Saturday, October 16, 2010

Facebook & Me

Assalamualaikum wbt.


Facebook, saya pasti hampir 99% daripada pengguna internet mempunyai akaun Facebook dan ini termasuklah saya sendiri. Facebook kini adalah satu fenomena seantero dunia. Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

Saya guna istilah FB mudah sikit.

Ada ke yang masih tidak join? Individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa dianggap ketinggalan dan membosankan. Justeru, ramai yang menyertai Facebook semata-mata tidak mahu dikatakan kolot.Malah mungkin sesetengah dari kita mempunyai pelbagai akaun di rangkaian sosial seperti Friendster,Tweeter,Myspace,Tag dan lain-lain.

Sejarah Facebook

Facebook adalah sebuah laman jaringan sosial yang didirikan oleh Mark Zuckerberg pada tanggal 4 Februari 2004. Pada awalnya, Facebook dengan laman www.facebook.com yang sebelumnya bernama thefacebook dengan laman  www.thefacebook.com digunakan untuk komunikasi antar mahasiswa Universitas Harvard. Namun setelah beberapa waktu, target pengguna adalah seluruh mahasiswa dan masyarakat umum.

Mark Zuckerberg ini adalah orang Yahudi,jadi soal samada halal atau haram menggunakan Facebook ini anda boleh cari dimana-mana laman yang menjelaskan hukumnya.

Mengapa Facebook digemari?




Facebook diakui sebagai medium untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia melalui komunikasi alam maya. Individu-individu yang terpisah dapat dipertemukan kembali hanya menggunakan Facebook. Pemimpin dapat berkomunikasi secara terus dengan rakyat menerusi Facebook.Malahan Kerajan telah mengimplimentasikan Facebook sebagai salah satu medium urusan.


Ketagihan Facebook

opss....sensor sket

Percaya atau tidak Facebook akan menyebabkan ketagihan.Janganlah segan untuk akuinya ok?FB akan mengakibatkan kita terpacak depan komputer selama berjam-jam tanpa sedar,asyik,ralik,leka,alpa.Ditambah pula dengan pelbagai additional game yang disertakan bersama rangkaian FB.Maka bertambah-tambahlah keasyikan kita.

Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.

"Alangkah baiknya kalau dapat berfacebook hari-hari...tapi kalau tak dapat pun tak apa."

Pemikiran sebegini mungkin dapat membantu individu yang tidak dapat berpisah dengan Facebook walau sehari, kata Ketua Pengarah Institut Sosial Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din.

Bergaduh kerana/dalam Facebook

kita suka berbincang, berkongsi pandangan serta memberi komen tentang isu,topik, gambar,kenyataan atau bersembang bersama rakan FB kita.Walaupun secara nyatanya,diluar kita adalah biasa-biasa,tidak berapa rapat, agak mesra atau mungkin juga seorang yang agak pasif. Namun segalanya akan berubah apabila kita berada dalam ruang maya FB. Kita jadi opposite dari diri kita, secara automatik kita jadi seorang yang hebat, pandai berhujah dan memberi kritikan. Bicara yang sinis juga akan terkeluar.

Hal yang wajar/tidak wajar dikongsikan dalam Facebook

Hakikatnya kita adalah seorang yang baik dan menghormati perasaan orang lain.Harus diingatkan, FB adalah laman jaringan sedunia.

Jika anda meletakkan di status anda 

"Hari ini tension dan geram sangat!Mak Mertua main perli-perli,geram giler aku!"

Satu planet bumi akan mengetahui situasi dalaman keluarga anda.Ipar duai, kawan-kawan, anak saudara, uncle Lim, pakcik Siva,Ketua Jabatan, Mr John di Uganda dan merata ceruk pelusuk akan berpeluang mengenali diri anda.

