Tuesday, December 28, 2010

Berpakaian Kemas


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Saya dapati artikel ini sangat menarik untuk dikongsikan bersama.Walaupun ianya satu info yang ringkas,namun saya dapat rasakan ianya memberi peluang kepada kita untuk berfikir sejenak.

 
Mengapa Bekerja Perlu Berpakaian Kemas?

Satu soalan mudah saya tanya pada anda? Tetapi saya tujukan soalan ini bagi mereka yang bekerja memerlukan penampilan yang kemas sahaja. Tidak adil pula jika soalan ini ditujukan pada semua kan? Saya sengaja tanyakan soalan ini memandangkan sebahagian daripada kita mungkin agak tidak mengambil berat dengan perkara seumpama ini.

Pakaian kemas menunjukkan perbezaan profesion anda

Perasan atau tidak bukan semua kerja memerlukan anda berpakaian kemas. Contohnya jika anda seorang buruh kasar, nelayan atau pesawah sudah pasti tidak memerlukan pakaian kemas seumpama ini. Jadi jelas sekali pakaian kemas menjadi satu perbezaan anda dengan pekerjaan lain. Jadi mengapa tidak mahu berpakaian kemas. Sakit juga mata anda memandang jika seorang pengarah atau pegawai tidak menjaga penampilannya bukan?

Pakaian kemas menunjukkan kredibiliti

Wah! Bagaimana kredibiliti dilihat dari penampilan? Apa pandangan anda apabila anda melihat dua orang yang anda tidak kenali tetapi mereka mempunyai penampilan yang berbeza. Seorang lelaki berstatus bos tetapi berpakaian selekeh dengan baju berkedut dan seorang lagi hanyalah kerani biasa tetapi berpakaian kemas dan bertali leher. Siapakah yang anda lihat lebih hebat? Sejujurnya dari penampilan mungkin anda akan meletakkan seorang kerani tadi adalah bos bukan? Itulah yang saya maksudkan sebagai kredibiliti.

Pakaian menunjukkan prestij di mana anda bekerja

Prestij berbeza dengan kredibiliti. Apa pandangan anda melihat satu kelompok tentera yang sedang berjalan dengan pakaian seragam berkawad kaki dengan teratur di hadapan anda? Pastinya anda akan rasa kagum melihat mereka. Jika dilihat pada gaji seorang tentera mungkin tidaklah sehebat golongan profesional sekalipun pengorbanan tentera dalam keamanan negara lebih besar. Namun mengapa ada orang suka kerjaya sebagai tentera? Sebahagiannya kerana pakaian tentera itu sendiri menunjukkan prestij yang tersendiri. Prestij boleh menjadikan kerjaya tersebut popular di mata orang lain.

QT:

Bagaimana pula penampilan sebagai seorang "Pustakawan" atau individu yang berkerja di perpustakaan yang mana kerjaya ini masih dianggap sebagai satu profesion yang "Nerd" bagi sesetengah pihak.Adakah penampilan seorang pustakawan juga memang kelihatan sedemikian?

Memakai Tie/Tali leher akan memperkemaskan lagi penampilan seseorang serta menampakkan ciri-ciri profesional seorang pegawai/pustakawan.

Saya straight to the point,panjang sangat mukadimahnya:)

Agaknya bila pemakaian Tie akan dibudayakan di tempat saya?

Credit:



Memakai Tie


Small Knot


Prince Albert


Half Windsor


Full Windsor


Four in Hand

Cross Knot 


Monday, December 27, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 Final 1st leg

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Malaysia vs Indonesia 2010

Tiket   :          RM30
Tempat  :       Stadium Nasional Bukit Jalil
Waktu :          8.00pm
Tarikh :         26 Disember 2010


