Thursday, November 4, 2010

Rasulullahh SAW:Akhlak yang Agung




Suatu hari Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan tersenyum Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menjelaskan:

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

**Adakah akhlak kita selari dengan ilmu kita?

Bergenang airmata membaca jawaban Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

Semoga Kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat

Galas & Batu Sapi

Hari ini 4 November 2010 penduduk yang mendaftarkan diri sebagai pengundi di dua kawasan iaitu Galas,Kelantan dan Batu Sapi,Sabah akan keluar mengundi bagi menentukan calon manakah yang layak untuk mewakili mereka.

Sebelum itu,mungkin kita boleh lihat berapa banyak Pilihanraya kecil (PRK) telah diadakan sejak PRU12, 2008.



Berikut adalah sedikit info bagi calon yang bertanding dalam PRK Batu Sapi dan Galas


Galas N45

Parti: PAS / Pakatan Rakyat

Calon: Dr. Zulkefli Mohamad

Parti: UMNO / Barisan Nasional

Calon: Abdul Aziz Yusf.



Batu Sapi P185

Parti: PKR / Pakatan Rakyat
Calon:Ansari Abdullah

Parti: PBS / Barisan Nasional
Calon: Linda Tsen Thau Lin 

Parti: SAPP /
Calon: Yong Teck Lee


Saya mengucapkan selamat mengundi dan selamat membuat pilihan yang bijak kepada mana-mana calon yang bertanding.Undi anda akan menentukan siapa yang akan mewakili dan menyuarakan suara anda untuk didengari.


**Ada bisik-bisik mengatakan,jika BN menang kedua PRK ini,PRU 13 is just around the corner...

Galas dan Batu Sapi II malam ini...

Tuesday, November 2, 2010

Pekerja Kontrak


Hari ini 2 November 2010 merupakan hari terakhir saya bekerja mengikut perjanjian kontrak pekerjaan saya.Ya,saya seorang pekerja berstatus KONTRAK.Pagi ini sebaik saja saya memasuki bilik saya dipejabat,saya telah menerima surat untuk mengisi borang bagi pembayaran wang ganti untuk cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan.Namun demikian,saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana rezeki dan jodoh saya untuk berkhidmat sebagai pustakawan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka masih ada (Kontrak saya masih disambung).

Hari ini juga mengingatkan saya pada satu peristiwa dimana saya dibelanja minum oleh seorang rakan,ketika masih menetap di Kuala Lipis,Pahang.Ketika itu saya dah berkhidmat di UTeM,namun isteri masih tinggal di Padang Tengku.Kawan saya menceritakan bagaimana dia mengharungi kehidupan dengan status pekerja kontrak selama hampir 12 tahun.Kawan saya ini namanya Azeyzul.

Siapakah Pekerja kontrak ini?

Mengikut kamus Oxford, pekerja kontrak ditakrifkan sebagai buruh atau pekerja kontrak dan biasanya merujuk kepada pekerja yang diambil bekerja untuk tugas tertentu bagi suatu tempoh tertentu.

Istilah pekerja kontrak yang diterimapakai oleh organisasi ialah  seseorang yang diambil bekerja dan digaji oleh organisasi, yang mana tempoh perkhidmatannya telah ditetapkan dan akan dinilai berdasarkan tahap serta kemajuan prestasi seseorang pekerja itu. Tempoh perkhidmatan seseorang pekerja kontrak di organisasi ini mungkin akan disambung secara tahunan atau bulanan. Individu juga berkemungkinan untuk diserap sebagai pekerja tetap dan mungkin juga lebih malang lagi, diberhentikan kerja. Ini semua bergantung sepenuhnya kepada kehendak organisasi dan selagi mana khidmatnya diperlukan oleh organisasi.Keadaan ekonomi semasa juga adalah factor utama.


PRO/KONTRA

Pastinya, kumpulan pekerja yang mengalami risiko yang lebih tinggi untuk dibuang dalam situasi ini adalah pekerja kontrak berbanding pekerja tetap memandangkan perjanjian pekerjaan mereka yang lebih fleksibel, longgar serta banyak bergantung kepada budi bicara majikan.


Bagi pihak majikan, mereka menyatakan sebab bahawa pengambilan pekerja secara kontrak adalah bagus bagi meningkatkan produktiviti dan disiplin seseorang pekerja di organisasi mereka. Ia juga merupakan satu proses saringan bagi melahirkan pekerja yang berkualiti. Selain itu, ia bertujuan untuk menilai tahap prestasi seseorang pekerja samada ia bersesuaian dengan jawatan serta persekitaran kerjanya.







