Tuesday, September 21, 2010

Sekolah Harapan



Sekolah Harapan adalah hasil idea Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Hari Jumat (17/9/2010),  untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.Daya tampung sekolah mencapai 40 pelajar dan asramanya dapat menampung 20 orang.

Matlamat utama Sekolah ini adalah untuk menyelamatkan bayi yang tidak berdosa daripada dibuang oleh ibu bapa mereka demi mengelakkan malu akibat perbuatan zina yang dilakukan oleh mereka.Secara umumnya boleh dikatakan penubuhan sekolah ini adalah sama seperti rumah perlindungan dan bimbingan kepada para penagih seperti PENGASIH.

Terdapat pro dan kontra apabila cadangan ini dikemukakan dan sehingga ianya mula menerima kemasukan pelajar pertama.Adakah dengan penubuhan sekolah ini akan dapat mengurangkan kadar kerosakan akhlak dikalangan remaja?Adakah Sekolah Harapan akan diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai pusat pengumpulan bayi hasil zina?



Saya tidak melihat kepada aspek negatif,namun sewajarnya kita berfikir secara rasional terutama tentang situasi semasa yang mana kes pembuangan bayi semakin menyayat hati.Pelbagai cara telah dilakukan bagi menangani gejala sosial.Namun pokok pangkalnya adalah bergantung kepada teras utama kehidupan iaitu AGAMA.


Adakah kita akan terus menunding jari sesama sendiri bila melihat kemaksiatan dan keruntuhan akhlak generasi pewaris bangsa?Apakah usaha kita dalam membantu mengatasi permasalahan yang kian tenat melanda anak-anak remaja kita?Sama-sama kita renungkan dan fikirkan.

Sekali lagi ini hanyalah pendapat saya pribadi yang tentunya dapat saja salah, tapi ada baiknya jika kita mengkaji dan meneliti kembali. Hanya Allah SWT yang mengetahui Kebenarannya.

Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”

Monday, September 20, 2010

Surah Al Alaq dan Muhammad seorang Ummi?



SURAH AL-ALAQ

Surah Segumpal Darah
Surah (96) - Makkiyah - 19 ayat


بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

    

1. “(Wahai Muhammad!) Bacalah dengan nama Tuhan yang telah
menciptakan (seluruh makhluk).”

2. “Ia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.”

3. “Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah.”

4. “Yang mengajar dengan pena.”

 5. “Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.”


  •  Ayat pertama yang diturunkan kepada junjungan agung kita Rasullullah SAW adalah  berbunyi "Bacalah" secara jelas dan nyata menyatakan bahawa betapa ilmu adalah amat penting adalam Islam.Dan hanya orang yang berilmu akan memahami sepenuhnya segala erti tersirat dan tersurat sesuatu perkara.
  • Nabi adalah seorang Pedagang yang tentunya diperlukan ilmu untuk menjalankan perniagaan seperti menulis,mengira dan membaca.
  • Nabi sendiri adalah pemerintah,dan pernah menulis kepada Kaisar Rome.
  • Bangsa Arab saat itu yang sangat tinggi dalam ilmu sastra dan puisi, sehingga kemungkinan kecil seseorang itu tidak dapat membaca atau menulis.
  • Namun demikian,pada ayat Al-Ankabut:48 dinyatakan bahawa ertinya:Dan engkau (wahai muhammad tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunya al-quran,dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu;(seandainya engkau dahulu tahu menulis dan membaca) nescaya orang-orang kafir akan menggunakan alasan itu untuk menentang mu dan merasa ragu dengan kebenaranmu)
  • Ini merupakan 1 dalil yang kuat dalam setiap hujah yang diberikan bagi membuktikan bahawa Nabi adalah ummi.
  • Kebenaran adalah kebenaran, tidak perlu 'merendahkan' kemampuan Nabi hanya untuk 'meninggikan' kepercayaan bahwa Quran berasal dari Allah. Terlepas Nabi dapat membaca atau tidak, tidaklah itu akan membuat iman seorang muslim goyah terhadap isi dari Quran.
  • Sekali lagi ini hanyalah pendapat saya pribadi yang tentunya dapat saja salah, tapi ada baiknya jika kita mengkaji dan meneliti kembali. Hanya Allah SWT yang mengetahui Kebenarannya.
  • Kebenaran datangnya dari Allah, jika ada kesalahan (mohon maaf)tentunya saya hanyalah manusia yang masih jauh dari sempurna.  

Awalulkalam wa Akhirulkalam




Syukur kepada Allah SWT,Sang Pencipta,pemilik segala keagungan dan kemuliaan yang ada di alam ini kerana memanjangkan umur hingga masih mampu menghirup udara yang kini memenuhi didalam jasad,mengalirkan darah dan mengerakkan jemari menitipkan tinta pada dinding maya ini.

Selamat datang saya ucapkan pada semua ke ruangan blog Qalam Timur.Saya berharap dengan ruang ini,saya dapat berkongsi segala pandangan dan pendapat tentang pelbagai perkara dan isu semasa.Segala pandangan amatlah dialu-alukan,biarlah perbezaan pendapat menjadikan kita lebih matang dan terbuka dalam menerima sesuatu perkara.Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 H.

Setiap segala sesuatu yang ada didunia ini hanyalah seumpama setitis air dilautan qurniaNYA.
Ambilah jika benar berhajat.

Dari Asahan ke Batu Bara,
Membawa bekal buah delima;
Mengenal Tuhan apakah cara,
Gunalah akal dengan saksama

Menjahit langsir di atas rumah,
Hari kenduri lagi sebulan;
Akal mentafsir Quran dan sunnah,
Alam dan diri sebagai perhatian

Semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Insyallah.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...