Saya sendiri tidak ingat bila kali terakhir saya menyaksikan perlawanan bolasepak di Stadium Nasional Bukit Jalil.Tapi dalam trip menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki Cup 2010 diantara Pasukan Malaysia menentang Indonesia (Perlawanan pertama).Saya cukup(teramat) berpuas hati.
Kami bertolak pada jam 3 petang.Check point di library UTeM.Sepanjang perjalanan,kami begitu teruja melihat kenderaan dan penumpang yang memakai pakaian kuning dan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda menyokong pasukan Negara.Kami berhenti rehat di hentian Nilai seketika untuk minum.Kelihatan beberapa buah bas yang membawa penyokong Indonesia (pakai pakaian merah).
Trafic mulai sesak sebaik saja melepasi tol Sg Besi.Kenderaan berpusu-pusu menuju ke stadium.Kami meletakkan kenderaan di Ibu pejabat Astro.Parking RM2.00 dan kami harus menapak sejauh lebih kurang  1km.Tak menjadi masalah asalkan tidak bersesak-sesak mencari parking.
Gerombolan penyokong yang berpusu-pusu hadir menyemarakkan lagi semangat kami.Sebelum masuk ke stadium,sempatlah juga kami membeli beberapa souvenier.Saya membeli sehelai scarf  untuk dikibarkan sebagai tanda sokongan.
Kami memasuki stadium lebih kurang jam 6.50 petang,memang agak lewat jika nak dibandingkan dengan penonton lain yang sudah memenuhi stadium bermula jam 3.00 petang lagi.Dalam lautan manusia yang ada,memang agak sukar untuk mendapatkan tempat duduk,kami kena tawaf beberapa laluan masuk ,Alhamdullilah akhirnya kami dapat seat di bahagian tengah stadium sebelah atas.

Keterujaan semakin terasa dengan perang psyikologi antara penyokong.Pelbagai aksi dan gaya dilakukan,dan semestinya gaya ombak adalah satu kemestian.Bingit serunai vuvuzela turut menghangatkan atmosfera.Kepelbagaian kain rentang dan kata-kata sokongan dari kedua penyokong menghiasi stdium.
Tepat 8.00 malam wisel ditiupkan dan sepak mula dilangsung.Gegak gempita stadium,bingar tidak ketahuan.Kepada mereka yang mengatakan menonton secara live dan melalui TV tiada perbezaan,anda nyata tersilap!Adrenalin dan degupan jantung berdegup kencang dek keterujaan yang melanda perasaan.Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.Perlawanan juga agak seimbang.
Separuh masa kedua menjanjikan perlawanan yang pantas dan sengit dengan kedua-dua pasukan berusaha untuk mendapatkan gol pembukaan.Dan akhirnya saat yang dinantikan menjelma juga dengan Mohd Safee Sali meledakkan gol ke gawang pasukan Indonesia pada minit ke 60.Seluruh stadium bergema dengan sorakan penonton.Malaysia seakan tahu bahawa 1 gol sahaja tidak mencukupi, gol kedua disumbangkan oleh pemain gantian Mohd Ashari Samsudin yang masuk menggantikan Amirulhadi Zainal pada minit ke-68.Namun kerakusan Sang Harimau Malaya seakan tidak dapat dibendung lagi dan terus mengganas dengan Mohd Safee Sali sekali lagi mengegarkan gawang lawan dengan gol ketiga pada minit  72.
Pada separuh masa kedua juga(minit ke 50),perlawanan terpaksa dihentikan selama 10 minit berikutan ketidakpuashatian pasukan Indonesia akibat gangguan laser oleh penonton.Saya juga turut merasa kesal dengan insiden ini.Seharusnya perkara seperti ini tidak berlaku kerana ianya hanya memaparkan moral pelaku yang rendah dan merencatkan kehangatan perlawanan.