SITUASI

Mengikut kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sdr. Omar Osman pada 5 Mac 2007, dianggarkan terdapat 50,000 daripada 1.2 juta pekerja di sektor awam yang berstatus kontrak atau menjawat jawatan sambilan. Bagi sektor swasta pula, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menganggarkan bahawa terdapat 90% pekerja adalah berstatus kontrak didalam industri pembinaan dan perladangan (tidak dinyatakan secara keseluruhan sektor atau industri).

Kesimpulan

Apabila saya mengenang kembali perjalanan karier saya yang bermula sejak tahun 2006 (selepas Grad UiTM) hingga kini,saya dah berkhidmat secara SAMBILAN dan KONTRAK.Mungkin belum ada rezeki untuk dapat TETAP.Namun semestinya itu adalah impian yang diimpikan oleh setiap pekerja kontrak.

Secara jujurnya,saya percaya setiap pekerja kontrak akan merasa rendah diri,terutama apabila berbicara dan berurusan dengan rakan sejawat yang sudah tetap.Tak mengapalah,seharusnya kita tidak elok membiarkan diri terus dibuai perasaan sedemikian.


Life must goes on,walau apa juga yang menanti,saya percaya rezeki untuk setiap insan telah ditentukan oleh Allah SWT.Usaha untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga tetap perlu diteruskan.

Esok 3 November 2010 saya akan mendaftarkan diri sebagai pekerja baru beserta azam dan KONTRAK BARU.

Berbalik kepada kisah Azeyzul tadi,ketika saya hendak ke kaunter untuk membuat bayaran,cashier kata semua telah dibayar,termasuk Nasi goreng ayam yang saya order bungkus.

“Tak payahlah..kali ni koi belanja,koi dah dapat TETAP”. Azeyzul bersalam dengan saya sambil tersenyum riang:)


Monday, November 1, 2010

Bolasepak

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Pasukan Bola Sepak Kelantan atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2010 dengan menewaskan Negeri Sembilan  2-1.(Pertembungan Final kali kedua sejak 2009)

Saya adalah penyokong pasukan Kelantan untuk Piala Malaysia 2010(Kebanyakkan  orang Pantai Timur sokong kelantan).Kebangkitan bolasepak Negeri Kelantan kini membolehkan mereka menjadi pasukan yang digeruni.

Saya menyaksikan perlawanan dari Stadium Astro (801).Kemeriahan kedua-dua penyokong sememangnya mengamatkan suasana dalam stadium.Gelombang merah (Red Warrior) yang menguasai stadium seolah menguatkan lagi tekad bahawa KELANTAN SEMEMANGNYA BERHAK untuk membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu sebagai hadiah kepada rakyat kelantan dan Persembahan teristimewa buat Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Sultan Muhammad ke-V yang baru ditabalkan.

Semasa kanak-kanak,saya sering dibawa abah untuk menyaksikan perlawanan bolasepak samada liga atau Piala Malaysia (Anak sulung).Kenangan ini secara tidak langsung membuatkan saya terus setia dengan bolasepak tempatan.Saya berpeluang menyaksikan pemain seperti Dollah Salleh,Zainal Abidin,Khairul Azman Mohammad,Azman Adnan serta beberapa nama besar beraksi.Stadium walau tak penuh namun tidaklah sekosong pada masa kini.



 
Pemain import perlu dibawa kembali bagi menjadikan perlawanan lebih menarik seperti zaman semi pro dulu.Gandingan awang import dan bakat tempatan pasti akan membuahkan sesuatu yang positif untuk bolasepak negara.Menyaksikan beberapa perlawanan di peringkat antarabangsa amat mengecewakan dimana kita hanya menjadi pasukan belasahan!Lihat saja keputusan bolasepak wanita pada Sukan Sea baru-baru ini.

Diharapkan agar sokongan kepada arena bolasepak tempatan kembali meriah seperti awal tahun 90-an.Bolasepak negara kini berada pada tahap yang amat menyedihkan.Anjakan perubahan samada dari segi permainan,kejurulatihan dan pentadbiran perlu dilakukan untuk mengembalikan kegemilangan arena bolasepak negara.

Akhir bicara.

Sekali lagi,Tahniah untuk Pasukan Kelantan Darul Naim!

GOMO KLATE GOMO!

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Kedudukan Bolasepak Malaysia


Dimana Silapnya?

Bilakah Harimau bisa mengaum kembali?

 

Tuesday, October 26, 2010

Tinta Seorang Muslimah (Buat Bakal Suamiku)




Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri ku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buat mu sebelum tiba masanya.

Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buat mu, itulah hati & cinta ku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri ku kerana Allah telah menetapkannya untuk mu suatu hari nanti. Kata ibu, "Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami.", jadi kau telah wujud di dalam diri ku sejak dulu lagi.
Sepanjang umur ku ini, aku menutup pintu hati ku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangi mu. Aku menghalang diri ku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selain mu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulan ku dengan bukan mahram ku. Aku lebih bersifat 'perumahan' kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang wanita.

Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dgn mereka, akan ku palingkan wajah ku daripada lelaki yang asyik merenung ku atau cuba menegur ku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandangan ku daripada ajnabi kerana pesan Saidatina Aisyah r.a. " Sebaik-baik wanita itu ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di mata mu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milik mu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan, berasa terhina diperlakukan sebegitu, seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak, andai disoal. Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup ini di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang wanita lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandangan ku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi ku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suami ku, aku juga perlu menjadi wanita yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diri ku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki yang lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih sayang yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diri ku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan ku. Aku secara keras menolak, berbagai-bagai dalil ku kemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ, dia sentiasa menghubungi dan menganggu ku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupan ku yang ceria selama ini dirampas dari ku.

Aku tertanya-tanya, adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunanNya. Aku juga berdoa', agar Dia melindungi ku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku sentiasa memikirkan mu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersama ku. Di mana sahaja ku berada, akal sedar ku membuat perhitungan dengan mu.

Ku tahu, lelaki yang melamar ku bukan diri mu. Malah aku yakin pada gerak hati, 'woman intuition' ku yang mengatakan lelaki itu bukan dirimu. Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diri ku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Namun, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin ku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau mempunyai wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuat ku terpikat. Andainya kaulah jodoh ku yang telah tertulis di luh mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati ku, jua hati mu kali pertama, kita berpandangan. Itulah janji Allah.

Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu janganlah kau zahirkan perasaan itu kepada ku, kerana kau masih belum berhak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'.

Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaan ku tidak banyak, cukuplah diri mu yang diinfaqkan seluruhnya pada mencari keredhaan Illahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangan mu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juang mu, menghulurkan tangan ku untuk mu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan ku kesat darah dari luka mu dengan tangan ku sendiri. Itu impian ku. Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cinta mu kepada ku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintai ku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapa ku dulu. Apa guna menimbun harta untuk kemudahan ku sekiranya harta itu akan membuat kau dan aku lupa tanggungjawab mu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihat mu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi ku.


Semoga tekad ini akan bersemadi dalam jiwa setiap muslimah di alam ini.
Seindah hiasan adalah wanita solehah

Merawat Sang Leo

Tarikh: 25 Oktober 2010 (Isnin)

Masa: 8.30pm - 9.15p.m

Lokasi: Melaka Animal Clinic,Bukit Baru,Melaka.


Sejak ditemui selepas sekian lama menghilangkan diri,Leo kelihatan agak suka menyendiri dan murung.Leo sakit.

Kaki Leo dijangkiti penyakit,berbau busuk dan kelihatan seperti ada luka-luka kecil.Leo juga bersin dan matanya berair,pada mulanya saya sangkakan itu hanyalah perkara normal bagi kucing.Tak sangka pula ianya sesuatu yang serius (Ini Serius,kita mesti bantu dia..wonderpet:)So saya ambil keputusan untuk membawa Leo ke VET (Veterina) bagi merawatnya.Tak sanggup rasanya membiarkan Leo berterusan menangung kesakitan.

Saya cuba untuk mendapatkan rawatan vet kerajaan,namun jadual kerja tidak mengizinkan saya.Tak best pula kalau nak fly masa kerja untuk ke vet.Nak tunggu lama,makin teruk.Jadi tiada pilihan selain ke vet swasta.Saya call dulu untuk buat appointment.

Agak sukar juga untuk mencari lokas Melaka Animal Clinic,Bukit Baru tiada masalah,tapi klinik yang dibuat beserta rumah serta sign board yang agak pudar membuatkan saya terlajak juga.Anyway,terima kasih kepada  Co pilot yang cekap,Harul kerna berjaya menemui lokasi tersebut.Terima kasih juga pada isteri saya yang tolong menenangkan Leo yang trauma naik kenderaan (meow2 sepanjang perjalanan,sangat bising)


Setibanya di klinik,kami disambut oleh Dr G.Mathavan.Simple je orangnya (maybe Dr Vet memang begitu kot).Saya menerangkan serba sedikit tentang penyakit Leo.Setelah mendapat maklumat dari saya,Dr G.Mathavan telah meminta saya dan Harul untuk memegang Leo agar mudah baginya mengambil suhu badan.Terkejut saya,suhu kucing diambil dengan memasukan  meter suhu melalui bontot!Apalagi,mengelepar sakan  dak Leo.Melalui suhu yang diperolehi,Leo confirm demam.

