Tuesday, October 12, 2010

Leo:Selamat Pulang

10.10.2010 <Ahad>
6.35 p.m

Leo:Return Of The Morning Mist


Ramai yang pilih tarikh ini untuk mengadakan pelbagai program dan majlis.Mungkin disebabkan susunan nombor yang cantik dan senang diingati.Tarikh ini juga merupakan sesuatu yang bermakna dalam hidup saya.Leo the nite creature telah ditemui!.

Malam sebelumnya saya bermimpikan Leo (mimpikan kucing?),bunyinya pasti agak lucu.Tapi itulah yang hadir dalam mimpi saya pada malam sebelum Leo ditemui.Setelah hampir 1 bulan lebih Leo menghilang,terasa seakan mustahil untuk menemuinya kembali.Namun Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambaNYA.Keikhlasan dalam menadahkan tangan memanjat doa agar kembali dipertemukan dengan leo akhinya dikabulkan Allah SWT.

Selepas pulang dari Pantai Puteri,Saya membelok di satu simpang menuju rumah,tetiba hati seakan tergerak bila melihat dari jauh seakan seekor kucing sedang berbaring.Saya memberhentikan kereta secara mengejut dan membuatkan isteri agak terkejut.Apabila saya mendekati dengan kereta,kelihatan seekor kucing yang kurus sedang bersantai atas jalan.Dan tidak syak lagi ianya adalah Leo The Nite Creature.

Ketika saya cuba mendapatkan Leo,dia kelihatan agak takut dan cuba melarikan diri.Namun bila saya lihat dan memanggilnya,dia berhenti dan memandang saya (cuba mengingati,mungkin) dan Leo perlahan-lahan kembali ke dakapan saya.Keadaan Leo yang kurus dan kelaparan membuatkan saya rasa benar-benar terharu.Allah telah mempertemukan kami kembali.

Leo telah saya mandikan,berikan makanan yang enak dan lazat untuknya,saya akan pastikan Leo kembali sihat dan lincah.Saya yakin dia begitu menderita selama berjauhan dengan saya.Dari segi fizikal memang tidak banyak berubah.Namun sifat lincah dan lucu agak berkurangan sedikit (kelihatan agak garang ).Saya pasti ketabahan Leo dan Kasih Sayang Allah padanya telah membantu Leo dalam menghadapi cabaran hidup diluar sebagai kucing jalanan.

Walaupun ianya sekadar pertemuan dengan seekor kucing yang telah hilang buat seketika,namun ianya mengajar saya akan erti kehilangan,ketabahan dan kesabaran.Tetap berharap dan menyerahkan harapan pada Yang Esa.Kembalinya Leo memulihkan kebekuan hati saya,pada kerapuhan hati bisa mengajar erti cinta dan kasih.

Selamat Pulang Leo.

Membelikan makanan yang enak dan lazat

Leo yang lapau

Selepas dimandikan
Leo The Nite Creature




3 comments:

stramberrymanis said...

welcome back home leo...!!

airda82 said...

sukenye....Syukurla.tumpg epi...('',)

qalam_timur said...

Terima Kasih semua...kepulangan yg dinanti.
cuba memulihkan kembali Leo agar kembali lucu dan lincah..agak murung ketika ini.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...