Kali ini Harimau Malaya betul-betul menunjukkan taringnya dengan membaham garuda secukup rasa.Kelebihan beraksi di laman sendiri memberikan advantage lantas dimanafaatkan dengan sepenuhnya.Bisa dilumpuhkan 5-1 pada perlawanan awal seakan tidak memberi kesan.
Saya ingin merakamkan tahniah kepada pasukan Malaysia atas kejayaan menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawana pertama ini.Saya cukup kagum dengan jurulatih K Rajagobal yang saya lihat berdiri hampir sepanjang perlawanan bagi memastikan para pemain sentiasa mematuhi strategi yang diberikan.Terbukti khidmat jurulatih tempatan bukanlah alang kepalang.Dengan bekalan kelebihan 3 gol mengatasi pihak lawan,pasukan Malaysia dilihat mempunyai peluang yang kukuh untuk menjulang kejuaraan.Cuma saya ingin nasihatkan agar para pemain tidak terbuai dengan kelebihan yang ada.Dari aspek hantaran,pemain Malaysia masih perlu diperbaiki.Begitu juga chemistry diantara pemain.
Kami bertolak pulang dengan seribu kepuasan terpancar di wajah,meskipun ketika keluar dari stadium,penonton berasak-asak dengan teruk (Disiplin punya isu).Saya juga percaya itu juga yang dirasakan oleh para penonton yang lain.Walaupu letih namun berbaloi-baloi.Kami singgah di hentian Seremban untuk mengisi perut yang keroncong,namun dah penuh.So kami decide untuk stop di hentian Ayer Kroh di restoran jejantas.Pekena KFC.
Tiba di Library UTeM pada jam 2.45 pagi.Terima kasih kepada Encik Azman Ayup sebab usahakan untuk dapat tiket dan give us a ride.Insyallah,jika ada rezeki,kita layan pula perlawanan di Stadium Bung Karno.Tapi dari kaca TV sajale.




FOTO














































Thursday, December 16, 2010

Organisasi:Atasan Dan Bawahan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Saling hormat menghormati dan saling menghargai adalah sudah kewajiban kita sebagai manusia, dan tdk memandang gender, usia, pendidikan, jabatan, harta kekayaan dll.

Saya melihat ketua sebagai seorang yang perlu dihormati, dipercayai dan dijadikan sahabat serta mentor. Apa akan jadi sekiranya terdapat kakitangan bawahan sudah hilang hormat dan taat setianya kepada ketua. Jawapannya ialah akan kucar kacirlah organisasi itu.

Ramai yang kurang faham kenapa seseorang ketua itu perlu dihormati, dan saya jangkakan ramai yang melihat menghormati ketua hanya sebagai satu tingkah laku sosial sahaja, silap semata-mata kerana menghormati dan taat setia kepada ketua merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Banyak yang saya lihat staf bawahan cuba mengujudkan kelompok untuk mensabotaj ketua sama ada terangan atau sebaliknya - ramai yang tidak sedar bahawa sikap ini dapat dilihat oleh ke luar kelompok itu dengan sangat jelas.

Habis bagaimana  kalau ketua itu sendiri tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya, bersikap kuku besi dan kurang ilmu. Jawapannya mudah, dalam organisasi tiada orang pun yang akan one man show, jadi begitu juga dengan menegur bos, pegawai kanan bos atau orang kepercayaannya perlu memainkan peranan untuk menyedarkan bos ini. Cara menentangnya bukan cara penyelesaian malahan adalah cara yang memburukkan keadaan.

Sistem Organisasi


Kebanyakan sistem organisasi di negara ini berteraskan kepada sistem chain-of-command bermakna, organisasi dibentuk atas beberapa peringkat hairaki. Setiap peringkat akan diketuai oleh seorang ketua. Tujuan ketua ini adalah bagi menentukan perjalanan bahagian/ jabatan/ unit bagi mencapai objektif organisasi secara holistik. 

Manakala fungsi sistem ini adalah bagi pemantauan dan mentoring. Ketua dan staf di bawah seliaannya memainkan fungsi masing-masing yang telah didefinasi dan dibentuk oleh pihak pengurusan atasan. Jika seseorang ketua atau salah seorang kakitangan di bawah seliaannya gagal, maka akan gagal lah organisasi tersebut. Kegagalan ini biasanya akan dikaji dan jika perlu tindakan hukuman atau ganjaran akan diberikan. Yang sebenarnya ini jugalah yang sedang diimplimentasikan oleh Kerajaan Malaysia.

Oleh yang demikian, ketua perlu memahami segala tindakan yang perlu dilaksanakan olehnya, dalam erti kata yang lain ketua perlua ada banyak ilmu antara yang penting ialah ilmu psikologi, ilmu dalam pentadbiran, pengendalian mesyuarat dan pengendalian krisis. Ketua tidak patut mengujudkan suasana permusuhan, perlu mempunyai perasaan menyayangi staf bawahannya, membela staf, menasihati dan yang utama bukan memarahi, ingat zaman telah berubah dan pengendalian sumber manusia juga berubah. 