Mengambil Suhu

Dr G.Mathavan seterusnya memberikan 3 suntikan pada Leo,yang pertama suntik air,kedua suntik vaksinasi di belakang,dan yang ketiga suntuk vaksin di peha Leo (Apa nama vaksin tu kurang arif la saya).Selepas selesai memberikan rawatan,kami diberi beberapa penerangan oleh Dr G.Mathavan.
Suntikan..cool leo


Penyakit yang paling berbahaya bagi kucing adalah bersin dan mata berair,ini adalah berpunca dari jangkitan virus samada melalui kucing lain ataupun pemakanan yang tidak bersih.Bagi sakit kaki pula,dikatakan Leo mungkin ada terpijak sesuatu yang mencederakanya atau mengambil makanan kotor.Seeloknya kucing segera dibawa ke vet jika menunjukkan tanda-tanda sakit seperti:

  1. Jarang bermain dan kurang lincah seperti biasa.
  2. Tidur lebih lama dari biasa
  3. Nafsu makannya berkurangan
  4. Lebih pendiam
  5. Suka menyendiri
  6. Muntah dan bersin.

Isteri saya ada juga bertanyakan samada virus kucing merbahaya kepada manusia,Dr G.Mathavan mengatakan ianya tidak memberi kesan kepada manusia,namun perlu berhati-hati dan senantiasa menjaga kebersihan selepas menguruskan kucing.Dr menyarankan agar leo dikurung sekurangnya 2 minggu.Ini bagi memastikan dia sentisa bersih serta luka di kaki sentiasa kering.Kami dibekalkan ubat antibiotik/supplemen.Habis macam mana nak suruh Leo telan ubat tu?Dr menyatakan bahawa ubat tersebut perlu dimakan 1/2 tablet 2 kali sehari.Caranya ialah dengan menghancurkan tablet serta mencampurkan dengan susu atau madu.gosok ke gigi kucing (gosok ke gigi Leo?nanti saya try buat saya ceritakan ok)

Kami juga dimaklumkan bahawa makanan kucing memberi kesan besar dalam kesihatan kucing.Kucing adalah makhluk yang sangat cerewet dalam pemakanan.Memberi makanan kucing seperti yang ada di pasaran (tak perlu sebutla jenama apa ya,buat2 tahu sudah) akan mengakibatkan penyakit batu karang pada kucing.Baru tahu,kucing pun kena penyakit batu karang.

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM35.00.Mahal atau tidak itu saya tidak tahu,kerana ini adalah pertama kali dalam hidup saya membawa haiwan kesayangan ke vet swasta.Leo perlu dibawa untuk rawatan susulan beberapa hari lagi.

Sedikit Info berkenaan Penyakit Flu Kucing (Cat Flu)

Penyakit flu sering terjadi pada kucing, terutama pada kucing yang belum divaksinasi dan mudah sekali menular kepada kucing lain. Penyakit ini jarang menyebabkan kematian pada kucing dewasa tetapi dapat berakibat fatal bila menyerang anak kucing. Meskipun pada kucing dewasa jarang berakibat fatal, gejala-gejala penyakit seperti pilek dan bersin-bersin dapat berlangsung cukup lama. Oleh karena itu pencegahan dengan vaksinasi rutin merupakan tindakan terbaik.

Apakah Flu Kucing itu?
Flu kucing adalah penyakit pada kucing yang biasanya disebabkan oleh infeksi satu atau kombinasi beberapa virus (virus herpes dan virus calici) dan bakteria.
Bagaimana cara penularan Penyakit ini ?
Sepertihalnya penyakit flu pada manusia, flu kucing juga menyebar melalui air liur,cairan bersin/droplet yang mengandung virus. Droplet ini tersebar melalui bersin, hubungan  langsung atau tidak langsung melalui peralatan (tempat makanan, minuman, kandang,dll) yang tercemar virus. hubungan tidak langsung juga dapat terjadi melalui sentuhan manusia, oleh karena itu cucilah tangan dengan sabun/antiseptik setelah memegang kucing sakit agar tidak menulari kucing lain.
Apakah Flu kucing menular pada manusia ?
Tidak. Virus flu pada kucing berbeda dengan virus flu yang menyerang manusia.
Perlukah diberi vitamin atau suplemen ?
Vitamin dan suplemen dapat membantu meningkatkan kondisi dan sistem kekebalan tubuh kucing yang sedang sakit. Konsultasikan dengan dokter haiwan vitamin/suplemen yang sesuai beserta dosnya.
Apakah Vaksinasi dapat menyembuhkan kucing yang sakit flu ?
Vaksinasi lebih bersifat pencegahan.Vaksinasi rutin tidak 100 % melindungi kucing dari penyakit. Pada kucing yang rutin divaksinasi, meskipun terserang flu biasanya tidak parah dan lebih cepat sembuh.


