Monday, October 31, 2011

Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Azhar Idrus




30 Oktober 2011/03 Zulhijjah 1432


Saya dan isteri menghadiri Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idris (Ustaz Youtube) di Surau It-Tihadiah,Taman Desa Duyong.Difahamkan Ustaz Azhar berada dua hari di Melaka.29 Oktober di Pondok Baitul Quro,Paya Sum,Sg Udang dan 30 Oktober di tepat yang saya tuju.

Kami bertolak dari kediaman sekitar jam 6.35 petang.Apabila tiba disana dalam jam 7.05 malam,kelihatan begitu banyak kenderaan yang berpusu-pusu masuk.Setelah meletakkan kenderaan dalam jarak yang agak jauh barulah kami dapat menuju ke Surau It-Tihadiah.Sebaik tiba,saya terus menunaikan solat maghrib,sebab tiba agak lewat,maka saya terlepas untuk berjemaah bersama jemaah yang lain.

Ustaz Azhar tiba di lokasi sekitar jam 7.50 malam.Selepas memberi salam,Kuliah terus sahaja disampaikan tanpa melengahkan masa.Seperti yang sedia maklum,Ustaz Azhar adalah berasal daripada Terengganu,maka loghat Ganu sememangnya tidak dapat lari,namun tidaklah menyukarkan hadirirn yang ada untuk memahaminya.

Intipati Kuliah 

  • Ustaz memulakan kuliahnya dengan membawa hadirin berfikir tentang keagungan Surah Al Fatihah yang menjadi Ummul Kitab dan erti yang perlu dihayati dalam Surah Al Fatihah.
  • Memberikan pengertian diantara "Taufik" dan "Hidayah" dalam kehidupan kita seharian.Yang mana sering disebut dan didoakan.Menurut Ustaz,Ramai orang memperolehi "Hidayah (Petunjuk)" namun tiada "Taufik (Kekuatan)" untuk melalui Hidayah yang diberikan.
  • Menekankan betapa "Wajibnya" kewajiban Menunaikan Solat keatas umat islam sehingga digambarkan,mereka yang tidak menunaikan solat lebih sombong daripada Iblis! (Iblis dimurkai kerana enggan sujud pada Nabi Adam A.S,namun pada Allah SWT,IBLIS SUJUD) Manusia yang tidak solat pula enggan sujud pada Allah SWT.
  • Betapa umat islam pada hari ini terlalu mengagungkan Sijil,Diploma,Ijazah,Sarjana,Doktor Falsafah yang ada pada mereka.Apabila diminta memberikan makna Surah Al Fatihah,semua terngangga.
  • Anak lelaki adalah paling afdal untuk menjadi imam solat jenazah bagi kaum keluarganya berbanding orang lain.
  • Kewajiban seorang ayah,suami,saudara lelaki untuk menegur kaum wanita dalam tanggungjawab mereka untuk melaksanakan tuntutan menutup aurat.Jangan mimpi nak masuk syurga kalau kita saja buat ibadah,tapi tanggungan kita terabai.
  • Harta,pangkat dan kedudukan tidak akan membawa kita masuk syurga,apabila mati,kain putih saja yang membalut tubuh dan amalan saja yang dibawa.

Kuliah yang diberikan oleh Ustaz berlangsung selama 1 jam, untuk 1 jam seterusnya,Ustaz Azhar akan cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh para hadirin yang disampaikan melalui kertas soalan.Tiada soalan secara terus dibenarkan untuk berlaku adil berikutan terlalu ramai yang hadir.

Antara soalan yang dikemukakan,ada jua soalan yang lucu.Seperti "Bilakah Piliharaya akan diadakan?,Ustaz pangkah yang mana?" Ustaz jawab "Mana aku tau!"......gamat suasana seketika dengan gelak tawa hadirin.


Ustaz juga turut bercerita pasal Trafik light di Melaka ini lama sangat,sampai 199 saat.So,ustaz cadangkan agar sementara tunggu lampu Hijau,kita berzikir ikut kiraan yang ada.Ini juga boleh diamalkan oleh Mat Rempit:)..hahahahahahha..Ustaz memang lucu...

Kuliah berakhir sekitar jam 10.30 malam,para hadirin turut menunaikan solat Isyak bersama Ustaz Azhar.Saya yang menantikan peluang untuk bersalaman dengan ustaz kini mula memasuki barisan yang panjang bersama jemaah yang lain dan berbaloi.Ustaz kelihatan begitu tenang dalam melayani setiap jemaah walaupun mungkin agak keletihan selepas 2 jam memberi kuliah.

Semoga saya diberi kesempatan umur dan tubuh badan yang sihat serta masa yang terluang untuk terus mengikuti majlis ilmu sebegini.Insha Allah.









Nak amik gambar berdua tak sempat,terlalu ramai

















No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...