Tanggungjawab ketua yang sebenarnya bukan sahaja pada menilai stafnya pada setiap akhir tahun, tetapi membimbing pada awal dan sepanjang tahun. Yang sebenarnya apa yang ditunjukkan/ kegagalan unit di bawahnya/ stafnya melambangkan kegagalan ketua itu sendiri. Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan tetapi menjadikan kesibukan sebagai titian untuk mengeratkan perpaduan dengan cara mengagihkan tanggungjawab dengan bijak.


Adakah perlu ada jarak diantara orang atasan dan orang bawahan?

Saya yakin ramai yang memikirkan soalan ini lebih cenderung kearah keegoan seorang pegawai atau bos.Saya cuba membicarakan persoalan ini dalam kontek yang lebih positif.

Dalam setiap organisasi pasti ada melibatkan hieraki atau tingkat kuasa,dimana setiap pegawai akan ditadbir oleh seorang pegawai atasan masing-masing.Tentulah tidak menjadi satu kesalahan untuk kita suasana kemesraan dalam perhubungan sesama staf.Namun perlu dibawa dengan bijak kerana sering kali terjadi silap bawa kemesraan yang wujud diantara pegawai dan staf.

Janganlah menjadi terlalu mesra hingga hilang hormat.Kedua belah pihak perlu bijak membawa diri.Menjadi terlalu akrab hingga boleh berbicara "Aku,Engkau" dengan orang atasan bukanlah suatu perkara yang positif.Melalui pengalaman saya yang tak sampai setahun jagung,pernah melihat bagaimana pegawai yang terlalu mesra dengan staf bawahan hingga merasa segan untuk memberi arahan kepada staf.



Ada juga dikalangan staf yang merasakan mereka terlalu sempurna dan lebih bijak dari yang lain termasuk ketua mereka sendiri.Ada kebenarannya dan saya setuju dengan hal ini sebab setiap manusia ada kelebihan masing-masing.Namun tetap perlu ada sikap hormat pada ketua.Walaupun ketuanya mungkin seorang wanita atau lebih muda dari mereka.

Suasana atau budaya di sesuatu organisasi juga boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang,jika dari awal mungkin dia akan menjadi pihak berkecuali.Namun pada akhirnya seseorang itu akan memilih kumpulan mereka sendiri.Apabila seseorang itu telah berada pada tahap "tepu" iaitu lebih dari lima tahun dalam keadaan sedia ada kini,maka amatlah sukar untuk mengubah kembali.

Adakah kita merasa segan/hormat pada ketua kita atau takut disebabkan kuasa yang ada padanya?Bagi saya,saya ada keduanya.



Akhir kata

Sekali lagi ini hanyalah pendapat saya pribadi yang tentunya dapat saja salah, tapi ada baiknya jika kita mengkaji dan meneliti kembali. Hanya Allah SWT yang mengetahui Kebenarannya.

Wednesday, December 15, 2010

Blame Game

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.






Blame Game



A menuduh B dalam isu remeh-temeh
B pula menuduh A
C akhirnya dibiar terpinga-pinga…
D hanya memerhati

Siapa benar dan siapa pula yang salah?
C tetap dibiar terpinga-pinga...
D terus memerhati dan mencatat

A punya alasan tersendiri untuk menyalahkan B
B juga ada alasan tersendiri untuk menyalahkan A
C terus terpinga-pinga..
D masih memerhati, masih mencatat

Alasan yang diberikan A ada bernasnya
Alasan yang diberikan B juga ada dasarnya
C sekali lagi tertanya-tanya..
D mula berhati-hati, terus mencatat

Pihak mana harus C percaya?
A kelihatan benar, kelihatan salah juga ada kemungkinannya
B juga tidak semestinya salah, benar pun tidak juga
D cuba memulihkan keadaan, membentangkan semua kenyataan yang dibuat A dan B

