan RM30.00. Dapat jimat duit sebab di kedai harga RM70.00. Selain itu, dapat juga jimat duit, tak payah beli segala roler dan peralatan mengecat yang lain.Guna tukang cat punya saja.
*Suka saya nak berkongsi maklumat, yang kalau kita pilih cat. Jangan ikut apa yang dipaparkan dalam color advisor yang disediakan oleh Web.Memang lain. Dia kena tengok di katalog warna cat tu yang sebenar. Saya 2-3 hari main design color di ineternet. Itu antara tips yang diberikan oleh tokey kedai cat.
* Tips kedua ialah. Setiap kedai cat jual cat yang sama dan kualiti yang sama. Maknanya takda masalah nak beli cat dimana anda suka sebab kualiti takkan berubah. Yang kena prihatin ialah HARGA. Saya beli dikedai A, 1 liter Nippon Silk harga RM34.00. Dikedai B pula 1 liter RM31.50. BEZA KAN? Tapi yelah, takkan nak pergi sebey setiap satu kedai cat. sekadar perkongsian.
* Pilih warna yang anda suka, bukan yang kawan anda suka, bukan yang pakcik/makcik anda suka. YANG ANDA SUKA.
Sebab Hamdani ni memang specialist dia dalam mengecat saja, maka untuk cat siling tak sampai 1 jam da siap. Dia buat dari jam 12 hingga 1 tengahari. Kami datang hantar cat dinding time rehat (1 -2 petang). Petang balik kerja kami ke sana tengok dia mengecat dinding. Say minta dia cat dalam bilik sekali sebab ada cat lebih (maknanya tak sampai 7 liter). Memang lainla kalau orang biase mengecat dengan amatur. Sekejap dan kemas je diaorang buat. Nampak macam mudah pulak.
Kerja mengecat yang bermula 6 petang siap dalam jam 7.45 malam. Namun Dani kata ada beberapa bahagian lagi dia nak buat kemasan. Namun secara kasasrnya saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Ketika kami nak balik, team wiring pulak datang nak sambung kerja.
Sekarang tinggal kabinet Dapur yang masih tertangguh.
This is it.
Selepas rumah dicuci..lain warna bila kena dengan lighting.
3 comments:
Salam tuan, boleh saya dapatkan nombor contact en hamdani?
Ini email saya: szainab.ibr@gmail.com
Terima kasih. :)
wsalam puan zainab
Maaf saya takde simpan nombor hamdani.
hamdani ni pekerja indonesia yang ikut kontrak perumahan..skrg dia dah takde kat melaka.saya diberitahu oleh supervisor situ dia dah buat kerja di johor.
salam kak! review and posts, semua mantap.. klu ada contact number semua contractor tu lg best.
keep writing :)
Post a Comment