Semoga semua kucing-kucing di planet bumi ini sihat sejahtera serta mendapat bekalan ikan segar untuk santapan kalian wahai kucing-kucing yang manis.

Terima Kasih.

FOTO
Baru tiba

Pemeriksaan

Penerangan

Steady Leo

Kucing selepas pembedahan.

Sabau ye

Have a rest Leo


Leo The Nite Creature


Monday, October 25, 2010

Pustakawan.


By the way, what do you do in the library? Do you just sit behind a computer and catalog books or do you actively help students (you deal mostly with students right?) find the books that they need?

Sungguh stereotaip soalan yang diberikan.Dan semesti inilah soalan yang sering ditanyakan dan dihadapkan kepada mana-mana individu yang bekerja di perpustakaan.

Stereotip yang mengecilkan hati itu sebenarnya cukup beralasan. Baik orang awam maupun kaum profesional sebenarnya sama-sama menemui kesulitan dalam  dan mengenali apa sebenarnya kegunaan dari membangun gedung penuh koleksi buku yang kita namakan perpustakaan itu? Bagaimana menentukan aspek mana dari perpustakaan itu yang sebenarnya berguna bagi suatu kegiatan tertentu. Apakah koleksinya mempengaruhi prestasi belajar? Apakah kerja pustakawannya meringankan beban pengajar? Apakah tata-ruangnya membantu pengunjung tidur lebih nyenyak?

Saya sendiri adalah salah seorang daripada beribu individu yang mencari rezeki di perpustakaan.Saya memang tidak mencapai penuh taraf  "Pustakawan" walaupun telah mendapat tauliah kepakaran dalam bidang tersebut dari tempat pengajian.Ini kerana masih banyak ilmu serta pengalaman yang perlu dipelajari yang mana ini semua tidak boleh didapati secara teori saja.Buat masa ini saya bertugas di Bahagian Perkhidmatan Pelanggan (Unit Rujukan) Perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka,UTeM.

Berbalik kepada kenyataan diatas.Walaupun agak kelat untuk diterima,namun inilah persepsi yang difahami oleh kebanyakkan masyarakat.Masih tiada anjakan dan terpahat kemas sejak zaman berzaman.

Pada dasarnya,memang benar.Pustakawan/Perpustakaan dan buku bagai irama dan lagu,mana mungkin terpisah.Setiap inci tugas di perpustakaan adalah berkait rapat dengan buku.Walaupun perubahan arus teknologi yang melanda membawa dunia maya dan digital.Jika "Guru dan Rotan" boleh diubah,mengapa tidak kepustakawanan?

Di sekitar Asia, pustakawan sering dilihat sebagai penjaga kaunter, penyusun buku dan penguatkuasa peraturan perpustakaan yang membosankan.Dengan perkembangan terkini dunia pendidikan dan ekonomi pengetahuan, pustakawan menjadi satu golongan profesional yang mendapat manfaat yang banyak.

Malah ada pustakawan yang mempunyai ijazah kedoktoran tidak kira dalam bidang sains perpustakaan, sains maklumat atau bidang-bidang lain yang tidak berkaitan sama sekali

Beberapa contoh tugasan Pustakawan yang kini berada pada zaman Millennium.

1. Menjadi pengajar kelas celik maklumat untuk pelajar prasiswazah dan siswazah;
2. Menjadi pemudah cara lawatan perpustakaan bagi prasiswazah dan siswazah baru serta pelawat luar;
3. Menguruskan sistem repositori institusi secara usaha sama dengan pihak pentadbir dan fakulti;
4. Mengagih belanjawan yang diperuntukkan oleh pihak pentadbir untuk perpustakaan;
5. Merancang perkembangan perpustakaan berdasarkan belanjawan;
6. Menghadiri seminar mengenai teknologi dan tahap profesionalisme mutakhir dalam bidang mereka;
7. Melakukan kaji selidik untuk mengetahui tahap perkhidmatan perpustakaan;
8. Menulis untuk jurnal-jurnal profesional bidang mereka;
9. Mengadakan pameran berkenaan koleksi dan isu-isu tertentu yang penting;
10. Menyelaras aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan bahan;
11. Menghadiri kursus-kursus bina diri dan kemahiran;
12. Bertemu dengan pihak fakulti atau pentadbiran universiti untuk menyelaraskan keperluan institusi dengan khidmat perpustakaan;
13. Memastikan kemudahan perpustakaan terutama kemudahan IT berada pada tahap terbaik untuk kegunaan pengunjung;
14. Ikut serta dalam audit dalaman dan audit luaran perpustakaan dan universiti;
15. Dihantar oleh pentadbir perpustakaan untuk membuat pemilihan bahan perpustakaan di luar negara mengikut giliran – biasanya di pesta-pesta buku antarabangsa;
16. Melaksanakan aktiviti promosi perpustakaan; dan
17. Terlibat dalam proses rundingan pemerolehan manuskrip atau bahan nadir untuk perpustakaan.