C terus keliru. Mahu atau tidak, C harus buat pilihan
Membuat pilihan ketika A dan B saling salah-menyalahkan
D berjaga-jaga sambil mengajak C dan semua abjad yang lain mula berfikir

C terjerat dalam kekeliruan kompleks..
C harus mencari siapa sebenarnya yang salah, mungkin D akan dipersalahkan
C hanya diberi satu pilihan iaitu sama ada mempercayai A atau B,
Sekali lagi D adalah pilihan terbaik untuk dipersalahkan
C sebenarnya terjerat dalam…
The Blame Game

Dimana C dan D, kedua-duanya adalah mangsa
Abjad-abjad yang lain juga sama-sama menjadi mangsa..
Tetapi D rela dipersalahkan jika C dan abjad-abjad lain rela berfikir
A mendapat untung
B juga mendapat untung
Akhirnya, A dan B masing-masing menuduh D
D dipersalahkan, A dan B masing-masing berjaya menyelamatkan diri
C, D hingga Z semua memberi untung kepada A dan B


Pengamal media antarabangsa menamakan taktik itu sebagai Blame Game.

Tuesday, December 14, 2010

Ulasan:Melayu Islam Beraja

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


MELAYU ISLAM BERAJA – MENGGALI HAKIKAT LELUHUR
Pengarang: Hj. Muzaffar Hj. Mohamad / Suzana Hj. Othman
ISBN: 983-40566-7-2 (Cetakan Kedua 2007)
Jumlah mukasurat: 136
Harga: RM 20.00


Kemelut yang melanda orang melayu kian meruncing,samada dari segi sejarah mahu pun perpaduan.Orang melayu islam diasak dari segenap penjuru oleh musuh-musuh mereka.Sesungguhnya bangsa melayu pada hari ni sedang diancam dan berada dalam ancaman "Pelupusan Identiti" dan AQIDAH.

"He who holds history,holds the future" (Siapa yang memegang sejarah,memegang masa depan)Maksud disini ialah sejarah yang BENAR,bukan sejarah yang telah DISELEWENG.

Malangnya,warisan murni dan asal usul nenek moyang kita kini langsung tidak dihargai oleh generasi melayu moden yang rela mendakap dan memeluk apa saja bentuk "kemajuan" barat secara membuta tuli.

Saya mendapati buku ini amat menarik sekali untuk dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin mengenali dan memahami dengan lebih jitu tentang sejarah dan asal usul sebuah bangsa yang bernama Melayu dan beragama Islam.Setiap kupasan diterangkan dari aspek ADAT dan SYARIAT.

Buku ini terbahagi kepada empat bahagian

  1. Bahagian Pertama  (Melayu Islam Beraja)
  2. Bahagian Kedua    (Hubungan Institusi Bendahara dengan Raja-raja melayu
  3. Bahagian Ketiga    (Agenda Sekularisasi British menghilangkan hakikat Institusi Raja-raja Melayu)
  4. Bahagian Keempat(Kembalikan Institusi Bendahara sebagai tunjang Institusi Raja-raja melayu)

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada dua orang insan yang telah mengambil inisiatif dan daya usaha dalam menyusun buku ini.

(Tun) Suzana (Tun) Hj Othman
Putera Tun Chik binti Tun Tahir ibni
Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman ibni
Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir
Raja Pahang & Bendahara Johor Lama (1863-?)

Hj Muzaffar Dato' Hj Mohamad
cucu Dato' Panglima Dalam
Hj Nawawi Hj Endek
Negeri Sembilan

Qaulu Al Haq Wa Kalimatus Saddiq

Monday, December 13, 2010

Merisik

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Raja Hindu raja di Sailan
Singgah berenang di persiraman
Bagai pungguk rindukan bulan
Kumbang merindu bunga di taman

Singgah berenang di persiraman
Mayang terendam di dalam tasik
Kumbang merindu bunga di taman
Bintang merindu cendrawasih



Pada 11 Disember yang lalu,saya dan isteri telah pulang ke Kuala Rompin,ada pihak datang merisik adik perempuan saya.(Ingatkan bertunang)

11 Disember 2010 (Sabtu)


Malam sebelumnya,mak macam biasalah,sibuk menyediakan juadah untuk dijamu kepada para tetamu yang bakal tiba.Merisiknya esok,memang benarlah,orang perempuan adalah insan yang paling sibuk jika ada sebarang majlis atau aktiviti seperti merisik,bertunang,kenduri kawin,doa selamat dll.

