Tuesday, September 21, 2010

Sekolah Harapan



Sekolah Harapan adalah hasil idea Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Hari Jumat (17/9/2010),  untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.Daya tampung sekolah mencapai 40 pelajar dan asramanya dapat menampung 20 orang.

Matlamat utama Sekolah ini adalah untuk menyelamatkan bayi yang tidak berdosa daripada dibuang oleh ibu bapa mereka demi mengelakkan malu akibat perbuatan zina yang dilakukan oleh mereka.Secara umumnya boleh dikatakan penubuhan sekolah ini adalah sama seperti rumah perlindungan dan bimbingan kepada para penagih seperti PENGASIH.

Terdapat pro dan kontra apabila cadangan ini dikemukakan dan sehingga ianya mula menerima kemasukan pelajar pertama.Adakah dengan penubuhan sekolah ini akan dapat mengurangkan kadar kerosakan akhlak dikalangan remaja?Adakah Sekolah Harapan akan diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai pusat pengumpulan bayi hasil zina?



Saya tidak melihat kepada aspek negatif,namun sewajarnya kita berfikir secara rasional terutama tentang situasi semasa yang mana kes pembuangan bayi semakin menyayat hati.Pelbagai cara telah dilakukan bagi menangani gejala sosial.Namun pokok pangkalnya adalah bergantung kepada teras utama kehidupan iaitu AGAMA.


Adakah kita akan terus menunding jari sesama sendiri bila melihat kemaksiatan dan keruntuhan akhlak generasi pewaris bangsa?Apakah usaha kita dalam membantu mengatasi permasalahan yang kian tenat melanda anak-anak remaja kita?Sama-sama kita renungkan dan fikirkan.

Sekali lagi ini hanyalah pendapat saya pribadi yang tentunya dapat saja salah, tapi ada baiknya jika kita mengkaji dan meneliti kembali. Hanya Allah SWT yang mengetahui Kebenarannya.

Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”

No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...