Sangat mengujakan bukan?Interpritasi dan anjakan dalam ruang kepustakawanan telah mengalami satu evolusi yang hebat seiring dengan perkembangan dunia ICT.Kepustakawanan kini dilihat sebagai "Terminal Maklumat" kepada mereka yang benar-benar memahami fungsi sesebuah perpustakaan.Ianya bukan terhad kepada perpustakaan akademik semata,malah mencakupi perpustakaan desa,negeri yang berperanan sebagai agen penghubung masyarakat.

Pustakawan Tidak Glamor
Jika anda inginkan pekerjaan yang menjadikan diri anda sentiasa dihadapan masyarakat,anda boleh pilih kerja sebagai PTD,Fashion Designer,artis dll.Pustakawan memang tidak glamor dan bukan matlamat pustakawan untuk jadi popular atau glamor.

Akhir kata
Menjadi Pustakawan Sejati  memerlukan kecintaan luar biasa kepada bidang ini.Ini juga adalah tempat saya mencari rezeki bagi menangung keluarga serta membayar bil setiap bulan.Segala Pro dan kontra sesuatu pekerjaan adalah terpulang pada kita untuk mengadaptasikan diri sendiri.

Friday, October 22, 2010

Mati itu Pasti



Semua orang pasti suatu saat akan mati, entah bagaimana caranya atau seperti apa matinya. Dan setiap orang pasti akan merasakan kematian, walaupun erti “merasakan” itu tidak sama dengan yang dibayangkan oleh orang yang hidup. Kematian adalah salah satu bagian dari kehidupan yang pasti dijalani, sama seperti kelahiran. Bedanya adalah yang pertama menandai akhir dari suatu kehidupan sedangkan yang terakhir menandai awal dari suatu kehidupan. Kelahiran dan kematian bisa diandaikan seperti ujung dari seutas tali yang bernama kehidupan, berbeda titik tetapi terentang sepanjang usia. Dan di tengahnya itulah kehidupan yang ada dan berada.

Seperti yang tercantum dalam ayat “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57) tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.



Kematian adalah suatu misteri. Banyak yang tidak tahu seperti apa dunia sesudah kematian. Tapi banyak juga yang percaya bahwa ada “kehidupan lain”setelah kematian. Banyak juga yang percaya bahwa kematian adalah akhir dari segalanya dan akhir dari eksistensi seseorang, dan setelah itu yang ada adalah ketiadaan. Banyak juga yang percaya bahwa kematian adalah awal dari suatu kehidupan baru dalam suatu bentuk siklus. Apapun kepercayaan yang dianut, tak ada seorang pun yang tahu seperti apa situasi dan kondisi sesudah kematian. Banyak yang mengandaikannya sebagai suatu kondisi “ketiadaan”, bahwa sebuah kematian adalah awal dari suatu ketiadaan, bertentangan dengan kelahiran yang dianggap sebagai awal dari suatu ketiadaan. Materialistik ? Memang benar, tetapi setidaknya itu yang sampai saat ini kita ketahui dengan “common sense” kita sebagai manusia. Dan sisanya adalah kepercayaan.





Harta yang kita kumpulkan dengan susah payah, hanya akan menjadi saksi bisu, bahkan akan menjadi kayu bakar kita, manakala tidak menjadikan sarana ibadah kepada-NYA. Lantas bagaimana anak isteri yang kita cintai, itu pun tidak mampu berbuat apa-apa, kecuali kalau mereka seiring dan punya tujuan sama untuk meniti jalan-NYA, lebih-lebih lagi jika memiliki anak yang soleh yang mendoakan, insya-ALLAH ia bisa menjadi penyelamat kita.
Jadi, kita benar-benar sendirian, harus memikul amal perbuatan masing-masing, tidak kira sama ada yang baik mahupun yang buruk. Saat itu kekuatan yang biasanya kita rasakan, akan berkurangan, kaki yang biasanya berjalan, mulai lemah, begitu pun tangan dan anggota tubuh lainnya. Degup jantung semakin melemah, nafas sesak dan akhirnya seribu sakit mendera kita. ALLAHU AKHBAR, nyawa lepas dari raga terkulai tidak berdaya dan kita yang sedang menyaksikan badan tersebut.
Saat itu baru kita sedar, betapa singkatnya hidup, betapa menyesalnya dengan waktu terbuang begitu saja, baru sedar kalau hidup tiada lain hanya untuk beribadah.




