Wednesday, December 15, 2010

Blame Game

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.






Blame Game



A menuduh B dalam isu remeh-temeh
B pula menuduh A
C akhirnya dibiar terpinga-pinga…
D hanya memerhati

Siapa benar dan siapa pula yang salah?
C tetap dibiar terpinga-pinga...
D terus memerhati dan mencatat

A punya alasan tersendiri untuk menyalahkan B
B juga ada alasan tersendiri untuk menyalahkan A
C terus terpinga-pinga..
D masih memerhati, masih mencatat

Alasan yang diberikan A ada bernasnya
Alasan yang diberikan B juga ada dasarnya
C sekali lagi tertanya-tanya..
D mula berhati-hati, terus mencatat

Pihak mana harus C percaya?
A kelihatan benar, kelihatan salah juga ada kemungkinannya
B juga tidak semestinya salah, benar pun tidak juga
D cuba memulihkan keadaan, membentangkan semua kenyataan yang dibuat A dan B

C terus keliru. Mahu atau tidak, C harus buat pilihan
Membuat pilihan ketika A dan B saling salah-menyalahkan
D berjaga-jaga sambil mengajak C dan semua abjad yang lain mula berfikir

C terjerat dalam kekeliruan kompleks..
C harus mencari siapa sebenarnya yang salah, mungkin D akan dipersalahkan
C hanya diberi satu pilihan iaitu sama ada mempercayai A atau B,
Sekali lagi D adalah pilihan terbaik untuk dipersalahkan
C sebenarnya terjerat dalam…
The Blame Game

Dimana C dan D, kedua-duanya adalah mangsa
Abjad-abjad yang lain juga sama-sama menjadi mangsa..
Tetapi D rela dipersalahkan jika C dan abjad-abjad lain rela berfikir
A mendapat untung
B juga mendapat untung
Akhirnya, A dan B masing-masing menuduh D
D dipersalahkan, A dan B masing-masing berjaya menyelamatkan diri
C, D hingga Z semua memberi untung kepada A dan B


Pengamal media antarabangsa menamakan taktik itu sebagai Blame Game.

No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...