12 Disember 2010 (Ahad)

Ketibaan keluarga pihak lelaki tiba dari Kuantan pada jam 12.30 tengahari,sebanyak 4 buah kereta datang.Kami sekeluarga menyambut dengan mesra dan sebagaimana selayaknya layanan diberikan kepada tetamu apabila bertandang ke rumah.

Setelah berkenal-kenalan,maka rombongan pihak lelaki pun memulakan bicara menyatakan niat dan hajat mereka.Pihak kami menerima dengan hati terbuka.Maklumlah,yang empunya diri keduanya sudah seia sekata,hanya menjunjung adat mematuhi syariat,disamping menjalinkan silaturrahim antara kedua keluarga.Cincin risik disarungkan di jari manis adik perempuan saya.

Tidaklah pula ditentukan tarikh pertunangan,kata wakil antara keluarga,biarlah mereka berdua yang bincangkan,kita ikutlah mana yang terbaik.Perkara baik kalau boleh  jangan dilengahkan.

Selepas menunaikan solat zohor secara berjemaah,tetamu dijamu dengan hidangan makan tengahari.Pada jam 2.15 petang,rombongan lelaki memohon untuk berundur diri.

FOTO





Cincin Disarungkan




Berjamu




Apa jadi dengan Nasi?


Gosok dan cuci

Leo yang tidak berfungsi apa2 melainkan lepek aje







Friday, December 10, 2010

Pertahanan Negara

Why bother buying new aircraft when we can upgrade?
Why bother having an Air Force when we can't even match Singapore (perceived) air superiority?
Why bother having the military when we are at peace?
Why bother fight when we can be slaves right?

"In peace prepare for war, in war prepare for peace."(Sun Tzu Art of War).


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya berasa hairan dengan mereka yang tidak faham tentang keperluan pertahanan negara dan sering mempertikaikan pembelian kapal selam, jet pejuang, helikopter Combat Search And Rescue, etc. Asyik-asyik lebih baik wang itu digunakan untuk rakyat, kita berperang dengan siapa sebenarnya dll.

Saya menyokong pasukan tentera dan pertahanan negara. Bajet pertahanan sepatutnya ditambah /dikekalkan mengikut peratusan GDP negara setanding dengan negara jiran. Aset-aset pertahanan juga perlu ditambah supaya setanding dengan mereka. Mungkin nampak membazir kalau dilihat secara kasar, tetapi kemerdekaan kita perlu ada yang mempertahankan.

Perbelanjaan untuk pertahanan Negara adalah salah satu keutamaan dalam perancangan belanjawan kerajaan. Jika pertahanan Negara lemah, kita akan gagal mempertahankan aset negara seperti pelantar minyak dan juga kawasan perikanan Negara. Namun begitu perbelanjaan pertahanan hendaklah kurang daripada perbelanjaan pembangunan dan juga pendidikan.

Kita sering dimomokkan dengan pelbagai anasir dan propaganda tentang betapa lemah dan "cap ayam" kekuatan dan kemampuan pertahanan negara jika berlaku peperangan (secara teori).Ini juga adalah salah satu bentuk serangan (perang saraf) dalam usaha untuk membunuh semangat juang.Bila anggota tentera kita terkorban dalam kemalangan  (NURI) maka ramailah yang membebel memberi komen yang sangat negatif tanpa mahu memahami dan berfikir secara lebih mendalam.

Kita seharusnya mengetahui bahawa setiap negara berkeinginan untuk selalu dapat meningkatkan kemampuan militerinya. Dengan kemampuan militeri yang semakin canggih dan mapan maka negara tersebut mempunyai kemampuan diri yang dapat diandalkan untuk menghadapi berbagai ancaman, baik yang datang dari dalam maupun dari luar negeri.