Sekujur tubuh ditatapnya penyesalan luar biasa, sungguh tiada guna. Rasa sakit yang masih terasa bagaimana hebatnya sakaratul maut, belum lagi ketakutan memasuki liang lahat. Malaikat Munkar dan Nakir bertanya yang belum tentu kita sanggup untuk menjawabnya.

Dengan demikian, bagaimana menghindarinya? Sebelum penyesalan itu tiba, sebelum kesengsaraan panjang menghampiri maka bergegaslah menuju ampunan dan rahmat-NYA. Jangan sia-siakan waktu dan kesempatan yang hanya sementara ini agar selalu ingat pada-NYA, jalankan perintah dan jauhi larangan-NYA. Jangan biarkan kita dihisab oleh segala amal buruk kita. Semoga kita digolongkan kepada hamba yang diseru-NYA, dan semoga termasuk hamba yang mencintai dan dicintai oleh Rabb-NYA yang mengasihi kita. ALLAHUMMA AMEEN.


Cukuplah kematian sebagai nasihat… 

Mati itu Pasti
Semoga Damai disana.

Monday, October 18, 2010

Kerinduan

Tentang Kerinduan

Demi malam ketika rasa sepi memagut resah bintang pada bulan
Biarkan lelaki ini terus memanggil manggil di kejauhan langit

Menatap kosong penuh peluh dengan hembus nafas tersesak
Dan menggigil dingin tersapu angin bersahutan dalam rintik hujan

Baru beberapa saat rasanya senja berarak tak kian berpamitan
Fajar tak juga membawa embun pada belaian pagi
Dan baru saja kelmarin dakapan terasa hangat
Menyentuh pucuk – pucuk asmara
Merengkuhku dalam genggaman cintamu


Semakin hari pun sendu mengikis waktu di perasingan langkah
Merantai tangan dengan duri keindahan mawar yang tak terjamah
Lalu memenjarakan jiwa dalam gelora kerinduan yang bersenandung


Aku lelah mencumbui kerinduan ini, sayang…
Seringnya aku lewatkan lelap mengurai benang harap
Agar engkau lekas kembali saat aku terjaga
Namun ….

Aku hanya punya bekal mimpi semalam darimu
Untuk aku selalu simpan di perjalanan siang hingga petangku
Dalam penantianmu, sayang


Ingin aku rentas waktu
Agar segera aku mengusap wajahmu; membelaimu
Membiarkanmu bersandar di dadaku
Mengurai resah dan gelisah oleh kusamnya waktu
Berbagi kasih dan cinta yang membelah jiwa kita
Merasai desah nafas dan detak jantungmu

Lalu aku bisikan perlahan di telingamu
Keindahan teratai yang tumbuh di tengah danau jiwa kita
Juga bahagia hari esok yang ingin kita lewati
Tentang cita-cita dan impian
Tentang besarnya cintaku untukmu

Ah kekasih, betapa aku tak bisa jauh darimu…


Puisi ini aku peruntukkan untuk dia yang amat aku rindukan
semoga puisi ini mampu membuat dia cepat pulang kepangkuanku

Kerinduan kadang kala buat kita hanya mendiamkan diri dan tak mampu meluahkannya. Namun, rindu yang penting buat kita bukan kerinduan...Nikmatilah kerinduan.


Saturday, October 16, 2010

Facebook & Me

Assalamualaikum wbt.


Facebook, saya pasti hampir 99% daripada pengguna internet mempunyai akaun Facebook dan ini termasuklah saya sendiri. Facebook kini adalah satu fenomena seantero dunia. Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

Saya guna istilah FB mudah sikit.

Ada ke yang masih tidak join? Individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa dianggap ketinggalan dan membosankan. Justeru, ramai yang menyertai Facebook semata-mata tidak mahu dikatakan kolot.Malah mungkin sesetengah dari kita mempunyai pelbagai akaun di rangkaian sosial seperti Friendster,Tweeter,Myspace,Tag dan lain-lain.

