Friday, October 7, 2011

Majlis Ilmu di Baitul Qurro



6 Oktober 2011/08 Zulkaedah 1432

Saya dan isteri menghadiri sebuah majlis ilmu yang diadakan di Baitul Qurro,Paya Sum,Sungai Udang,Melaka.Walaupun ini bukanlah kali pertama saya ke baitul qurro,namun sudah agak lama juga tidak kesana.Terima Kasih diucapkan pada sahabat saya Ali dari Taman Paya Emas kerana memaklumkan tentang majlis Haul ini.

Saya dan isteri bertolak dari kediaman jam 7.45 malam dan tiba di lokasi ketika azan isyak berkumandang.
Majlis ini memang mendapat sambutan kerana kelihatan para jemaah dan jemputan memenuhi madrasah.Saya anggarkan,tidak kurang daripada 400 muslimin dan muslimah yang hadir.

Terdapat juga beberapa gerai kecil dibuka untuk menjual CD,buku-buku,kita karangan ulama-ulama yang terkenal dalam pelbagai cabang ilmu.

Saya berasa amat kesal kerna tidak membawa sebatang pen dan sehelai kertas untuk mencatatkan apa yang disampaikan oleh tuan habib.Betullah kata seorang ilmuan,"pena itu adalah tajam dari pedang".Namun saya cuba untuk mengingati apa yang termampu.Insha Allah,jika ada peluang lagi,saya sesekali akan cuba untuk tidak lalai lagi.

Kali ini yang hadir ialah tuan Habib adalah seorang warga indonesia,maka tiadalah penterjemah diperlukan.Jika tidak silap saya,habib bernama Habib Salleh Al Jufri (mohon maaf dan tolong betulkan jika silap).

Antara intipati ilmu yang dapat saya kongsikan melalui apa yang disampaikan oleh yang mulia Habib ialah kepentingan berguru daripada ulama-ulama pewaris anbia yang tinggi ilmu agamanya bagi memahami jalan kebenaran yang didambakan oleh setiap muslimin.Adalah sukar bagi muslimin untuk memahami Al Quran dan Hadith tanpa panduan daripada para guru yang membimbing mereka.

Habib menegaskan bahawa "sir" ilmu agama adalah terpelihara oleh Allah SWT hingga ke zaman kita,zaman yang juga dikenali sebagai akhir zaman dimana fitnah berleluasa.Kronologi penyampaian ilmu juga adalah daripada sumber yang sahih  semenjak zaman Rasullullah SAW,para sahabat,para tabi'in dan seterusnya turun termurun.

Habib juga menegaskan mereka yang kononya hanya mahu berpegang dengan Al Quran dan Al Hadith semata melalui pemahaman sendiri akan menyangka mereka berada di landasan yang benar,sedangkan pada hakikatnya,mereka itu tersasar jauh dari apa yang mereka sangkan benar itu.

Saya amat terkesan dengan kata-kata Habib yang mengucapkan "Marilah kita menjadi hamba Allah SWT,dengan jalan dan cara Rasullullah SAW".

Habib juga menyatakan bahawa kehadiran Rasullullah SAW adalah untuk membawa seluruh umat ke jalan Allah SWT,tidak mengira batas bangsa,umur,kedudukan dan sebagainya.Bagaimana Rasullulah SAW menangis apabila seorang Yahudi meninggal kerana terlepas darinya nikmat islam dan iman.Begitulah tinggi dan mulianya pimpinan agong kita Rasullullah SAW.Selawat serta salam keatasnya.

Saya berkesempatan untuk membeli sebuah  Kitab bertajuk Terjemahan Buku "Perihal Niat" karangan ulamak Haul Akhbar Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

Majlis haul berakhir sekitar jam 9.40 malam dengan bacaan doa daripada tuan habib yang memohon keberkataan dan keredhaan Allah SWT untuk setiap muslimin dan muslimat yang hadir dan juga seluruh alam.Seterusnya saya menunaikan solat Isyak berjemaah ebrsama para hadirin yang lain.Para hadirin dijemput untuk menjamu hidangan yang disediakan oleh penganjur.

Pada ketika saya sedang menjamu selera,saya ditegur oleh seorang hamba Allah,seorang sahabat lama zaman persekolahan dulu.Mohd Nizam Moin.Syukur ke Hadrat Allah kerana menemukan kami dalam majlis ilmu yang mulia ini.

Saya berdoa agar Allah SWT memanjang umur,mengurniakan tubuh badan yang sihat,kelapangan kepada diri saya dan isteri untuk terus hadir lagi ke majlis seperti ini.

Dalam kitab Ihya' Ulumuddin , Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa Abu Darda' berkata , Rasulullah bersabda yang bermaksud :

" Hendaklah kamu menjadi orang yang berilmu. Jika tidak jadilah orang yang mempelajari ilmu. Jika tidak jadilah orang yang mendengar ilmu , Jangan kamu jadi golongan keempat ( yang tidak termasuk dalam golongan itu ) . Hendaklah kamu tinggakan perbuatan golongan keempat itu."












Saya nak maklumkan juga,pada tanggal 29 Oktober 2011 (Sabtu) akan datang,Ustaz yang popular di Youtube,Ustaz Azhar Idrus akan berada di Melaka.Saya sangat teruja untuk hadir.Insha Allah.Asyik dengar dalam youtube saja,nak juga lihat dan dengar secara live.





No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...