Masalah pertahanan negara merupakan salah satu faktor yang sangat hakiki dan penting dalam menjamin kelangsungan hidup bangsa dan negara. Tanpa mampu mempertahankan diri dari ancaman baik dari luar negeri maupun dari dalam negeri, sebuah negara tidak akan dapat mempertahankan keberadaan dan kedaulatannya. Selain itu juga pertahanan negara berkaitan dengan harga diri bangsa dan negara, kerana dengan adanya kekuatan pertahanan negara yang memadai (Postur Pertahanan Yang Kuat) akan membuat negara lain menjadi tidak memandang remeh terhadap negara kita.


Sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat, Malaysia menyedari bahawa langkah yang paling wajar untuk memelihara kepentingan dan keselamatan negara adalah melalui usaha ke arah keupayaan berdikari yang merupakan teras dasar pertahanan negara. Prinsip ini memberi penekanan kepada keupayaan berdikari Angkatan Tentera dalam struktur keupayaan berdikari nasional. Ia melibatkan tidak hanya pasukan tempur tetapi juga rangkaian sokongan logistik cetusan kerjasama industri-ketenteraan yang sejajar dengan keutamaan program pembangunan negara.

Siapakah yang akan berada dibarisan hadapan jika berlaku pertempuran?

Siapakah yang akan rela meninggalkan anak isteri dan keluarga pergi berperang bila negara memerlukan mereka?

At the end of the day..weeks..month..years..

It is the infantry that are going to win you the war..

An damn those strategies..those strings are pulled by..Politician.


**Get prepared for currency war...... what are the weapons used in the currency war? I donno coz I am not prepared.**

Wednesday, December 8, 2010

Hijrah dan kehilangan




Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua muslimin dan muslimat walau dimana anda berada.


Jumaat 3 Disember 2010

Saya menerima panggilan telefon daripada Hospital Temerloh,Pahang Darul Makmur lebih kurang jam 715 malam.Jururawat yang menghubungi saya bertanyakan samada saya mengenali Mohd Yatib Bin Mat Diah.Saya menyatakan itu adalah Aki (Datuk) saya.Jururawat memberitahu bahawa aki saya kini berada di wad kecemasan dan berada dalam keadaan kritikal akibat kemalangan.Masyallah......Pihak hospital menghubungi saya kerana menemui kad nama saya berada dalam dompet aki.Bermakna saya adalah orang pertama yang dimaklumkan.

Selepas beberapa minit menerima panggilan daripada pihak hospital,pihak polis pula menghubungi saya dan bertanyakan butiran berkenaan aki.Saya memberi kerjasama kepada pihak polis.Selepas memaklumkan kepada sanak saudara yang terdekat,saya berkemas untuk pergi ke Temerloh.Namun Allah SWT telah menyatakan didalam qalam takdir bahawa hayat aki saya telah tiada,selang 30 minit,adik perempuan saya menelefon dan membawa perkhabaran duka itu.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انا لله وانا اليه راجعون)

Saya tiba di Temerloh pada subuh Sabtu,masih sempat untuk menatap wajah arwah aki untuk kali terakhir disamping menyedekahkan bacaan Al Fatehah dan surah Yassin.Arwah aki selamat dikebumikan di perkuburan chengal,Temerloh pada jam 10.00 pagi.Cuaca yang mendung adalah gambaran perasaan dalam hati saya.

Arwah aki dilanggar ketika hendak melintas jalan.Dirempuh oleh seorang pensyarah.Adik perempuan saya amat mengenali pensyarah berkenaan kerana mengajar dalam satu fakulti.Bukanlah saya niat untuk berdendam,cuma sama-samalah kita ambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang terjadi jika kita memandu dalam keadaan "rush" dan laju.

Yang pergi tetap akan pergi,setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati dan ianya pasti kerana janji Allah SWT itu benar.Semoga roh arwah aki ditempatkan disisi hambaNYA yang beriman.Tiadalah apa yang dapat membantu,tiada apa lagi yang diharapkan selain Rahmat dan RahimNYA.



Cukuplah kematian sebagai peringatan… 

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...