Ya, komen kita juga akan dibaca oleh pelbagai jenis spesis individu untuk mereka membuat penilaian tentang diri kita.So,Lu pikirla sendiri:)

Pencerobohan/Penyamaran dalam Facebook

Isu curi gambar,menyamar memang tak dapat dielakkan, walau bagaimana anda setup pada setting FB anda, pasti ada hacker tahap dewa gaban yang mahir untuk hack akaun anda. Jadi janganlah terperanjat sangat bila anda dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa gambar anda digunakan oleh orang lain dalam profail mereka. Lebih dasyat lagi,anda diserbu oleh laki/bini orang kerana dituduh mengatal dengan pasangan mereka.Hah!naya je.

Habis tu,tak boleh guna Facebook ke?

"Ada pihak kata haramkan penggunaan Facebook. Ini kaedah ekstrem, manakala pendekatan kompromi memberi peluang kepada individu berkenaan untuk menggunakan Facebook tetapi mereka dididik supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menyalah gunakan laman sosial itu.

Saya seolah lebih menfokuskan kepada hal negatif saja pasal FB, sedangkan saya juga pengguna FB.Sama-samalah kita berdoa agar segala yang tidak elok itu dijauhkan dari diri kita.

Kesimpulan yang dapat saya rumuskan ialah.

Segala kembali kepada tujuan dan niat kita(End User),FB hanyalah teknologi yang ada yang boleh dimanafaatkan untuk pelbagai perkara positif.Anda tidak perlu bersetuju dengan apa yang saya nyatakan.Ini hanyalah pendapat saya secara peribadi.



2 comments:

airda82 said...

salam..

1 topik yg menarik!

Pd sy FB ni ada kebaikan & ada keburukannya...ats kita utk menggunakannye ke arah kebaikan@kuburukan..xdinafikan kecanggihan yg ada jika disalahgunakan...sndiri mau ingatla...

Antara kebaikan FB :
1.kt blh berhubung semula dgn rakan2 lm yg terpisah..
2.blh digunakan sbg slh satu medan perantara utk mnyebarkan dakwah...saling mengingatkan ant satu sm lain..
3.maklumat dpt disebarkan dgn cpat..
4.dpt mewujudkan peluang perniagaan..

keburukan FB:

1.disalahgunakan utk menyebarkan fitnah..
2. klu blh semua hal peribadi..bergaduh suami isteri,ank branak n mcm2 hal nk diceritakan..secara detail..tp hny sblah pihak aje yg dktahui kbnarannya..terutama jika pihak lawan xde FB...dan komen2 bernas yg diberi kawan2 jg slalunya berpihak pd sebelah pihak shj..natijahnye..keaiban sblah pihak dibuka seluas2nye..
3.dijadikan medan utk memperagakan aksi2..pkaian..fesyen..susuk tubuh..bg yg beragama islam aurat telah ditunjukkan seantero dunia..bangga bl dipuji2.diberi gelaran..sifat "riak" telah wujud dstu...ada juga yg bertudung..tp dlm album msh blh ditunjukkan gambar2 yg mendedahkan aurat..motif?..
4.dijadikan jg medan utk perli memerli dgn tujuan mengaibkan pihak lawan tp tnp disedari aib sdr tlah dibuka...
5.disalagunakan utk tujuan menipu...

***Pndpt peribadi..sbnrnye klu kt pndai mggunakan sesuatu kecanggihan yg ada ke arah kebaikan..baikla jdnye..jk sebaliknye, semua terpulang ats dr kita..dlm islam sdr ada menuntut kt utk menuntut ilmu smp ke negeri China..bg kt yg beragama islam..gunakanlah 1 antr sebnyak2 nikmat yg ALLAH bg pd kita ni utk berjihad ke jalanNya..kerana sehebat mnpun,secanggih mnpun teknologi yg kita ada pd harini..kt harus ingat..tiada yg hebat didunia ini setanding ALLAH SWT...

qalam_timur said...

Bagi saya ada beberapa perkara yang tak sesuai dipaparkan untuk tatapan umum.

Kenyataan dalam FB adalah worldwide

Dan paling sedih,jika boleh putus kawan sebab kenyataan dalam FB,walaupun diluar amat akrab.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...