Dalam masa dua bulan terkini sibuk nak uruskan kediaman baru kami. Untuk makluman saya dan isteri telah membeli sebuah rumah Semi D di Taman Keris Satria, Sg Udang, Melaka. Maka selepas ini saya akan semakin jauh dari tempat kerja (+ 11KM) dari jarak sekarang (Taman Krubong Jaya). Tapi tak mengapalah, sampai bila nak menyewakan?
Selepas terima kunci (Tak ingat tarikh) dalam 3 minggu lepas (Mei 2013). Maka kami telah letakkan sasaran untuk masuk rumah sebelum syawal. Tapi nampak gayanya macam tak sempat je. Jadi sasaran seterusnya adalah sebelum Aidilfitri. Orang kata nak beraya dengan rumah baru, tapi bagi saya itu bukan sebab utama. Alasan paling nombor 1 ialah....Tak larat nak bayar sewa dan payment rumah sendiri.
Kalau nak tahu detail pasal rumah ni. Boleh click link berikut
Rumah kami ialah PT2105.
Nak cerita banyak banyak malas den nak menaip:)
Peringkat Awal pembinaan
Ok, ni adalah gambar gambar awal masa rumah tu sedang disiapkan, kelihatan keluarga saya turut melakukan site visit. Yang rumah ada rumput empuk tu adalah rumah contoh. (Budak bernama Muhammad Haaris Zafran masih dalam perut ketika ini)
Terima Kunci & Spot Check
Bila dah terima kunci maka secara otomatik rumah itu adalah sepenuhnya dibawah tanggungjawab kita. So, apalagi, saya dan isteri telah pergi ke rumah kami (dan bank) untuk periksa defact. Memang pastilah ada, namun bukanlah yang major2. Tapi bab sampah sarap tu memang level tertinggi (Jadi motel pekerja antarabangsa). Inilah antara faktor awal yang buat kami tertekan. Bengkek je arse setiap kali ulang ke teratak indah kami tengok pekerja antarabangsa tengah gedik santai.
Bersepah sepah
Bersih tak? (Bersih 3.0 pun tak sebersih ni)
Retak menanti belah
Berkilat lantai dan diding
Ok, itu hanyalah sebahagian gambaran indah untuk tatapan anda. Banyak lagi sebenarnya. Malas nak cerita lebih lebih. Nanti hati jadi sedih dan pedih. Tapi tak mengapa, pemaju akan beri borang untuk aduan sebarang kerosakan (defact). Cuma perlu isikan dan hantar kepada site supervisor untuk diambil tindakan. Dan, suka diingatkan anda bahawa kami teramat selalu mengingatkan supervisor tersebut (lebih 21 juta kali) untuk memastikan setiap aduan diambil tindakan segera.
No comments:
Post a Comment