Thursday, November 4, 2010

Rasulullahh SAW:Akhlak yang Agung




Suatu hari Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan tersenyum Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menjelaskan:

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

**Adakah akhlak kita selari dengan ilmu kita?

Bergenang airmata membaca jawaban Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

Semoga Kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat

1 comment:

Azman Hj. Ayup said...

Moga-moga akhlak kita juga begitu hendaknya...

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...