Assalamualaikum wbt.
Ramai orang menjadi pemimpin setelah dinilai oleh orang lain. Biasanya anda dicadangkan menjadi pemimpin kerana anda dikenali oleh pihak yang lebih tinggi atau kerja anda selalu terlibat dengan pihak atasan. Hakikatnya anda naik menjadi pemimpin kerana 'bias' orang lain terhadap anda. Tahniah kepada anda. Ciri kronisme dan nepotisme tetap ada di mana-mana.
Apa yang penting ingin saya tekan di sini bukan cara seseorang itu naik menjadi pemimpin. Tetapi apakah ciri-ciri kepimpinan yang dibawa oleh seseorang pemimpin. Secara umum pemimpin terbahagi kepada dua. Pemimpin yang baik dan pemimpin tidak baik. Seseorang pemimpin dianggap baik atau berjaya jika 70% orang bawahannya menyukai cara kepimpinanya. Arahannya dipatuhi, ideanya disokong - setelah diperbincangkan bukan sokong membabi buta - dan yang paling penting majoriti orang bawahannya membantu menjayakan visi dan misi kepimpinannya. Paling mudah untuk mengesan pemimpin yang baik ialah majoriti orang bawahannya bekerja dalam keadaan tanpa stress, tenang di tempat kerja dan gembira berurusan dengannya.
Pemimpin itu dianggap tidak baik jika pekerjanya bekerja dalam keadaan stress, tidak tenang, dan enggan bersua muka dengannya. Paling mudah dikesan pemimpin yang tidak baik ialah apabila dalam mesyuarat hanya dia sahaja yang bercakap. Ahli-ahli mesyuarat enggan mengeluarkan idea, kurang berbincang, lesu dan jika ada ahli mesyuarat yang agak 'vokal' maka banyak idea-idea ketua akan dikritik dan dikomen olehnya secara semberono.
Walaupun kita mengatakan kita akan bersikap "Professional",namun kita tetap tidak dapat melarikan diri dari aspek EMOSI dan PILIH KASIH.Kenapa?Kita Manusia.
Pemimpin dilantik untuk mengurus organisasi supaya berjalan dengan lancar. Dalam organisasi bayak masalah dan tugasan datang serta perlu diselesaikan segera. Kebanyakan masalah ynag datang dalam organisasi akan diselesaikan oleh kakitangan bawahan. Tetapi ada juga kes-kes tertentu perlu dirujuk kepada pihak atasan. Sebagai pemimpin mereka perlu menyelesaikan sesuatu masalah jika pihak bawahan gagal menyelesaikannya. Setiap masalah yang dikemukakan perlu difikirkan jalan penyelesaiannya secara berhemah.
Tetapi ada pemimpin yang terlalu gelabah jika orang bawahannya membawa sesuatu masalah untuk diselesaikan. Lebih 'menyusahkan' jika pemimpin tersebut gagal menyelesaikan maslah bahkan menambah pula masalah baru yang tidak patut ditimbulkan. Pemimpin begini tidak patut berada dikerusi kepimpinan. Ini sangat bahaya kerana pemimpin begini biasanya akan menyebabkan organisasinya 'berlonggok' dengan masalah lama yang tidak selesai di samping masalah baru yang memeningkan kepala. Orang bawahan biasanya pening kepala jika mendapat pemimpin sebegini ataupun menganbil sikap 'buat-buat tak tahu' dengan masalah yang berada di dalam organisasi.
Tetapi ada pemimpin yang terlalu gelabah jika orang bawahannya membawa sesuatu masalah untuk diselesaikan. Lebih 'menyusahkan' jika pemimpin tersebut gagal menyelesaikan maslah bahkan menambah pula masalah baru yang tidak patut ditimbulkan. Pemimpin begini tidak patut berada dikerusi kepimpinan. Ini sangat bahaya kerana pemimpin begini biasanya akan menyebabkan organisasinya 'berlonggok' dengan masalah lama yang tidak selesai di samping masalah baru yang memeningkan kepala. Orang bawahan biasanya pening kepala jika mendapat pemimpin sebegini ataupun menganbil sikap 'buat-buat tak tahu' dengan masalah yang berada di dalam organisasi.
Bekerja dengan 'bos' wanita selalunya penuh dengan masalah 'rigid'. Saya pasti ramai pekerja sudah 'terkena' dengan bos wanitanya. Kadang-kadang hanya masalah titik dan koma sahaja satu laporan dokumentasi terpaksa dirombak dan buat semula. Jika anda bos wanita sila ambil perhatian ini. Jika tidak anda akan dibenci oleh orang bawahan. Selain itu wanita mempunyai sifat suka bercakap dan berleter. Sikap ini amat merbahaya jika dibawa ke dalam organisasi. Sikap suka bercakap dan berleter menyebabkan orang bawahan pening, bosan dan meluat.
Tidak semua bos wanita bersikap sedemikian. Tetapi kerana 'nila setitik pasti rosak susu sebelanga.' Untuk menjadi bos wanita yang baik berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda :-
1) Anda perlu relak dan tenang dalam semua situasi sama ada dalam situasi biasa atau tegang.
2) Banyak berbincang dengan orang bawahan khususnya pekerja lelaki.
3) Jangan menunjuk ego dan kuasa di depan orang bawahan terutama semasa memberi arahan.
4) Jangan terlalu tegas dan garang.
5) Pandai mengambil hati orang bawahan.
6) Cipta suasana tenang dan ceria semasa memberi arahan kepada orang bawahan.
7) Beri kuasa kepada orang bawahan dalam melaksanakan tugas mereka.
8) Jangan terlalu kontrol orang bawahan sehingga merimaskan mereka.
Hakikatnya susah untuk menjadi bos yang baik di mata orang bawahan. Susah untuk memuaskan hati semua orang. Jika anda memberi arahan kepada orang bawahan dan mereka melaksanakan tugas tersebut dengan baik dan bersungguh-sungguh maka itu adalah antara tanda-tanda anda seorang bos yang baik.
Saya hanya boleh katakan "Menarik Rambut dalam tepung,rambut tak putus,tepung tak berselerak"
Artikel asal ini boleh didapati di AZHARI BIN HAMZAH
4 comments:
i like...!!
Contohi kepimpinan Rasulullah SAW, role model umat Islam...
Setiap dari kita adalah pemimpin bagi diri sendiri dan mereka yang dipertanggungjawabkan keatasnya.
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Post a Comment