Sejarah Facebook

Facebook adalah sebuah laman jaringan sosial yang didirikan oleh Mark Zuckerberg pada tanggal 4 Februari 2004. Pada awalnya, Facebook dengan laman www.facebook.com yang sebelumnya bernama thefacebook dengan laman  www.thefacebook.com digunakan untuk komunikasi antar mahasiswa Universitas Harvard. Namun setelah beberapa waktu, target pengguna adalah seluruh mahasiswa dan masyarakat umum.

Mark Zuckerberg ini adalah orang Yahudi,jadi soal samada halal atau haram menggunakan Facebook ini anda boleh cari dimana-mana laman yang menjelaskan hukumnya.

Mengapa Facebook digemari?




Facebook diakui sebagai medium untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia melalui komunikasi alam maya. Individu-individu yang terpisah dapat dipertemukan kembali hanya menggunakan Facebook. Pemimpin dapat berkomunikasi secara terus dengan rakyat menerusi Facebook.Malahan Kerajan telah mengimplimentasikan Facebook sebagai salah satu medium urusan.


Ketagihan Facebook

opss....sensor sket

Percaya atau tidak Facebook akan menyebabkan ketagihan.Janganlah segan untuk akuinya ok?FB akan mengakibatkan kita terpacak depan komputer selama berjam-jam tanpa sedar,asyik,ralik,leka,alpa.Ditambah pula dengan pelbagai additional game yang disertakan bersama rangkaian FB.Maka bertambah-tambahlah keasyikan kita.

Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.

"Alangkah baiknya kalau dapat berfacebook hari-hari...tapi kalau tak dapat pun tak apa."

Pemikiran sebegini mungkin dapat membantu individu yang tidak dapat berpisah dengan Facebook walau sehari, kata Ketua Pengarah Institut Sosial Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din.

Bergaduh kerana/dalam Facebook

kita suka berbincang, berkongsi pandangan serta memberi komen tentang isu,topik, gambar,kenyataan atau bersembang bersama rakan FB kita.Walaupun secara nyatanya,diluar kita adalah biasa-biasa,tidak berapa rapat, agak mesra atau mungkin juga seorang yang agak pasif. Namun segalanya akan berubah apabila kita berada dalam ruang maya FB. Kita jadi opposite dari diri kita, secara automatik kita jadi seorang yang hebat, pandai berhujah dan memberi kritikan. Bicara yang sinis juga akan terkeluar.

Hal yang wajar/tidak wajar dikongsikan dalam Facebook

Hakikatnya kita adalah seorang yang baik dan menghormati perasaan orang lain.Harus diingatkan, FB adalah laman jaringan sedunia.

Jika anda meletakkan di status anda 

"Hari ini tension dan geram sangat!Mak Mertua main perli-perli,geram giler aku!"

Satu planet bumi akan mengetahui situasi dalaman keluarga anda.Ipar duai, kawan-kawan, anak saudara, uncle Lim, pakcik Siva,Ketua Jabatan, Mr John di Uganda dan merata ceruk pelusuk akan berpeluang mengenali diri anda.

Ya, komen kita juga akan dibaca oleh pelbagai jenis spesis individu untuk mereka membuat penilaian tentang diri kita.So,Lu pikirla sendiri:)

Pencerobohan/Penyamaran dalam Facebook

Isu curi gambar,menyamar memang tak dapat dielakkan, walau bagaimana anda setup pada setting FB anda, pasti ada hacker tahap dewa gaban yang mahir untuk hack akaun anda. Jadi janganlah terperanjat sangat bila anda dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa gambar anda digunakan oleh orang lain dalam profail mereka. Lebih dasyat lagi,anda diserbu oleh laki/bini orang kerana dituduh mengatal dengan pasangan mereka.Hah!naya je.

Habis tu,tak boleh guna Facebook ke?

"Ada pihak kata haramkan penggunaan Facebook. Ini kaedah ekstrem, manakala pendekatan kompromi memberi peluang kepada individu berkenaan untuk menggunakan Facebook tetapi mereka dididik supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menyalah gunakan laman sosial itu.

Saya seolah lebih menfokuskan kepada hal negatif saja pasal FB, sedangkan saya juga pengguna FB.Sama-samalah kita berdoa agar segala yang tidak elok itu dijauhkan dari diri kita.

Kesimpulan yang dapat saya rumuskan ialah.

Segala kembali kepada tujuan dan niat kita(End User),FB hanyalah teknologi yang ada yang boleh dimanafaatkan untuk pelbagai perkara positif.Anda tidak perlu bersetuju dengan apa yang saya nyatakan.Ini hanyalah pendapat saya secara peribadi.



PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...